Wednesday, April 13, 2011

Tips orang soleh .

assalamualaikum .

today i'm gonna share some tips with u all . malas la aku nak membebel pasal entry yang ngarut2. hehe .
so , daripada aku mengarut2 , lagi baik aku share tips ni dgan korang . tips ni diambil dari majalah ANIS .

Tips Orang Soleh :
  •  orang soleh sentiasa berpandangan positif dan melihat sesuatu daripada sudut yang positif lalu dia menjadi orang yang sentiasa bersyukur atas apa yang diterima samada nikmat atau sebaliknya . Sebaliknya , orang yang hatinya sakit , sentiasa melihat yang negatif lalu hatinya terus bertambah sakit, iri hatinya bertambah kuat, perasaannya semakin tertekan lalu hilanglah kebahagiaan dirinya .
  • Orang soleh melihat orang lain sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk menjadi lebih baik . sebaliknye orang yang hatinya sakit menjadikan orang lain sebagai penyebab kepada  bertambahnya rasa sakit hati pada dirinya .
  • Orang soleh hidupnya sentiasa tenang , apabila ditimpa musibah dia akan bersabar kerana disana ada lagi orang yang lebih susah daripadanya .
  • Orang soleh apabila didatangani sifat marah , dia membaca taawwuz , sekiranya marah ketika berdiri , dia akan duduk serta mendiamkan diri, dan berwuduk untuk menghilangkan rasa marah .
sama-sama lah kita memperbaiki diri yang serba kekurangan ini .

3 comments:

azwa amani said...

bagus entry ni dik..

ILA HonEyBuNNy said...

salam ziarah...

thanks atas tips neh..

Amy Syahirah said...

ur welkem .