Thursday, December 29, 2011

i'm officially 18 !

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah , hari ini 29.12.2011 genap usia aku 18 tahun . Terima kasih Allah sebab masih lagi panjangkan umur aku untuk beri aku peluang lihat dunia , hirup udara dan berpeluang rasa nikmat dunia .

Before that, semalam aku keluar dengan BFF aku bersama adiknya dan adik aku . Keluar tengok movie . Pertama kali dalam sejarah hidup aku tengok 2 cerita dalam satu hari . haha . First movie "Mission Impossible : Ghost Protocol" . Terbaeeeeekkkk . Tom Cruise <3 hehe . Second movie "Ombak Rindu" tangkap lelehhh .

she's my BFF . <3

Memang lama gilaaaa tak jumpa lepas habis SPM . Rindu sangat !




 
mereka cakap saya nampak tinggi masa ni :)
disebabkan kasut tu , kaki aku kejang!!! :\

inilah BFF saya dengan adik dia . :)


its such a beautiful memory with them !! Akhirnya terlepas juga rindu . hehe . Walaupun masa ni buka masa hari jadi saya tapi satu hari sebelum hari jadi saya , saya rasa ini adalah saat yang paling wonderful !! again , happy birthday to me !! i'm 18th !! :)

oh ya lagi satu :


semalam hantar ika balik . Tiba2 dia bagi aku nih . dia cakap
"Aku orang pertama yang wish . Lagi 2 jam setengah , Happy Birthday Amy!!!"
thanx ikaaaaaaa <3

p/s : gambar adik aku tak ada sebab dia join kawan dia tengok wayang tempat lain .
p/s/s : terima kasih juga kepada yang wish aku awal pukul 12 malam tadi :)

till then, assalamualaikum :)


Monday, December 26, 2011

rantai burung hantu

Assalamualaikum .



Warna macam ala-ala keemasan . Mata bulat saizya besar lagi . Comellll gila . Trend kaum hawa pakai rantai ni semakin menjadi-jadi dan menyebabkan aku pun nak turut bergaya mempunyai rantai burung hantu yang ala-ala vintage ni .

First time nak pakai dah cantik terletak disebalik tudung aku . Sumpah trend gilerrrrr . Keluar dari bilik nampak dek ayah dan mama aku . Tegur

ayah : Ni kenapa pakai rantai macam ni nie?? Simbol patung-patung bagai tak elok la .

mama : Lain macam la mama tengok awak pakai rantai tu . Kan haram pakai barang kemas yang melambangkan  benda-benda yang hidup . Even pakaian pun tak boleh ada lambang patung-patung atau muka orang .

Dengan dukacitanya aku buka balik . Selang beberapa hari tu dengar cerita rantai burung hantu ni ada kaitn dengan "freemason" . eh korang betul ke ?? Aku dah lupa la nama blog ni tapi bila aku tengok komen-komen yang bermacam-macam jenis . Ada yang bangkang , ada yang setuju .


kesimpulannya , aku takkan pakai sebab ayah dan mama larang . adeeehhh , membazir duit aku . hehe .
korangg , seriously aku nak sangat tau tentang ni . Kalau korang ada informasi tentang ni tolong bagi link ke ape ke eh?? sharing is caring kann . till thenn ,

Assalamualaikum .

Friday, December 23, 2011

kepada penggemar novel .

assalaaamualaikumm !!


hye semuaaaaaaaaaaa!! eh kenapa aku semangat semacam ni?? hehe . ermm , ahhh , errr , aku tak tau nak mula macam mana ni sebab sekarang aku dah jarang update blog . So otak beku tahap gaban . Aku rasa macam takde orang je yang singgah blog haku ni . haha , Aku rasa la . 

sentapp ! errr, still ada orang lagi yang ingat aku budak kecik =_='

ok firstly, aku nak minta maaf pada readers2 yang TER singgah kat blog aku ni then baca and meluat sebab lately ni aku asyik post pasal cintaaa je . haha . ok fineee , lepas ni takde dah nak share pasal cinta lebih2 . Tapi sikit2 je ok . hehe . terima kasih kak Dhia atas peringatan walaupun tak kenal siapakah gerangan yang bernama Dhia ini .

ok dah . Sekarang ni nak cakap pasal novel . Sesiapa penggemar novel sila angkat kaki ! hehe .

"usai...aku terima nikahnya"

'"Hati kala cinta"

Dua-dua belum baca lagi . Tapi sekarang baru nak start baca "usai aku terima nikahnya" . Biasalah kalau dah banyak novel ni mesti ada yang nak pinjam kan? Aku tak kisah nak bagi orang pinjam tapi masalahnya kalau barang yang kita bagi pinjam tu diorang tak tahu nak jaga elok-elok .

Kalau aku dah obses dengan satu-satu barang , aku akan jaga elok-elok . Macam novel , aku balut kan dia , Tulis nama , dan tandatangan . Paling pantang kalau novel-novel aku jadi macam ni ,

nampak tak kat tengah-tengah tu apa jadi ?

Perkara macam ni jadi bila aku pinjamkan pada orang . Itu yang malas tu . Nanti tak bagi pinjam dilabelnya kedekut . Jadi...untuk elakkan daripada perkara-perkara macam ni terjadi , sebelum aku pinjamkan pada orang , ada syarat-syarat yang harus dipatuhi :
  • Macam mana kemas dan cantik aku bagi pinjam novel tu , bila pulang balik mestilah dalam keadaan yang sama .
  • jangan koyak .
  • jangan hilangkan penanda buku .
  • bila baca, jangan kelepet kan novel tu sampai ke balakang (thats why tengah-tengah cepat terkoyak)
  • Jangan lipatkan kertas , tapi gunakan penanda buku .
haaa kauuu . Siap ada syarat bagai dah . Biasalah , hak milik terpelihara =P
novel ni aku baru habis baca . terbaik :)

Jadi.... kepada penggemar2 novel tu , share la sikit kalau korang ada novel2 yang menarik ok . Boleh aku borong cepat-cepat kat popular . hehe . Till then ,


assalamualaikum :)






Sunday, December 11, 2011

am i jealous ??

Assalamualaikum .
Sem 2 ni aku bersemangat nak buat betul-betul . Fokus aku hanya pada study . Nak dapat pointer tinggi , sem 1 tinggalkan jauh-jauh . 4 flat insyaAllah =)
Masuk sem 2 baru aku perasan ada orang yang sama muka macam dia  ;(  cara pandang , cara pakai jam , senyum . argh , kenapa sama muka and macam mana boleh sama kelas pulak nie . Kadang-kadang fokus aku lari . kalah . dem .
 please , please . aku taknak nangis .
Baru-baru ni pulak dapat tau budak tu dapat dekan . pointer dia tinggi about 3.68 !!  lagi demmm . seriously , aku tercabar , jeles , tergugat . Balik rumah , terus siapkan assignment tak tangguh-tangguh . Aku pun nak jadi macam diaaaaaaaaaa =( Dalam kepala dah pikir , kenapa dia pandai sangat .
Kalau tengok budak tu dalam kelas , tahan air mata je . ;( nak buat macam mana , takkan nak halau suruh budak tu pergi kelas lain . Dalam sedih , ada orang buat aku happy even dia tau yang aku kadang-kadang kalah dengan kenangan lama aku . terima kasib capital H . aishiteru :*
p/s : macam mana aku nak kuat kalau tiap-tiap hari berdepan dengan "pelanduk dua serupa" tu ;(

p/s/s : readers , doakan aku dapat pointer tinggi boleehhh kannn . kbai

Saturday, November 26, 2011

fasa hidup yang baru

assalamualaikum .

hari isnin lepas aku dah start sem 2 . And thats such a hectic life ! Sangat2 penat , awal2 dah ada assignment . Semester 2 ni aku nak lebih fokus and give more commitment for this semester . Taknak dah main2 macam masa sem 1 hari tu . So aku dah tak boleh kerap sangat nak mengadap facebook atau blog 24 jam . i'm just spend time for these social web on weekend only . Lagipun line kat kolej macam taik slow nak mampus buat sakit jiwa je .


SEMANGAT BARU . Means aku nak focus on study only . Pergi kelas , balik kelas , buat assignment and balik kelas . Just that . Dan aku sekarang cuba nak senyum sepanjang masa memandangkan hidup aku sedang di uji dengan begitu hebat . Tuhan sekarang sedang uji perasaan aku . Dan apa yang aku boleh cakap , i'll face it with open hearted and minded . Kalau kita di uji , means Tuhan sayang kita kan ?

Antara subject untuk sem 2 ni :

1. Fundamentals of Marketing
2. Introduction to Statistics
3. Intermediate English
4. Islamic Thought & Civilization
5. Microeconomics
6. Koku - Bomba =)

I think its quite tough . That's why aku nak focus . Lepas ni kalau nak tangkap2 gambar bajet model tu bila balik rumah jela . Keluar dengan family berfoya-foya di shopping kompleks , On weekend only .

InsyaAllah sekurang-kurangnya bila aku busy boleh la jugak lupa semua masalah dan tahan diri sendiri daripada bersedih . Pada aku , perkara yang boleh buat aku tenang ialah amalkan selalu setiap kali habis solat , baca al-Quran . Alhamdulillah , i can feel the peace in this way . Nanti kalau ada entry yang menarik , aku update ok .



p/s : Kehilangan cinta pertama mungkin perit . Tapi lebih perit kalau kita kehilangan cinta dari Tuhan . so , no special relationship is better until my own khalifah/husband comes by himself . Allah knows everything right ? so, siapa cepat hantar meminang dia lah khalifah hidup aku =P

assalamualaikum .


Thursday, November 17, 2011

otak kosong

assalamualaikum .

sayangilah anak anda sebagaimana saya menyayangi anak saya .


dem . Aku nak tulis something tapi aku tak tahu nak tulis pasal apa .

p/s : hari ni ulang tahun kita yang ke 3 tahun . Alhamdulillah . Tuhan , kalau betul dia jodoh ku , kuatkan perasaan ni  kembali . tolong lah .


Monday, November 14, 2011

anak .








tepuk tangan untuk Iffah Nadhirah =)

p/s : berkobar-kobar nak kahwin then dapat anak . 
        haramjadah nape gatal sangat aku ni ?

Saturday, November 12, 2011

hobi mama

Assalamualaikum =)

Korang suka tak pokok bunga atau tanam pokok bunga?? Selalunya perempuan jela kan . Aku nak cerita sikit pasal mama aku yang suka gila tanam pokok bunga . Kalau masuk je kat laman rumah aku tu akan nampak pokok2 bunga yang banyak macam taman bunga pun ada . Aku rasa macam duduk dalam istana yang dipenuhi bunga2 . ceh istana la sangat
sebut je je pasu bentuk segi apa . semua ada .  ehee .



antara bunga-bunga koleksi mama :

jangan tanya apa nama bunga tu sebab aku sendiri tak tau . =)

Mama aku sebenarnya agak obses jugak lah dalam tanam2 bunga ni . Bila dia ada masa rehat time keje boleh sempat dia singgah mana2 kedai pokok bunga atau kedai pasu . 

bunga ni mama baru je tanam . Tu sebab tak nampak sangat bunga dia .

 mama tak pernah serious bila bergambar . =|

p/s : If you love something, let it go. 
If it comes back to you, its yours forever. 
If it dosent, then it was never meant to be .
 
k la . bye, assalamualaikum =)

Tuesday, November 8, 2011

timbang berat kat Mydin

Assalaaamualaikum  =)

Haritu kannnn , saya kannn , pergi kann , Mydin kannn eh apehal banyak sangat "kannnn" kannnnn . whatever . Semalam saya pergi Mydin . u know Mydin ? ala Mydin laaa . Mydin ? ish Mydinnn tu laaaa . yang shopping tu . Shopping complex Mydin adalah salah satu shopping feveret saya . Disebabkan Mydin Melaka adalah paling besar di Malaysia ,  jadi setiap minggu harus pergi sana walaupun duit takde tapi dapat beli wafer chocolate butter pun jadi la . err .

Semalam saya nampak satu mesin penimbang berat dan ukur tinggi kat Mydin . Dengan segeranya saya keluar kan duit 20sen 2 ketul . Sebab saya dah lamaaaa tak timbang berat dan ukur tinggi . Biasalah , saya busy lately ni . busy mende kalau asik mengadap novel 24 jam .

hasilnye :

maaf . saya sensitif pada ketinggian =(

Macam ni lah setiap masa . Berat saya kalau tak naik , akan turun satu kilo . kalau tak turun , akan naik satu kilo . atau akan maintain je . Nak kata tak makan, pelahap jugak saya ni . tapi...... ahhh , ignore that . tinggi pulak , malas saya nak cakap . sebab saya memang takdela tinggi mana . kemetot comel je . =)

Masa sekolah dulu , saya paling tak suka kalau cikgu ada buat timbang berat atau ukur tinggi . Sangat3x tak suka . Sebab saya paling kecik comel dalam kalangan kawan2 lain . Kalau timbang berat diorang akan cakap "eeeee, ringan nye kauuu" . kalau ukur tinggi "eeeee, rendahnya kauuu" . sentap! macam nak amik cili padi pastu tonyoh-tonyoh kat mulut diorang . ehee . suke hati haku je

ok la, tu je yang saya nak cakap . oh by the way , saya ada beli novel baru
tu novel yang atas sekali . best weyh novel tu . saya belum baca lagipun actually =)

Tapi saya memang dah usha novel ni dalam internet then baca sikit2 , memang best gillerlehh . untuk para penggemar novel tahap dewa, sila lah dapatkannya di pasaran .

saya harap belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha =)

*tolong lah , tolong lah . dah ramai tegur yang saya semakin tembam . Tapi xpe, gua ilek je derr

p/s : Hidup mematangkan saya . Alhamdulillah .



Saturday, November 5, 2011

about haters

Assalamualaikum .

seminggu lepas aku dah lama tak on9 sebab broadband rosak . Mati kutu aku kat rumah tambah2 lagi dengan cuti sem yang takde buat ape2 melainkan membongkang, reading novels, makan, tengok TV, bajet artis menyanyi sorang2 kat ruang tamu bila semua orang takde kat rumah. fuhhhh. Cukup nafas tak korang baca ni?

ok ! first of all . Bila setiap kali aku buka blog, perkara pertama yang aku tengok adalah blog-list aku. Entry terbaru setiap blog list aku memang aku tak nak tinggal baca. Bila aku usha sesetengah blog, aku baca then kadang2 komen kadang2 tak. ihik, sorry la ye. Tapi, bukan tu persoalanya.

Korang perasan tak pembiakan haters yang semakin menjadi-jadi tak habis2 nak tengok orang down? Ini salah satunya penyebab kenapa aku takut kadang2 nak berblog . Aku dah takde idea nak tulis pasal apa so aku tulis la pasal ni disebabkan aku perhati sesetengah blogger dihentam oleh haters yang datang dari mana yang sikapnya asik nak kutuk, maki even die tak kenal orang yang dibencinya itu dengan sepenuhnya!

something i would like to share :

There are haters around us in many forms. Sometimes we are able to identify them but sometimes we are not. But if we develop the mentality that haters are in fact our admirers, it would cause no harm. "Hating is the sincerest from of flattery" says a proverb. There are various reasons to hate a person and at times, haters do not have a reason at all to hate others. They do it just for the sake of hating others. But hating a certain name only gives them fame. Whether a person loves you or hates you, you are in their minds. But haters only hate the things that they can’t get and the people they can’t be. So, it is only an expression of adoration they have for you. In fact, when someone hates you, it gives a sense of motivation to achieve more in life and stand upright in front of them. Therefore, do not hate your haters.

Sejak aku berblog sampai sekarang , NurulBadiah Lai is my biggest inspiration. Pertama kali singgah blog dia, memang perrhhh, aku taknak tutup lappy!! Jumpa pulak entry pasal haters dia. meremang bulu roma baca. Macam tu sekali ke orang benci dia ? but what made ​​me more impressed with her, she's still acting like cool! like nothing happened. Cara dia balas balik mempertahankan diri memang aku tabik. Sifat kesabaran dia tu boleh nampak. Dia nampak tenang sedangkan aku yang menyumpah seranah. cis. tak pasal2 aku yang dosa. Aku tak sampai hati la tengok blogger2 ni kena hentam tanpa perasaan dan hati perut. Especially blogger2 yang mempunyai kelebihan seperti cantik, lemah lembut. Kadang2 aku rasa aku yang nak menangis.
Behind every pretty girl lies a pack of haters. Lumrah dunia tak boleh tengok orang lebih sikit dah tak sedap hati. Ya Allah, mintak dijauhkan perasaan mcm tu dari aku.

Sebagai manusia , memang tak dapat dinafikan. Perasaan cemburu tu kadang2 ada. Tapi biar bertempat. Boleh bersaing, tapi bersaing la dengan cara yang sihat. Bukan dengan mengaibkan orang. pot pet pot pet jaja cerita orang sana sini. Apa kau dapat? Puas ye tengok orang jatuh?

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

memang seronok ye jadi pembenci orang? Memang seronok ye tengok orang lain jatuh tersungkur? Satu benda kau lupa, dalam sibuk-sibuk kau dengki nak tengok orang lain susah,Tuhan tengah perhatikan kau.

maaf jika apa yang aku cuba sampaikan ada mangguris hati sesiapa. please2, jangan benci aku.

p/s : Ya Allah, minta aku dijauhkan dari penghasad dengki. Dan minta juga dijauhkan aku dari mempunyai sifat hasad dengki . segala nasihat adalah untuk diri sendiri juga.

Islam melarang umatnya berperasaan hasad 
dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara 
 yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
 
 

Sunday, October 30, 2011

mohon maaf .

Assalamualaikum .

Mood aku sekarang , risau . Alhamdulillah , sepanjang aku berblog tak ada apa2 masalah kecuali kes FAKER yang curi gambar aku haritu . Harap ia takkan berulang lagi .


the point is : a better words

kepada N , saya tak tahu sama ada awak pangkat kakak atau abang . terima kasih banyak2 sebab nasihatkan saya . Saya amik nasihat awak dari sudut pandangan yang positif daripada seseorang yang lebih tua dari saya . Terima kasih =)  Alhamdulillah , at least saya takde HATERS . InsyaAllah , kalau boleh minta dijauhkan .

Kepada semua rakan blogger terutamanya yang lebih tua dari saya , saya minta maaf kalau cara penulisan saya atau cara saya menyampaikan sesuatu dalam blog saya ada unsur2 kasar atau "kurang ajar" . Maybe saya terlalu open sangat . Tapi takde niat pon nak kurang ajar sebab saya menulis mengikut keselesaan saya . Blog ini saya anggap adalah sebagai blog peribadi dimana saya rasa bebas nak tulis apa sahaja . Tapi saya takde la lebih2 sebab saya tau ada batasnya . Maksud LEBIH2 adalah seperti maki orang tak tentu pasal , mengaibkan orang atau menjatuhkan maruah orang lain . takkkkkkkkkkkkk . Saya bukan macam tu .


Mungkin cara saya membahasakan diri seperti "aku-kau" kurang menyenangkan orang yang lebih tua dari saya ? mungkin . Mohon maaf..........Macam saya katakan tadi , saya menulis mengikut keselesaan saya . Bagi orang yang lebih tua dari saya yang selaluuu singgah blog saya ni , maaf kalau cara penulisan saya agak kasar . Tapi inilah saya . Sejak mula berblog dari bulan januari 2011 saya memang dah biasa bahasakan diri "aku-kau" . Maaf sekali lagi .
Bila saya gunakan "saya-awak" saya rasa macam apa yang saya tulis tak sampai pada orang . Tak tahu kenapa . Tapi jangan la ingat saya ni kasarrrr . Kalau kat luar orang yang saya tak kenal takde lah sampai nak guna "kau-aku" . heyyy , saya masih faham apa maksud budi bahasa .

so , kalau ada yang rasa macam saya ni "harap muka cute tapi kasar" . minta maaf sangat2 ya . Kalau saya ada salah dan silap , tegur lah . Tapi dengan cara yang baik tawww . taknak perli2 , taknak sindir2 =) 

 budak cute mintak maaf yeaaa =)

kepada N , terima kasih atas nasihat . dan terima kasih jugak sebab cakap saya cute . =)

Assalaaamualaikum =)

Tuesday, October 25, 2011

not so called photoshoot laa

Assalamualaikum

hye awak2 semuaaaaa =) actually kan bapak aku baru belikan kamera besar gedabak tu . Takde la baru sangat . It's almost 3 weeks ago . So kalau dah kamera tu dalam tangan aku lagi-lagi adalah hak kepunyaan secara rasmi oleh aku , paham2 jela . Semakin giat keluar rumah setiap hujung minggu sambil bawak kehulu kehilir mende alah tu . Nak pergi kedai runcit pon bawak mende tu! Mana tau terjumpa artis ke boleh aku mintak amik gambar sekali . 

so....presenting, through my Nikon D3100!!



ni Annas Easkey yang amik taw.... k tipu . (he's power more than this isn't?)

 alololo...ayunye . =P

gua tengah tunggu abang besar datang . mana nie , gua dah tak sabar nak pukul orang .





pokok tu menakutkan bagi aku .

ok lah , aku tunjuk 6 jela . actually ada lagi , tapi kang ade yang muntah pulak . (eh apahal kau nak muntah pulak biar la belog aku) =P

yang sebelah tu la yang jadik tukang tangkap gambarnyewwww a.k.a my cousin . thanx yana .

p/s : ada orang cakap kat FB aku "kalau setakat beli kamera guna duit bapak baik tak payah"
sekarang ni duit bapak siapa ? bapak aku kan ? jadi tutup mulut kau .
Aku memang benci orang spesis macam ni .

thanx ayah for make it real .

Assalamualaikum .


Tuesday, October 18, 2011

sama ke ??

Assalamualaikum .

dah lama gilerrrr aku tak update blog ni . tak penah2 aku tinggalkan blog ni macam ni lama .sorry . :)

Bukan apa , actually macam takde idea nak tulis pasal apa . Memang niat nak sangatt update , tapi aku tak tau nak update pasal ape . Lagi-lagi sekarang tengah cuti sem . Agaknya sebab tu otak malas nak keluarkan idea sebab dah sedap sangat duk rumah , malas .
ok , back to the topic . Aku punya title kali ni "sama ke ??" . hehe , actually aku nak cerita pasal aku dengan adik aku . adik yang mana ? Aku ada sorang adik jela . So aku la yang sulung :P 
Aku macam pelik sebab majority orang cakap muka aku dengan adik aku sama . Padahal , dari kecik aku rasa rupa kami jauhhhh berbeza . Dari segi hidung(mancung lagi aku kot) , mulut , mata , warna kulit(aku putih), especially ketinggian(dia lebih tinggi dari aku) ,  uwaaarrrggghh!!

Kalau dalam Facebook adik aku upload gambar yang kitorang amik gambar sama2 , mesti orang akan cakap "eh2, kembar ke??" . Aku ingat dalam gambar je , tapi bila kitorang kat luar pon orang akan cakap benda yang sama . Boleh kira tau orang yang cakap muka aku dengan adik aku tak sama . Duatiga orang je .



Tapi kitorang ada satu persamaan , amik gambar mesti nak posing ala2 model . well , perempuan biasa la =P



p/s : apa pendapat korang  ? sama ke muka aku dengan adik aku?? Pada aku tak .

Assalamualaikum .

Tuesday, October 4, 2011

cinta pertama ditolak .

Assalamualaikum .


Aku nak cerita sikit pengalaman aku dicintai oleh seseorang . cehh ayat! well yeah , just read it and please laugh . =)

*its quite panjang , but please , finish reading it ok ;)

Masa tu aku darjah 6 tahun 2005 .  Time ni memang aku fokus belajar je tak pikir lain lah .Then satu petang ni aku balik lewat sebab nak tolong cikgu susun buku teks . Buku2 tu cikgu letak depan kelas dan almarinya kat belakang. So aku kena kehulu-kehilir la pergi depan belakang.
Then tengah sibuk kehulur kehilir susun buku2 tu aku perasan ada sorang mamat ni kat luar kelas kehulur-kehilir ke depan belakang jugak. Aku pergi depan amik buku, dia pon ke depan(luar kelas). Aku ke belakang, dia pon ke belakang . Nampak macam dia nak cakap sesuatu kat aku.

Then aku pon pergi belakang kelas jumpa dia. Tiba-tiba dia sebut nama aku "Amy." terus dia hulur cincin kat aku! terkejut gajah aku . Aku tak tau hantu apa dah masuk dalam badan aku . Aku pon cakap "taknak!!" . terus blah teruskan buat kerja .

Lepastu...esoknya aku cerita kat kawan aku . Konon bangga ada orang nak bagi cincin . Tapi aku boleh suruh mintak kawan aku tu mintak balik cincin kat mamat tu . Eh, aku pon pening la dengan diri sendiri . HAHA!

And selang beberapa hari lepas tu , aku pon tak tau mana cincin tu dah lesap . =P

Selang beberapa hari jugak , sepupu aku ajak aku teman dia pergi rumah kawan katanya . Aku pon ikut la . Last2 rumah mamat tu . Ini paling aku terharu la . Kau tau , aku sampai je rumah dia , dinding rumah mamat tu penuh dengan nama aku . Dah tak serupa rumah dah aku tengok . conteng sana, conteng sini . Nama aku pulak tu . Tak sangka pulak seawal umur yang muda aku ada peminat fanatik macam tu sekali .

*****************************

Haaaa . Tang ni memang aku tak dapat lupa . Kejadian ni berlaku masa sekolah petang(sekolah agama). Mamat tu satu kelas dengan aku . Tengah aku khusyuk dengar ustaz mengajar kat depan , tiba2 aku dapat satu surat dari belakang . Aku pon tertanya-tanya siapa . Surat tu tulis ,

amy, saya nak jumpa awak .

aku pon balas :

taknak . buat ape nk jumpa?

mamat tu :

sekejap je please . 

aku :

taknakkk laa!!

tak sempat aku nak pass kat orang belakang tiba2 kertas tu dirampas oleh ustaz aku!! Menangis aku , sebab dituduh ber-kapel dengan mamat tu . ustaz tu warning :

saya bagi kamu peluang . Sekali lagi kamu buat hal , saya report kat mak bapak kamu . faham?!!

#mamat tu boleh buat muka selamba je . Pasal dia la kitorang kena marah . Sejak haritu aku mengelak dari dia . Taknak tengok muka dia . menyampah .

***********************************

then sampai sekarang aku tak tahu apa dah jadi kat dia . belajar kat mana la dia ? Dia buat ape la sekarang . Sampai satu hari sepupu aku cakap dia ada datang rumah sepupu aku . Tahun ni jugak la . sepupu aku cakap ,

sepupu : amy , hari tu amin datang . (bukan nama sebenar)

aku : dia datang ? buat ape ? eh , macam mana ek dia sekarang?

sepupu : ya Allah amy.. hensem gilerr!!rambut tercacak-cacak . tinggi . putih . and dia kirim salam kat kau .

aku : OK . (dalam hati cakap menyesal aku marah2 dia dulu) =P

kbai assalamualaikum .


Friday, September 30, 2011

final dah habis broo

assalamualaikum 

Alhamdulillah , final exam baru habis tadi . Aku rasa tak sedap hati la . Aku rasa aku tak buat yang terbaik . Apahal dah keluar dari kelas baru aku rasa macam tak sedap hati?? padahal masa time jawab paper bukan main nak cepat habis . betul tak betul , aku tak peduli yang penting habis cepat , balik cepat . adesss .

Balik je dari exam amik gambar kemain sakan . heheee .


pekena nescafe mocha , perrghhh!! tapi pahit la . 

gua tak cukup makan time final lu tau . pelahap tak gua?

Ini ke muka tak puas hati ?? ini gimik jee . Tapi dalam hati , tak siapa yang tahu . macam mana la pointer aku nanti? , aku taknak repeat ape2 paper . taknak3 !!! ooppss , negatif nye .

kbai , assalamualaikum =(



Wednesday, September 28, 2011

tabiat bukan tebiat

Assalaaamualaikum .

Aku percaya semua orang ada tabiat masing-masing . Tabiat tu ialah sikap atau kebiasaan yang dilakukan seseorang sama ada baik atau buruk . 
  • Tak gosok gigi .
haaaa! jangan prasangka dulu . Dengar dulu aku nak explain . Actually dari kecik aku dah terbiasa kalau bangun tido je mesti nak cari makanan , breakfast . So dah terbiasa jugaklah tak mandi atau gosok gigi dulu . Kalau tengok sesetengah orang , sangat3 disiplin . Sebelum breakfast nak mandi dulu . Nak wangi2 gosok gigi lepastu baru makan . Aku pulak , tak terpikir pon nak mandi dulu . hehe .

  • jarang gila mandi petang .
Yup! Aku adalah seorang perempuan yang jarang mandi petang . Nak kata malas , ye kot . Pernah jadi kat kolej , tak pernah2 aku mandi petang then aku mandi . And roomate aku tanya , 

roomate : ehh, myra mandi ke ?
 aku : ha'a . Nape ?"
roomate : takde ape . Susah nak nampak myra mandi petang .
aku : LOL . (tersengeh-sengeh maluuu)

*Aku tak sangka pulak yang dia perasan!!! cis .

  • Suka bagi alasan taknak bawak kereta/takut nak bawak kereta .
yes . Aku adalah seorang yang takut nak bawak kereta . Walaupun dah ada lesen . Tapi aku still tak confident bila ada kat tengah-tengah jalan raya . kebetulan pagi tadi mama amik aku dari kolej :

mama : kaklong bawak . Mama penat .

aku : (dah gelabah) err mama , semalam kaklong jogging tiba2 senak kat perut . Dari semalam sampai sekarang tak baik-baik lagi . Sakit sangat ni ma . Mama jela bawak .

*TERLEPAS ! ^^

  • tamak
Aku jugak seorang yang tak cukup dengan satu . yeee , jangan ikut tabiat macam aku ni . Mama selalu cakap , tabiat syaitan!! Kalau dah ada satu benda tu , nak lagi , nak lagi dan nak lagi . Walaupon benda yang lama still ada atau boleh dipakai lagi . contohnye :
    aku dah ada novel ni . Dan aku tambah lagi

    Masih lagi tersimpan dalam almari dan belum mula baca lagi . 

    yang dalam botol tu baru beli . Sedangkan lagi 2 pasang contact lens tu masih boleh dipakai .

    yang ini jangan cakap la . Aku memang gila dengan lipgloss!!

    tamak kan?? sekarang sedang memperbaiki diri untuk tidak bersikap tamak dan boros . Sedang belajar menahan nafsu syaitannnn .

    • Amik gambar bajet artis .
    Aku malas nak cakap pasal ni sebab nanti panjang berjela . Contoh gambar2 aku yang bajet artis :
     sepatutnya buah epal . Tapi susah nak jumpa epal kat Malaysia ni kan . Lagi2 Melaka . Mangga pon jadik la .


    hai . Saya Hani Tajimok  . =P
     
     amacam? poyo tak poyo ? whateverrr . 
    p/s : tabiat korang apee ??
     Assalamualaikum .





    Thursday, September 22, 2011

    obses yang dah lapok

    assalamualaikum .

    Korang ada obses tak kat sesape ?? Tipu la kalau takde .
    Dolu-dolu , masa zaman budak-budak , bukan setakat minat tapi obses gilababeng dengan die nih 

    Sheikh Muszaphar Shukor . Sape yang tak kenal . our fisrt astronaut .

    Dolu2 , masa form 3 aku ingat lagi . Setiap hari minggu aku sanggup bangun pagi-pagi dan tunggu orang yang jual surat khabar lalu depan rumah . Sebab setiap hari minggu akan ada satu page/artikel yang ditulis SENDIRI oleh Dr Sheikh ni .

    Aku beli surat khabar guna duit aku sendiri . lepas tu aku akan baca dan fahami setiap perkataan dalam artikel tu walaupun apa yang dia bincangkan tu memboringkan . well , cintu tu buta . eh , eh , ape kene mengena ? Artikel yang dia tulis tu aku potong dan simpan buat koleksi . Siap ada fail khas youuu . Segala gambar , artikel , even gambar mak bapak dia dan gambar rocket yang die naik tu pun aku simpan. amacam , gila tak gila ? Takdela gila sangat .

    Dolu2 jugaklah , dia ni lah yang menjadi inspirasi aku untuk belajar ghajin2 , konon2 pemberi semangat la . Walaupun dia ni dah tua , aku tak peduli pon , sebab dia hensem . mama dengan ayah dah faham sangat dengan aku yang memang gilakan dia ni . Aku sanggup tunggu depan TV taknak miss tengok masa hari dia nak berlepas ke bulan tu . Hari tu , TV jadi milik aku untuk satu hari . Pernah satu hari :

    Situasi dimana aku tengah mengadap tv tengok Dr Sheikh ni tiba-tiba ayah cakap
    ayah : tak habis-habis. Ape la yang special sangat dengan die ni ?

    aku : Biarlah . Ayah apa tau . Nanti dah besar , kaklong nak jadi macam dia . Nak pegi bulan . Terapung-apung , bessstnyeewwww .

    ayah : kat sini pun dah tegapong-gapong , ada hati nak pegi bulan .

    aku : LOL. ayah yang tak memberi semangat langsung!(dalam hati)

    *Ade ke patut , sepatutnya ayah bagi semangat

    Tapi , selepas beberapa tahun  :
      Aku lupa yang dia dah tua . So mesti la nak kahwin . Agak frust tertoggeng aku . Menangis-nangis macam mati laki . Sampai jatuh sakit . result exam semua dah hancur . Sampai mama bawak pegi berubat tradisional .












     *tipu je .


    Apakan daya , aku cool jela . hehe . Sejak dia dah kahwin ni takkan aku nak gatal2 lagi . haha! so , aku pon semakin hari , semakin kurang la suka kat dia . Tapi minat tu still ada! Apa-apapon , ini citer dulu . Dah lama bertahun -tahun dah . Dah lapok .


    sekarang aku obses dengan dia ni je :











    Abam ayeem , minat kite jugak takkkk ? *sambil kenyit2 mata .
    tiba-tiba .

    p/s : well , korang share la sikit . ada obses tak dengan sesape .
      
     assalamualaikum


    Friday, September 16, 2011

    KENAPA SAYA SUKA ANNAS EASKEY?

    assalamualaikum .

    sebelum tu bagi aku mengucap dulu sebab kali ni aku nak joint satu contest yang gilababeng tip top ! CONTEST: Shoot Percuma dengan Annas Easkey . Kau nampak tak tuuu . PERCUMA ! Mohon dibaca sampai habis . ok , lets starts :
    • first , saya suka Annas Easkey sebab first time dia komen entri ini yang berbunnyi :
      sumpah , istighfar aku banyak2 lepas baca komen beliau . saya suka Annas Easkey sebab dia cakap saya comel . ^^
    • Daripada komen yang dia post tu , aku sangat2 happy sebab aku tahu yang Annas adalah seorang yang peramah jugak , maksudnya , dia bagi feedback bila aku komen salah satu entry dia semalam  . wink wink . Kau ingat senang ke orang pemes emes nak bertegur dengan orang biasa sesuka hati ? Tidak bagi aku . homaigod , ANNAS EASKEYYY !!

      •  Aku masih ingat , blog Annas Easkey adalah blog yang ke 3 yang aku jumpa dan usha selepas blog Fatin Liyana . seriously , aku sentap bila tengok blog dia penuh dengan gambar2 yang cantik gilebabeng . Setiap gambar yang dia amik nampak smooth and perfect ! Takde cacat cela . Kalau tengok setiap hasil tangkapan gambar dia akan rasa macam nak tengok dan tengok dan terus tengok . Dan daripada situ , aku jadi silent reader blog Annas Easkey .

      •  Kalau lihat dari cara Annas Easkey shoot orang , memang lain daripada yang lain . Cuba kau tengok model2 dia , semuanya haruslah membuat satu ekspresi muka dan  posture badan yang lain daripada yang lain . Dan itu yang membuatkan setiap sentuhan Annas Easkey nampak unik yang teramat sangat . Itu salah satu sebab kenapa aku suka dengan Annas Easkey .

      •  Seterusnya , aku suka Annas Easkey sebab setiap kerja(photoshoot) yang dia buat nampak betul2 teliti dan cekap . Kau tak percaya kau boleh tengok dari semua gambar yang dia publish dalam blog beliau , takpun fanpage beliau . Setiap gambar sudah cukup menunjukkan bagaimana cara beliau bekerja .

      • Seterusnya , aku suka Annas Easkey sebab seawal umur 23 tahun beliau dah jadi seorang photoghrapher yang hebat . thats awesome u know . Dari usaha yang beliau tampilkan , sangat2 buat aku admire dengan Annas . Buat sesuatu kerja atau pikul sesuatu amanah dengan ikhlas . Dengan itu , semua hasil kerja kita akan nampak cantik pada pandangan orang lain . thanx Annas .

      •  ok , ini sebab terakhir kenapa aku suka Annas Easkey . Annas Easkey cute . kbai

      p/s : kepada yang belum mengenali Annas Easkey sila terjah blog beliau dan join contest ni . bodohnye aku , sape yang tak kenal Annas Easkey !!
      Dan jangan lupa juga LIKE fanpage Annas Easkey ya .


      p/s/s : Doakan aku .

      Assalamualaikum .

      Thursday, September 15, 2011

      impian gila vs impian harus kenyataan .

      assalamualaikum .

      impian gila :
      • Nanti kalau dah kahwin aku nak honeymoon kat Paris atupun Korea ataupun mana2 tempat asalkan oversea .
      • Aku teringin nak jumpa Aizul Marcello . homaigod , hensemmnyee . Dia orang melaka taw u sama macam i so kalau terrrrrr jumpa  dekat mana2 aku minta tandatangan dulu , takpun amik gambar sama2 . choii ! gatal benor le .  mampus kene ganyang dengan awek abg Aizul .
      • Aku nak jadi salah seorang model Annas Easkey . ceh Annas pon pandang aku sebelah mata je , bukan sebelah mata , agaknya langsung tak pandang , ada hati .
      •  Nak photoshoot dengan NurulBadiah Lai sama-sama takpun yuyu zulaikha pun bolleeehhh . Gua jeles tengok peminat diorang boleh shoot sama-sama . sob .
      •  Nak tinggi and jadi model macam hanis zalikha lepastu buat fashion show dekat Paris .Kalau lah betul , memang aku buat solat sunat sujud syukur tiap-tiap malam .

      impian harus kenyataan :
      •  Kalau tak dapat honeymoon kat oversea , Pulau Pangkor atau Langkawi pun jadi . haha ! *yang penting haruslah ada honeymoon . sweet kannn . =)
      • Kahwin sebelum umur 23 tahun . cit ! gatal lagi .
      • Aku nak bukak bisnes buat baju yang cantik-cantik . dan dan , haruslah ada saiz aku yang selalu pergi  beli baju takde saiz . *sedih gua . kenapa kejam sangat shopping2 kat Malaysia ni ??
      •  Nak hidup bahagia dengan husband aku . *apahal aku gatal gila hari ni bhai ?
      •  Nak jadi penggemar pembaca novel sampai tua . lepastu buat koleksi berjuta epal . =)
      Apa-apapon , ni semua hanya impian . Impan gila tu aku tak tau le boleh jadi kenyataan ke tak . Kalau boleh , memang kuasa Tuhan . Yang impian harus kenyataan tu , kite hanya merancang , Tuhan yang menentukan .

      p/s : Doakan supaya bapak aku belikan kamera besar gedabak(DSLR) . sekarang dalam proses membodek .

      assalamualaikum .

      Sunday, September 11, 2011

      entry raya .


      kenal tak org kat atas ni ? ok aku mengaku aku ter-bangga. =P

      disebabkan request dari blogger pemes kebabomm nie suruh aku buat entry raya , dengan berbesar hatinya , aku buat . ececehhh .

      ok , suasana raya alhamdulillah , aku sambut dengan kesederhanaan sahaja . tak lebih dan tak kurang . hanya sederhana . biasa2 .

      raya pertama aku pakai baju kaler hijau . ada orang cakap sejuk mata . haha . thanx ayeem . =P

       gadis melayu konon2 . =)
      raya kedua pakai baju kaler merah . sejak ni aku rasa aku dah suka dengan kaler merah . hehe .

      err , sebenarnye tak banyak sangat amik gambar . aku tunjuk gambar time raya pertama n raya kedua jela yeee . *malas sebenarnya . ^^


      p/s : kepada rakan2 blogger yang beri semangat kat aku atas perkara2 yang terjadi , terima kasih . maafkan aku kalau entry sebelum2 ni ada terkasar atau terbiadap . terus terang , masa tu macam tak boleh kawal perasaan ni . Tapi bila aku pikir2 dan muhasabah diri , aku teringat satu benda , DUNIA HANYA PINJAMAN DAN SEMENTARA , jadi semua yang terjadi hanya sementara . tak semuanya kekal kan ? hidup ni macam roda . kejap kat atas , kejap kat bawah .


      apa-apapon , ALLAH kena sentiasa ada dalam hati .

      assalamualaikum .



      Thursday, September 1, 2011

      eeeee , geram!

      assalamualaikum .

      bekas guru bahasa inggeris bapak aku datang rumah beraya . bangsa cina . aku pergi salam dia .
      cikgu ayah : waaa , u are Badrin's daughter rite ? u'r so pretty! (sambil pegang2 pipi aku)
      aku : hehe . thanx .(kembang)
      then dia berborak dengan bapak aku .

      cikgu ayah : bla bla bla . Anak u yang ini(tunjuk aku) so pretty laa . 

      ayah : haha . tengok la ayah dia .(perasan betul bapak aku)

      cikgu ayah : haha . ya ya . u kene jaga dia baik2 taw . cantik maaa . Anak perempuan memang susah mau jaga .

      ayah : (senyum2)

      cikgu ayah : how old is she ? form 1 ?? (start ni aku rasa macam nak tutup telinga and lari!)

      ayah : haha! she's college already . 18 years old .

      cikgu ayah : what ? seriously ? i thought she is standard six or form 1 blablablabla .

      ayah : haha . she's quite small . 

      bapak sedara aku yang duk sebelah tetibe menyampuk " short " . choii !! bernanah telinga wa dengau .

      cikgu ayah : owhh . college already ... ada boyfriend kah ??

      ayah : i'm not allowed that . (LOL)

      cikgu ayah : (buat muka mengejek) hish u ni !!  (pandang aku and tanya) dah  ada boyfriend ka ??

      (macam mana aku nak jawab dengan jujur depan bapak aku !! cikgu bapak aku ni pon satu , tanyala belakang bapak aku . jawapan yang aku bagi , TIDAK . terpaksa tipu sunat  =_=" )

      cikgu ayah : (blablabla tanya kolej ape , amik course ape blablabla) serious 18 ni ? (dia tanya lagi!!)

      aku : (angguk je)

      cikgu ayah : (tepuk dahi geleng2 kepala) *FINE

      sadiss =(

      first , aku geram bila orang tanya umur . then bila aku jawab , terkejut berok .

      second , bapak aku tak kasi aku ada bopren padahal aku memang dah ada .

      third , aku geram bapak sedara aku direct cakap aku short . Nak sekel kepala tak boleh sebab bapak sedara . aku taknak jadik anak sedara yang derhaka .

      p/s :  Lepas ni nak simpan duit nak beli high heels bebanyak . kbai .
      assalamualaikum .


      Monday, August 29, 2011

      ucapan raya .

      assalamualaikum .

      sempena nak raya ni , aku nak minta maaf pada rakan2 blogger mahupun FB . Maaf atas segala kesalahan kalau ada terkasar bahasa , terbiadab , tergedik . eh , tang gedik tu aku tak setuju . =)

      yela , mungkin dari cara aku menulis tu ada sikit kasar ke . Tapi , korang kena jugak terima sebab dengan cara inilah aku rasa puas bila berblogging . Prinsip aku satu je , selagi tak sakitkan hati orang , dah cukup .

      aku rasa cukup manja dah ni untuk minta maaf . maafkan aku yeaa =(

      something to share ,


       tiba-tibaaaa....


      ayeem dengan sis nadia gila friendly ! Aku gelak guling2 especially bila tengok cara sis nadia komen . aku tak tau la , pada aku setiap patah perkataan sis nadia tu kelakar . macam spontan .

      kau tau , disebabkan kejadian ni aku tak boleh tido pikir "eh , biar betik aku komen2 dengan ayeem n sis nadia tadi" . serious . tak jangka dek akal aku nak komen bagai dengan blogger hebak macam diorang ni . ^^

       weyh , kenapa gedik sangat kau ni . pasal ni pon nak gebang erk ?

      sukahati aku la . BLOG AKU BUKAN BLOG BAPAK KAU . ^^

      p/s : abam ayem jahat . cakap pasal tinggi ni sensitip taww .
      p/s/s : selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin =)
       
      assalamualaikum .

      Friday, August 26, 2011

      jadi diri sendiri , tak perlu jadi FAKER!

      assalamualaikum .

      aku panas betol lah . orang curi gambar aku tanpa kebenaran then guna nama lain . pikir dah cukup bagus la tu . bijak kau ye .

      SYAFILA FATINY , hye awak <3

       

      "KALU SAPE-2 SUKE LIKE JELAH , KALU XSUKE SY XKISAH ;)
      AND ANDA BOLE BLARH !
      THNXX :)) K BAII"

      #pergh aku takdela sampai nak tulis macam ni . gedik , kau tau tak ?

      "SAIA TAK LAWOR MACAM ANDA SEMUA !
      SAIA BURUK !
      X SUKE SAIA . SAIA X KESAH !"

      #cam gampang kau kan ? ayat mcam hape . sedap mulut cakap aku buruk .
      to SYAFILA FATINY :

      hey kau dengar sini . aku tau kau ni mesti blogger sebab gambar yang aku tak upload dalam FB tapi upload dalam blog ada kat FB kau . owh , suka la kau kan sebab dapat kene puji melambung-lambung dengan hanya menggunakan gambar2 aku ? suka ? seronok ? 

      bila beberapa kawan aku try usha2 chatting dengan dia , terus dia block and unfriend semua kawan2 aku tu . Nampak sangat kau buat salah . then beberapa minit , dia tukar profile picture and gambar2 aku semua dah takde dalam album dia . Tak tau samada dia private atau delete . bijak tapi pengecut .

      patut la aku tak dapat nak cari acc FB kau , rupa2 nya kau dah BLOCK aku awal2 . same goes with my little sister , she blocked my sister too ! sangat bijak . Kau lupa ke Tuhan tu MAHA BERKUASA . Kau lupa ke Tuhan tu Maha Melihat ? sekarang , Tuhan dah tunjuk betapa berkuasanya Dia . Alhamdulillah .

      tolong jangan buat hal dengan aku . aku tak kuasa la nak simpan haters , fakers bagai .
      Ya ALLAH , peliharalah aku . amin .

      p/s : terima kasih kepada nur hamizawati kerana inform aku pasal perkara ni .

      assalamualaikum .