Friday, July 20, 2012

Ramadhan yang lebih baik

Assalamulaikum.



Ya Allah sekejap je masa berlalu. Terlalu cepat. Dan ini masa yang ditunggu-tunggu. Ramadhan.
Satu-satunya bulan dimana peluang untuk kita upgrade iman, ibadah dan pahala. Kurangkan dosa, InsyaAllah.

Aku dah terlalu banyak terleka sebelum ni. Tak sedar yang sebenarnya aku dah banyak abaikan Allah. Sibuk fikir tentang perkara yang tak penting, menangis tentang perkara yang tak sepatutnya, kejar dunia, kejar sesuatu yang belum pasti. Ya Allah, how bad i am before :'( But then, Allah is still there with me. Allah always besides me without i realize it. Masa dimana aku tersasar, Dia masih ingatkan aku. Masa dimana aku lemah, Dia beri kekuatan pada aku. Masa dimana aku rasa aku dah tak tahan dengan ujian, Dia masih terus terusan ingatkan aku dengan cara yang baik. Allah The Almighty, macam mana aku boleh jadi terlalu pentingkan diri selama ni. Macam mana aku boleh ketepikan Dia dan sibuk kejar sesuatu yang langsung tak penting. Aku leka.

Bila aku fikir balik, banyak dah salah yang aku buat pada Allah. Tapi, Dia masih terus-terusan bagi aku rezeki. Masih terus-terusan bagi apa yang aku nak. Allah still fulfill my wishes. Subhanallah :'(
Aku inginkan Ramadhan kali ni buat aku betu-betul ingat pada Allah. Aku inginkan Ramadhan kali ni betul-betul buat aku rindukan Allah, setiap masa. Pada aku, apa yang salah, diri sendiri harus kita betulkan. Sedikit demi sedikit, InsyaAllah kalau niat kita baik kerana Allah, kita boleh :')

Dengan kedatangan Ramadhan kali ni, rebut peluang untuk jadi yang lebih baik. Itu yang aku harapkan. So abang-abangg hensem, kakak-kakak cantik, adik-adik comel, selamat menyambut Ramadhan ya. Jangan tinggal puasa kecuali yang "special" je.

Till the, Assalamualaikum :)

Friday, July 13, 2012

To have this feeling is not easy.

Malam tu saya teringatkan awak. Saya rindukan awak. Saya nak tengok awak, saya nak dengar suara awak, tapi saya tak tahu dengan cara apa. Dan saya terpikir hanya dengan satu cara, melalui SKYPE.

 Saya cuba-cuba on skype kalau-kalau saya nampak awak online. Saya buka Skype terus nampak awak tengah online. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa happy dan dalam masa yang sama saya fikir untuk apa awak buka Skype? Untuk apa dan dengan siapa awak ber-video call.

Awak mula tegur saya dulu. Saya bahagia. Saya nak video call dengan awak tapi saya cuba tahan perasaan tu. Saya cuba buat alasan yang saya penat. Awak tanya saya, kenapa saya on skype? Saya jawab saya ada hal dengan kawan, saya tipu. Lepastu saya tanya awak jugak, kenapa awak buka Skype? Awak jawab awak chatting dengan kawan, perempuan lain. Perempuan yang menjadi tempat  awak mengadu segala hal, perempuan yang menjadi tempat awak bergurau senda, dan perempuan yang saya tahu sudah ambil tempat saya dulu. 

Air mata saya terus jatuh. Saya tak tahan. Saya on Skype sebab nak tahu samada awak ingat saya atau tidak, tapi saya terlalu bersungguh dalam mengharap. Sekarang, awak on Skype kerana orang lain, bukan lagi kerana saya. Bukan lagi kerana awak tunggu saya, bukan.

Saya tak marah, saya tak kisah. Saya bahagia untuk awak sebab awak ada somebody yang boleh buat awak jauh lebih bahagia. Saya bahagia untuk awak. Air mata saya jatuh untuk yang keberapa kali yang saya sendiri tidak tahu. Saya tak kisah, asal saya tahu awak dah move on. Asal saya tahu awak happy bila saya takde. Cukuplah.... Saya tak tahu apa saya rasa malam tu. Saya hanya mampu keluarkan air mata yang tak tahu nak berhenti sambil sembunyikan dari pandangan kawan-kawan saya.


Air mata saya dah banyak jatuh kerana awak, tapi sikit pun awak tak ambil peduli. It's okay, i'm okay. Nama awak selalu ada dalam doa saya. Hanya dari situ saja cara saya mengingat awak. 

Jangan lupa saya. Jangan padam nama saya dari hidup awak. Jangan lupa macam mana kita kenal dulu, tolong jangan lupa semua tu.
Take care, if you're happy, i'm happy.

-Hanya cerita kiasan-

Assalamualaikum.

Thursday, June 21, 2012

Banyak cerita.

Assalamualaikum :)


hye. Saya kan dah jadi senior sekarang tau tau. *eleh baru sem 3 je pun* :P Haha cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je habis SPM dan baru je start sem 1 semalam. Sekarang dah sem 3. Alhamdulillah. :)

Hari tu 15hb 6 birthday mama saya. Yang ke.............tak tahu. Lupa la nak tanya berapa umur mama dah :\

Secret Recipe. Chocolate Indulgence. Heaven gila.

Ayah belikan mama kek Chocolate Indulgence. Actually birthday adik pun bulan Jun. Cepat 3 hari sebelum birthday mama iaitu 12hb 6. Happy birthdayyy mama and adik. I love both of you especially mama! :*

Sooo sekarang nak cerita pasal saya pulak sambil sambil tu dengar lagu Sleeq feat Najwa ni haaa. Saya suka lagu ni sebab someone pernah bagi saya lagu ni on facebook! Thank you awak :D

One day i got a message from someone on my FB:


*Sebelum tu bagi saya ketawa dulu*

Saya bukan ketawa kan tuan punya msg ni. Tapi saya ketawakan diri saya sendiri yang ada jugak orang suka sampai berterus terang macam ni. ermmm, untuk awak. Maaf saya tak boleh terima sesiapa. Buat masa ni hati saya dah tertutup. Sorry. Saya berterus terang dan dia faham. Nasib baik. Kot kot lelaki yang gila sawan. Mampus aku :)


Sem 3 ni memang busy gilaaaaaaaa. Assignments,  presentation and blablabla. Tapi actually aku suka busy busy ni  sebab takdelah aku sedih sedih nak pikir benda yang buang masa aku selama ni :\ Biarlah aku busy sekurang kurangnya aku tahu commitment aku as a student. SO, LETS MOVE ON. Alhamdulillah kawan pun dapat best best, sporting and kecohh!!

Lepas tu kan lepas tu kan, sem 3 ni saya ada subjek bahasa Arab tau. And i'm in love with it! MA ISMUKI? SOBAHUL KHAIR? errr errr ahh banyak lagi lahh! teehee. Apa apa hal Arabic language besstttt <3

p/s : Doa kan saya supaya saya boleh buat yang terbaik untuk sem 3 ni ya kawan kawan.    Assalamualaikum :)

Wednesday, June 13, 2012

Keep praying and believe.



Akan tiba saatnya, di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG..bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..

"Whatever burden you have in your heart, have faith in Him.. and LET IT GO..."


p/s : Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..♥♥

Thursday, June 7, 2012

Rasa kosong.


Assalamualaikum.

ehem. Bismilahirrahmanirrahim. erm tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi hati rasa berat sangat nak share. Tak semua kisah kita boleh kongsi pada orang kan. Its about less than a week before i start a new sem. Ini lagi la berat saya rasa hehe. Mungkin dah start sem baru nanti saya jarang update blog. Tapi InsyaAllah saya akan cari masa untuk update nanti. InsyaAllah.



Cuti sem saya 2 kali berturut-turut memang tak best, agak kurang menarik. Walaupun tempoh cuti tu lama gila tapi saya tak rasa betol betol happy :( Asalkan cuti sem je mesti ada masalah, mesti banyak menangis. Masa cuti sem jugaklah air mata saya banyak terbuang. But then ya, saya terima. Dah lah mama tak kasi kerja. So apa lagi yang saya boleh buat melainkan jadi mem besar di rumah sambil sambil mengadap drama korea kat Astro, Menangis malam malam. Oh, tak lupa juga aktiviti memasak. Nanti tak sebut pasal masak kata saya ni anak dara pemalas pulak kan kan kan :P

Sebab tu saya rindu hidup dalam kesibukan yang melampau. I think its better! Daripada kau ada masa terluang yang lama gila then kau pikir masalah yang macam macam, aku benci lah. :( Cuti sem kali ni aku rasa aku banyak menangis dari ketawa agaknya. Pergi daftar dekat kolej haritu then jumpa kawan kawan, mood happy datang balik dan saya rasa jalan yang terbaik adalah balik kolej, jumpa kawan kawan dan mem-busy-kan diri. hmm, harapnya dah balik kolej mula sem baru nanti akan buat saya bertambah tambah kuat. Dah malas la nak jatuhkan air mata sedangkan semua tu takde makna langsung untuk seseorang.


-Dena Bahrin-


Kadang kadang, kita tak sedar yang kita ni menjadi terlalu tamak bila kita dah sayangkan seseorang. Maka sebab tu kita tak nampak Allah yang sentiasa ada di sisi kita sedangkan kita sibuk kejar orang yang kita sayang. Akhirnya, semua tu tak ada erti langsung. Air mata, sedih, kecewa, dan cemburu semua tu mainan semata-mata. Palsu. Saya dah malas nak ikut perasaan lagi. 


Tahu tak apa yang saya buat bila saya rindu seseorang? Saya selalu menangis malam malam then message orang tu cakap saya rindu kat dia. Sedangkan orang tu balas message saya biasa biasa je ibarat macam saya ni terhegeh hegeh. Then saya sedar, "Ya Allah apa yang aku buat ni?" Itulah padahnya bila kita terlalu ikutkan perasaan. Dan saya sentiasa doa orang tu sihat sekarang. 

Sebenarnya, bila kita dah biasa rasa kecewa, kita akan biasa. Dan bila kita dah biasa dengan perasaan kecewa tu, perasaan sayang atau rindu tu akan hilang sedikit demi sedikit. Takpelah, sakit itu hanya sementara. Ada sesuatu yang baik menanti kita di luar sana dan InsyaAllah lambat laun Tuhan akan tunjukkan. Just follow the flow :)


Tak apalah kalau saya kehilangan awak, awak atau awak. Saya masih ada Allah.

Saya masih boleh tersenyum dan saya happy, percayalah.

Assalamualaikum.

Saturday, May 26, 2012

Hanya sedikit kekuatan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Kekuatan. Aku hanya perlu kekuatan untuk terus tersenyum macam dulu. Terasa macam tak cukup kuat untuk hadapi ujian yang membuat aku tersungkur jatuh. Setiap malam, air mata tak pernah tahu untuk berhenti mengalir. Setiap malam bukan lagi malam yang penuh nikmat untuk aku lelapkan mata. Setiap malam, hanya mengenangkan rindu yang bertambah-tambah tanpa sesiapa yang tahu. Cara untuk melepaskan rindu hanya dengan mengalirkan air mata sebelum tidur. Dan air mata aku seperti sudah tahu apa tugasnya bila aku rindukan seseorang, mengalir dan terus mengalir. Tidak boleh ke kau berhenti walaupun hanya untuk satu malam? Its hurt.

Untuk apa terus mengharap jika sudah tak ada sedikit perasaan untuk kita? Redha. memang, aku cuba untuk redha. Tapi kadang kala aku kecundang. Aku tahan segalanya. Sakit pun sakitlah. Kecewa pun kecewalah. Menangis pun menangislah. Sebab tu saja yang aku mampu buat. Kadang kala bila malam aku menangis, selalu aku doa supaya esok takkan ada lagi air mata. Supaya takkan ada lagi rasa rindu untuk hari esok. Tapi semuanya tidak termakbul. Aku gagal. Ya Allah apa salahku?. Siapa aku nak pertikaikan semua yang aku terima ni? Aku bukan siapa siapa. Aku hanya boleh terima. Walaupun dengan cara terpaksa sekalipun, aku perlu terima. Aku perlu ikhlaskan semuanya.

-Dena Bahrin-

"i just need you ya Allah. Just you." This is what i say everytime when i feel that i need someone but i can't. Yes, i just need Allah. I'm trying to get closer to Him everyday that makes me realized that just Him can makes me strong. I asked Him to show me what is the "hikmah" behind all of this. The feeling, the tears and why him. I can feel the peaceful, and i can feel that Allah always with us even we are down. And at the same time, the feeling is getting stronger. I'm missing someone even harder and harder. What's going on ya Allah. :'(

Allah, if he is not for me, please get rid of this feeling. Please get rid of his smile, his eyes, his voice and the memories from my mind. Please makes me don't care and don't miss him like he does. Please. 

-Dena Bahrin-

I believe that Allah knows everything. I know that Allah is plan something for my life. Please, makes me strong. Don't let my tears falling down.

He don't even care what am i feel right now. i tell him that i miss him, and he don't even care.



Someone out there, Take Care please. I mean it.

Monday, May 21, 2012

Everythings happen for a reason.

Assalamualaikum.

It's been almost 19 years old i live in this world. So many things happened. Happiness, disappointment, sadness, hurts, and being appreciated. Tapi masih belum cukup untuk buat aku jadi betul betul matang. Belum cukup untuk buat aku jadi kenal erti hidup yang sebenar. I still have long journey to go. Aku masih mentah dan berpura-pura yang aku tahu segala hal. Sedangkan tidak.

Sometimes i keep asking, " why must my life be like this?". I shouldn't. I believe Allah is planning something for my life right now. My life story nor my love story. My whole life story. I believe Him.

-Dena Bahrin-


Sometimes, God isn't give what we Want in our life. But He will give what we Need in our life. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. :'(

As a weakest human being, i need guidance from Allah. To makes my heart strong to make any decision. Aku bersyukur apa yang aku ada sekarang, apa yang aku lalui sekarang. happy moment nor sad moment. it's worth it. Alhamdulillah for everything Allah.