Wednesday, March 2, 2011

Dosa mengangkat segelas arak

Sungguh, artikel ni untuk diriku sendiri..

ada satu lagi dosa besar yang akan jadi penyebab kita masuk neraka...

Seminggu sebelum berakhirnya peperiksaan SPM iaitu pada awal Disember, seorang anak muda(lelaki) meminta ibunya meninjau-ninjau premis perniagaan sekiranya memerlukan pekerjaan sambilan. Si anak bercadang mencari duit poket untuk persiapan ke IPT nanti. Si ibu berjaya mendapatkan pekerjaan untuk anaknya iaitu sebagai pelayan di sebuah hotel yang tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.
         Setiap hari si anak muda itu berulang-alik dengan bas. Si ibu berpesan, jangan tinggalkan solat walau sesibuk manapun bekerja. Suatu hari si anak diminta oleh pengurusnya menyajikan minuman kepada pelanggan. Si anak terkejut, terketar-ketar dia hendak menuangkan minuman tersebut. Sepanjang tempoh bekerja hatinya tidak tenteram, teringatkan dosa besar yang telah dilakukan kerana menyajikan air HARAM .


Masuk Neraka .
       Keesokan paginya selepas solat subuh, anak muda ini menyambung tidur kembali. Puas dikejut ibunya tetapi dia tetap berkeras tidak mahu bangun pergi berkerja seperti biasa.
        Si ibu mengejutnya lagi kerana tidak mahu dia kelewatan di tempat kerja.
        Oleh kerana terlalu marah dengan si ibu, lalu ditengkingnya si ibu, "MAK NAK SURUH SAYA MASUK NERAKA??!! MAK TAHU TAK KERJA YANG SAYA BUAT TU KERJA HARAM!!! KERJA PELAYAN TU BUKAN HANTAR MAKANAN TAPI KENA HANTAR ARAK KEPADA PELANGGAN!! MULAI HARI INI SAYA TAK NAK PERGI KERJA!! Si anak menyelimuti tubuhnya hinga ke kepala.
         Termangu si ibu pagi itu. Dibiarkan anaknya tidur untuk meredakan marah. "AMPUNKAN HAMBAMU INI YA ALLAH, AKU YANG BERSALAH. AKU TAK TAHU KERJANYA BEGITU . SELAMATKANLAH ANAKKU . Doa ibu dalam lelehan air mata ketika menyempurnakan tugas harian di rumah.
           Kepada suami. si ibu menceritakan kejadian yang berlaku. Dipesan kepada suaminya agar jangan berkeras salam menegur si anak, takut-takut marah anak makin meluap dan menjadi pertengkaran pula.Malam itu selepas selasai makan malam, si ayah duduk anak bujangnya dan bertanya khabar tentang pekerjaan barunya itu. Lalu si anak pun meluahkan seperti apa yang diberitahunya kepada ibu, cuma nada suaranya tidak setinggi pagi tadi, "ABANG TAKUT MASUK NERAKA ABAH, BAYANGKAN KETIKA ABANG PEGANG BOTOL ARAK ITU TIBA-TIBA ABANG MATI. MASUK NERAKA ABANG NANTI ABAH ."


Dosa Besar .
     Si ayah mengusap bahu anak, "ABANG, KALAU MASA TU KITA ISTIGHFAR BANYAK2 DAN TAK MAHU ULANGI KERJA ITU LAGI, ALLAH PASTI AKAN AMPUNKAN KITA. ABANG, KERJA YANG TERLIBAT DENGAN ARAK MEMANG BERDOSA BESAR, DAN KITA AKAN MASUK NERAKA. TETAPI, ABANG TAHU TAK ADA SATU LAGI DOSA BESAR YANG KALAU KITA BUAT AKAN JADI SEBAB KITA MASUK NERAKA WALAU TAK PEGANG ARAK?"
   Si anak menggelengkan kepala, lalu si ayah membuka al-Quran dan membacakan sepotong ayat., "Tuhanmu telah memerintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipon perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan santun)." (al-Isra' : 23)
     "ABANG, MELALUI AYAT INI, ALLAH BERITAHU BAHAWA DIA MARAH SANGAT2 PADA ANAK YANG MENENGKING EMAK DAN MEMANDANG HINA PADA EMAK YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBESARKAN KITA. ABANG MARAH EMAK PAGI TADI, EMAK SEDIH SANGAT2 TAU. TAPI, EMAK TETAP SAYANGKAN ABANG, EMAK DOAKAN ABANG JADI ANAK YANG SOLEH. ABANG MESTI MINTA AMPUN DENGAN EMAK KERANA DOSA MENENGKING EMAK LEBIH BESAR DARIPADA DOSA MENGANGKAT SEGELAS ARAK. DOSA MENGANGKAT ARAK KITA BOLEH MINTA AMPUN DENGAN ALLAH TAPI, DOSA DENGAN MAK, ALLAH TAKKAN AMPUNKAN SELAGI MAK TIDAK MAAFKAN." jelas ayah.
          Si anak menangis tersedu-sedu, berpelukan dengan si ibu. Sesungguhnya kes begini banyak berlaku di kalangan remaja yang tidak mengambil berat soal derhaka dengan ibu. Ramai ibu diherdik oleh anak2 kerana dituduh silap dalam mengatur kehidupan anak2. Tidak ada ibu yang mahukan keburukan berlaku kepada anak2, walau ibu kurang berpendidikan, namun ibu kita 'kaya' dengan pengalaman yang mematangkan kehidupannya dalam mndidik anak2.


 p/s : ibu itulah segala-galanya .

2 comments:

Unknown said...

emmmm...
nk nangis je rse nye..
teingt2 dose2 yg dh bt..
astafirullah...:'(

Nur Iffah Athirah Jamil said...

:) kak amy ske 2lis kt blog psal2 'cmnie' ..ira ske bace ^^ ... like2! kadang2 un sdeh ..sbb ira
teringt yg ira de wat dose gak..~ :'( ...sob2~~ T~T