Thursday, April 28, 2011

Gila novel .

assalamualaikum .

novel pertama yang aku baca .

novel kedua . pokoknye , semua karya aisya sofea bessstt !

novel ketiga .

aku tak tau nak ckap ape . bukan tak sedap . tapi aku baca cite ni ending dye macam tak best . siyes aku ckap . ending dye macam tergantung . aku nak tanya la , kalau ending tergantung ada sambungan eh ?? aku paling malas nak baca novel yang ada sambungan . hehe . lagi satu sharifah abu salem suka buat novel yang ada sambugan2 ke weyh ? tapi sharifah abu salem tetap best .

novel kelima . wa cakap sama lu , cite ni memang tak boring !

novel keenam . wa cakap sama lu cite ni memang best . tapi , cite ni ada unsur2 BLUE sikit la . serbasalah pulak aku nak bagi adik aku baca . hehehe .

 novel ketujuh . wa cakap sama lu ni novel PALING SUPERB GILABABENG LA WEYH !!! novel ni lah , yang pertama buat air mata aku jatuh . siti rosmizah memang bestgilababeng .

and nowwwww , tiba masanya novel yang aku memang dah lama nak borong , akhirnya dapat !!! walaupoun duit aku pokai sebab novel ni , tapi aku puas giler bila dapat beli dengan duit sendiri . yela , novel paling mahal kot pernah aku beli . mmg le pokai ye dak . skg novel ni aku baru je mula nak baca . i mean , tengah baca la . mmg aku tabik siti rosmizah , permulaan aku baca dah jatuh air mata . apakah ??

yg ni aku tak beli . aku pinjam jiran aku punya . haha . siyes , cite ni mantap giler !!! ko baca macam ko sendirik yang ada dalam tu . novel 3D kot . haha .

sooooooooooo , lepas ni aku tangah plan nak borong novel2 ni . 

siti rosmizah lagi !! aku tak kira , aku akan dapatkan jugak . ko tunggu .

siti rosmizah lagi lagi !!! ko pon tunggu aku jugak !!


p/s : sindrom gila novel ni lepas aku abes SPM aritu . aku sendiri tak perasan dah byak duit aku pokai beli novel . takdela pokai sangat , kebanyakannye duit novel dari ayah atau mama . hehe . itupon mama dah bising2 . 

bye !!




Monday, April 25, 2011

tuto hijab 2 blogger yang aku dah cuba .

assalamualaikum .

haha . tetiba cam gase happy and puas pulak bila aku dah cuba wat tuto hijab oleh Fatin Liyana dan Nurulbadiah Lai . klau tgok dyerong pakai memang cntik . aku cuba jea . kalau ada pegi mana2 aku cuba la wat .

cara pemakaian Nurulbadiah Lai . 

aku memang suka tengok sis Nurul bila dye pakai style camnie lgi2 bila dye gunakan crumple shawl .
giler smart ! tu sebab aku beli crumple shawl and cuba pakai mcam style nih . pergh , bila aku pakai rasa macam Nurulbadiah Lai la pulok . hehe .

cara pemakaian Fatin Liyana .

actually org ckap ni cara ala2 CT . tpi disebabkan aku dpat tau cara nk pkai style ni dari Fatin Liyana , so suke ati aku la nk ckap cara pemakaian ni dari Fatin Liyana . hehe . act aku minat jugak dgan style ni sebab  dye ada loose sikit . smart taw . tapikan , aku ada jugak cuba style Fatin Liyana ni guna shawl yang crumple tu , tapi cam lain macam jadik nye .


ha , amik ko !! dah macam sesumpah plak aku tgok . kembang kat tepi telinga . klakar kan . muka aku pon cm hape je . haha . so , klau nk guna style Fatin Liyana tak boleh pkai crumple shawl . hmm .

so , buat masa ni , antara dua style ni jela yang aku apply klau nak g mana2 . its quite simple and smart kot . klau nak ikut cara pemakaian Hana Tajima tu , aku kurang sikit sebab kebanyakan cara hijab dye tak menutupi hingga ke dada . kebanyakannye la . macam tak biasa .so , buat masa ni , style dua ni jela yg ade ciri2 yg aku nak .

salam .


Saturday, April 23, 2011

pasal kentut . =)

assalamualaikum .

dialog aku dgan seorang budak yang aku ajar di pusat tusyen mak aku . he is 6 years old . lebih selesa panggil dye budak gebu .

masa dye tengah menulis , dye pandang2 aku . agak lama . then aku pelik .

aku : kenapa ??

budak gebu : ( silent while staring at me )

aku : hey , nape ni syg ??

budak gebu : ( silent lgi dalam 3 minit )

aku : cakap la kenapa ? ( time ni  tgah gisau, kot2 dye nak buang air ke . kang tak pasal2 kat situ jugak dye buang )

budak gebu : err , cikgu , saya kentut . ( smbil tersengeh sengeh )

aku : err ( cuba untuk tarik nafas pelan2 sbab nak tau ada tak bau yang tidak menyenangkan then , aku tanya ) xde bau pon ??

budak gebu : ala , sikit je . ( sambil pegang punggung dye )

aku : ( LOL . )

the lesson is : bersikap jujur lah kita walau apapon yang kita buat . =)








Thursday, April 21, 2011

keputusan aku untuk further study .

assalamualaikum .

ok , disebabkan aku baru je lepas SPM , i had make my own decision to further study.
ok , disebabkan hari tu aku dapat panggilan dari orang UITM , dan dah dapat the whole explaination about the course that i deserve , about the campus and about the UITM especially . ok , UITM memang murah giler kos dye . tempat die pon bagus sebab kampus baru dye dekat dalam a'Famosa Resort . and this campus under UITM la kan .

and after dah buat keputusan , i will take course Diploma Business Study In Fashion Designer . enough !! aku dah taknak dengar orang cakap " eh , utim tak bagus lah , masuk la kolej sekian ni " , " eh , nape tak masok sekian2 , ni lagi bagus ." , " eh , baik ko masuk kat tempat sekian ni , kat uitm xde itu la , ini la and bla , bla , bla . " masa lepas kuar je result aritu , aku dah naik pening mana nak pegi . dapat macam2 pengaruh dari org lain yang recommend masuk sekian2 tempat . and after that , i just hold one paragraph by Fatin Liyana ,

Fatin Liyana : 
adik-adik tak harus mendengar kata-kata orang yang sibuk mengecam. Abaikan mulut orang, orang hanya tau berkata-kata je. Bila kita buat keputusan, make sure keputusan itu adalah yang terbaik dan memang keinginan kita. Bukan keinginan mak kita, bukan keinginan jiran kita atau kawan-kawan kita. Jangan terikat dengan pemikiran masyarakat kita, kalau tidak you wont go elsewhere. Contoh macam, budak science je pandai, yang tak amek science suma tak pandai. Tidak. Kalau itu minat awak, abaikan mulut orang and just go on. Macam akak nak masuk matrix dulu, ramai kot yang tak kasi masuk. Kalaulah akak dengar cakap diorang dulu dan tak masuk matrix, memang akak tak dapat apa yang akak ada sekarang =')

thats correct sis FL !! apabila aku dalam kebuntuan , aku perlukan semangat dan dorongan seperti diatas . and thats will make me more matured to make decision . now , i am Amyrah Syahirah Badrin will further my study in UITM , in course business study in fashion designer . fullstop . asalkan diploma . i mean , its better Diploma la . so, ALHAMDULILLAH ke hadratnya kerana inilah gerak hati yang aku rasakan . aku harap aku boleh carry on this course and the important thing is , SUCCESS .

 disebabkan aku akan study under UITM , aku nak cakap , iluvuUITM . teehee , gila .


Timbalan Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka
Prof. Madya Mohd Zainud–Din Hassan 
*aku tak tau nape aku ltak gambar ni , excited kot .

and one more thing ,

novel pertama yang berjaya buat air mata aku jatuh .
sepuluh kali tabik pada Siti Rosmizah .


salam .
 
 




 
 





Sunday, April 17, 2011

aku nak jadi diri aku , bukan orang lain .

assalamualaikuuuuuuuum .

masa kat skolah dulu , kawan2 aku sedia maklum yang aku adalah budak pompuan a.k.a budak kecik yang paling manja dalam kelas . ya , maybe sebab aku paling adik kt dalam kelas kot . manja eh , bukan gedik . ingat tu . tumbuk kau klau kau ckap macam tu .  kalau masa form 5 tu , lagi aku manja dengan kwan2 . i mean , kwan2 yang aku dah sedia kenal dan rapat je la . mana tak nye , tahun terakhir la katakan . kalau dengan cikgu pon aku agak manja . tapi dengan ckgu yang sporting dan tak garang jea . klau yang garang tu , aku serious jea . blaja betol2 . mcam dengan ckgu science aku . garang . akhirnya , dpat jugak A+ for science . ok , angkat bakul sendiri nampak . tpi , semanja manja aku pon . ada time nye . klau masa blajar , aku serious . kecuali time akaun , aku tak pernah serious . bila ckgu akaun tgah mengajar , aku buat2 la muka serious untuk menunjukkan yang aku berminat . sebab ape ?? sebab aku duduk depan sekali . so taknak la tunjukkan yg aku tak minat kan . hehe . cover2 .

sikap aku ni ada jugak macam keanak-anakkan cikit . dalam bahasa inggerisnye , childish . hehe .  tpi , aku hanya manja dengan orang yang aku kenal je . kalau dulu jalan dengan kwan2 , mesti nak pegang2 tangan , sambil nyanyi2 . klau tak pegang tangan , mesti nak paut lengan dyorg mcam jlan ngn bf gitu . tpi , im not les . mind that ! sebab apa, mesti org akan tertanya2 . sebab kajian menunjukkan yang aku ni seorang suka kan perhatian dari orang lain atau suka bila orang berdamping dengan aku . suka didampingi orang ye , bukan hantu . jangan sesekali kau ambil pendamping . ok , mengarut . =)

ada masa aku terencat . eh , terencat ke ? bukan . tpi nakal .

nakal aku suka kenakan orang . nakal aku suka sakat orang . tapi kalau aku yang kena sakat , aku akan tarik muncung sampai la kena pujuk . cara terbaik , bagi coklat . teehee . paling byak kene kwan2 . bese la , dgan kwan2 . yang paling kenal sangat dengan sikap aku yang suka didampingi dan suka dibelai dan diberi perhatian dan bermacam macam di lagi ialah my bf . hehe . kesian .

kau terkejut tak kalau aku ckap yang aku anak sulung ?? . ya , i am the eldest . ah , tak kisah la yg tu .
tapi , ada masa aku serious dan bersikap matang . tengok keadaan . manja2 aku bertempat . gila2 aku pon bertempat . bukan dengan laki org atau bf org pon aku nak manja . sorry , im not like that person . weyh , tpi adakan pompuan mcm tu . manja dye terlebih lebih sampai dengan bf org pon dye tak perasan yang dye tgah dok manja2 . ok , lupakan .

 ada masa aku bersikap matang . ada masa jugak , suka carik gadoh . hehe .
dont u ever ask me to change myself . bcoz , this is the real me . i cant be someone else .
i dont care what people said , bcoz i know more about myself and my life than u .

tataaaaa . nak mkan aiskrim jap . =)








Friday, April 15, 2011

Cinta Kau & Aku - Siti Rosmizah . akhirnya !!

assalamualaikuuuuuuuuuum . teehee .
 
terbaeeeeeeeeeeek . *belom baca lagipon . baru nk mula . teehee .

harini aku rasa sangat puan hati sebab dpat beli novel dari penulis terkenal ni . memang dah lama nak beli buku karya makcik Siti Rosmizah nih . akhirnya dapat jugak harini . orang ckap penulisan dye memang mantap + meletup + kebabooomm !! . ingat nak beli karya terbaru dye , Lafazkan Kalimah Cintamu . tpi nt2 lah . nak kumpul duit dulu . hehe .

kau beli , tak rugi .

p/s : xsbar nak baca . kdang2 mama mrah aku , "asik nak beli novel jea . cuba la beli buku agama ckit . ada faedah dye ." tak tau nak ckap ape dah .

salam .


Wednesday, April 13, 2011

Tips orang soleh .

assalamualaikum .

today i'm gonna share some tips with u all . malas la aku nak membebel pasal entry yang ngarut2. hehe .
so , daripada aku mengarut2 , lagi baik aku share tips ni dgan korang . tips ni diambil dari majalah ANIS .

Tips Orang Soleh :
  •  orang soleh sentiasa berpandangan positif dan melihat sesuatu daripada sudut yang positif lalu dia menjadi orang yang sentiasa bersyukur atas apa yang diterima samada nikmat atau sebaliknya . Sebaliknya , orang yang hatinya sakit , sentiasa melihat yang negatif lalu hatinya terus bertambah sakit, iri hatinya bertambah kuat, perasaannya semakin tertekan lalu hilanglah kebahagiaan dirinya .
  • Orang soleh melihat orang lain sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk menjadi lebih baik . sebaliknye orang yang hatinya sakit menjadikan orang lain sebagai penyebab kepada  bertambahnya rasa sakit hati pada dirinya .
  • Orang soleh hidupnya sentiasa tenang , apabila ditimpa musibah dia akan bersabar kerana disana ada lagi orang yang lebih susah daripadanya .
  • Orang soleh apabila didatangani sifat marah , dia membaca taawwuz , sekiranya marah ketika berdiri , dia akan duduk serta mendiamkan diri, dan berwuduk untuk menghilangkan rasa marah .
sama-sama lah kita memperbaiki diri yang serba kekurangan ini .

Monday, April 11, 2011

jangan suka nilai orang dari luaran je .

salam .

jangan suka nilai orang dari luaran je a.k.a dont judge a book by its cover .


kita manusia terlalu banyak kekurangan kan ? jadi aku pon tak terlepas dari menilai orang dari luaran jugak .
tapi , bila aku pikir2 balik . actually , its not good to judge people if we not know them well . someone ever told me , that we cant simply judge people as u want . we have no right to do it .

cuba kalau kita yang kena . kena mengata , mesti panas kan . kalau nampak orang gemuk , mesti cakap , eee , gemuknye dye tuh . tak tau jaga makan ke . lagi satu , kalau nampak budak comel loteh macam aku , mesti orang akan cakap , kecik je kau , boleh ke bawak kete nanti . wtfish ! senang jela aku cakap , kau tak pernah jadi aku . so , dont simply judge me if u have'nt been in my shoes ! hello , mggu depan aku dh jpj ok . hehe . gebang skit .

 tak semestinye kalau perempuan yang bertudung tu semua baik . tak semuaaa .
hello , perempuan yang tak bertudung tu kadang2 lebih baik dari perempuan yang bertudung labuh . so , ni la point nye , kita jangan nilai hanya dari luaran je betol tak ? ok ,mengikut org2 atau kawan2 none hijab yg aku kenal , perangai dan sikap dyeorg lebih sopan dan respect agama sendiri . kau kena ingat , mungkin bab2 menutup aurat ni dye jahil sikit . tapi kita mana tau  solat 5 waktu dye tak pernah tinggal ?? mana tau puasa dye tak pernah tinggal ?? kita mana tau yang dye tu respect and sayang mak bapak dye tahap dewa ?? kita tak tau kan . so, jganla sesuka ati jugde org . kalau kau tgok prempuan bertudung pon kadang2 ada jugak perangai macam puaka . huh , ni ramai yg aku nampak . sebab aku yang bertudung pon cam puaka jugak . even myself ashamed with non hijab people . nakal mcam puaka . semua la macam puaka . tapi nakal aku tu takde la sampai melanggar syariat islam .insyaALLAH . aku tak nak la cakap panjang pasal bertudung nih . this is sensitive issue . malas aku nak berdebat . ewah . * jgan la sentimen sgt psal ni ek .

kenapa ek manusia suka judge orang sesuka hati je ?? kalau kena kat batang hidung sendiri tau pulak nak baran . now , i am trying to be a person that not simply judge people if im not know them . its better and at least jauhkan kita dari dosa .

who are u to judge me ??  and the life that i live . i know that i'm not perfect 100% . and i dont claim to be so. before u point ur finger , make sure ur hands are clean .  
 tgok , nakal kan aqu . but u will never know every little thing and detail about me !!


kita chaw dulu yea kaka2 abg2 . =)

Wednesday, April 6, 2011

Contest Natural Beauty

salam . contest by abg stalker .



~Syarat-syarat~

-Wajib la meng'Follow belog kapcai abg stalker ni atas dsr kesusilaan
-Harus la memPertandingkan satu (1) gambar:

Perempuan = MUKA TANPA SEBARANG MEKAP 

Lelaki = MUKA SUCI DAN JELAS 

(Tanpa Aksesori seperti Spec,RayBan,Sunglass,Lens atau adik beradik dgn nya la)

-Abg nk gambau 'Sorg2' je..gambau ramai2 dgn kwn ke apa ke Disqualified.
-Bt entry tajuk "Contest Natural Beauty" pastu tepek banner kt atas tu kt en3 n sidebar korg.
x pyh bebel pnjg2 k.
-Tag 2 org kwn.Make sure diorg tahu ek.
-Tinggalkn link korg dlm ruang komen abg stalker.

Expired Date: 1 Mei 2011  - (11.59pm)

Hadiah: Akn diberi mengikut mud kakak stalker.

so , pic ni maybe aqu dah pnah upload kot , tpi ni utk contest punye :

no make up , no cantact lens even bedak pon takde .
coz time ni malam , sje test tuto hijab sis nurulbadiah . teehee .

mungkin saya bukan tergolong dalam kalangan perempuan yang mempunyai kecantikan semulajadi , tapi saya bersyukur kerana dikurniakan cukup sifat oleh NYA . alhamdulillah .


skg sy tag :
nur iffah athirah 
aina yazid story 

done , bye !

Contest Senyuman Seindah Suria by ROSLIZA ROSLAN

salam and hye .

ok , pasni maybe update aqu akan pasal contest jea k !
so korang jgan terkejut pulak lau entry psal contest jea yg lebih pasni .
aqu nak msok contest , aqu punye pasal ok . klau ko nk join , join . klau taknak , xpe .
but mind this , never judge me yang bukan2 paham . hehe .

ok , contest kali ni mcam best ! * arh , semua contest yg aqu masok aqu ckap best ye dak . teehee .


SYARAT-SYARATNYA :


1 - Follow belog ROSLIZA ROSLAN dan like fanpage 'ROSE SHOPPING BAG' atau fanpage 'ROSLIZA ROSLAN'



2 - Buat entry khas dengan tajuk 
'Contest Senyuman Seindah Suria by ROSLIZA ROSLAN'
then korang story la pasal gambar senyum korang dan sertakan gambar sekali. Tak kisahlah senyum tak nampak gigi ke,
nampak gusi ke, whatever......yang penting senyum ! 


Apabila entry dah siap, tinggalkan link anda di sini okeh !



Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 April 2011



Keputusan 100% hak milik tuan empunya belog T_T



Sebarang pertanyaan sila email saya di selendang_kasih@ymail.com @ tinggalkan komen anda di Fanpage Rose Shopping Bag



HADIAH MISTERI MENANTI ANDA !!!

Bergantunglah si jejaka atau perempuan yang menang ye.

gmbr yg dipertaruhkaaaan :

smileee , no need to say anything ! .teehee .
yang penting ktorang rasa macam kitorg ni paling cntik bila senyum. LOL .
 senyum itu sedekah . so , jom senyum ramai2 yea .

bye .




Tuesday, April 5, 2011

CONTEST YAYA : CANDID Time..!!

assalamualaikuuuuuuuuuuuuuumm !!
tak perlu aqu nak ckap byk . memang sah2 la ni pasal contest kan . ya , hantu contest . teehee .



syarat2 contest :

sape2 pon leh join..xkire laki ke pompuan..
MESTI jadi follower belog cik yaya shahrizan
buat N3 yg bertajuk 1st CONTEST YAYA : CANDID Time..!!
letak header belog yaya kt atas nie...
Tag member 2 org dan mereka mesti tau yg mereka kena tag..
da siap paste link korang kt komen blog yaya nie okeh.....
last letak gmbr candid terbaik korang..xkesah gmbr sorg or ramai2..
*gmbr terbaik akan jadi pemenang...

expayed date : 14.04.2011 (sempena besday yaya)

hadiah : MISTERI...

3 pemenang gmbr candid terbaik sahaja....

so , there i go , my CANDID PICTURE :

credit to Muhd Zulfadhli for taking this real candid .

now , i am tagging :

nak menang , nak menang !!

p/s : buat masa sekarang , dah dua contest aqu takde nasib nak menang . teehee . usaha tangga kejayaan !!
klau bab2 nih , men semangat lagi aqu kan . haih .

bye !

Monday, April 4, 2011

Cinta Adam dan Hawa .

the most romantic novel i ever read !

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam ,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk.......
dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
dan dekat dihati untuk dicintainya .


Tips kebahagiaan Adam dan Hawa :
  • Kejujuran
Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala  kemusykilan yang ada pada pasangan anda .

  • Tertawa
Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa .

  • Persahabatan
Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan .
  • Hormat satu sama lain dan kompromi
Walaupun wujud pandangan yang berbeza , belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi .

  •  Memaafkan
Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda .
  • Bersikap realistik
Jangan cuba mengubah pasangan anda . Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya .

  • Lupakan masa lalu
Berhenti mengungkit kisah masa lampau . Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda , maka ceritakanlah .

  • Doa
Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan dihati bahawa sebagai insan , doalah merupakan penawar bagi segalanya .


* i love my hero , muhammad nazreen imanah .

bye ! salam .

Saturday, April 2, 2011

IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"

assalamualaikum .

ok , contest lgi . aku nk msok contest ni sebab hadiah dia superb gile .
n slah satu hadiahnye ialah wang tunai !! no 1 smpai no 3 akn dpat wang tunai u .
haish , jgan kau berani ckap aqu mata duitan ok ! =P

 nama contest ini ialah "Time Guess".
sebuah jam telah di gabung dengan banyak layer, s0 tugas anda untuk MENEKA apakah waktu sebenar jam tersebut.
Ibnushukran tidak akan melakukan sebarang penipuan tentang masa sebenar jam tersebut.
syaratnya adalah seperti berikut :
1. Syarat pertama ialah menjadi follower ibnushukran


2. Kedua ialah membuat entri mengenai ini beserta jawapan.
cnth jawapan : 5.20
tajuk entri ialah IBNUSHUKRAN: "TIME GUESS CONTEST"
Di dalam entri anda dikehendaki meletakkan banner "TIME GUESS" 
dan link ke blog ini . 
Kalau nk letak kt sidebar lagi ibnushukran amat hargainya.


3. Ketiga ialah tag at least 3 orang dan pastikan dia tahu.

4. Keempat ialah tinggalkan link anda di post comment.

hadiah akan diberi kepada 3 pemenang yang meneka dengan tepat atau jika tiada, ibnushukran akn memilih yang paling hampir.
jika ramai pemenang, cabutan bertuah akan dijalankan.
InsyaAllah anda akan menang.. :)
pembayang: (jam dikiri mata,minit dikanan mata)

Tarikh tutup : 20/4/2011
 korang kene teka waktu jam diatas yea .


jawapan Amy Syahirah : 8.05 ( jgan tiru jawapan aku eh !! )


aqu nak tag 3 org perempuan cntik :





nak tahu hadiahnye , klik SINI !
gud luck babes !



Friday, April 1, 2011

giler2 bersama ika .

assalamualaikuuuuuuuuuuuuuuuuuum!

ngeeeeee , hepy la arini . sebab jumpa ika n lepaking dengan dye . lokasinya , di rumah dye . hehe .
klau kitorg dah jumpa ni , memang secara automatik penyakit giler2 akan datang terhadap kami berdua .
bgos kan . 

nur syafiqah jamil :
 bila berada di depan kamera , dye akan buat2 rajin yea . harap maklum .



 yummy2 !! kitorang menternak lemak dengan makanan ni lah .

 korang mesti tertanya2 , rumah diorang ni cam besar jeaa . letscekitdautyaw !
 landskap rumah dye cntik sangat !


 kalau korang nak tau , yang tinggi tu lampu yea . nak beli satu la nak letak dalam bilik . =)

so sekarang masa ber webcam bersama ikaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!
 someone said , my tongue look weird . err .





=)

dont ask why we are like this . we just cant be together coz we'll crazy and we are crazy of camera .
thats why we are like this . hepy giler nih .

out !