Thursday, June 7, 2012

Rasa kosong.


Assalamualaikum.

ehem. Bismilahirrahmanirrahim. erm tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi hati rasa berat sangat nak share. Tak semua kisah kita boleh kongsi pada orang kan. Its about less than a week before i start a new sem. Ini lagi la berat saya rasa hehe. Mungkin dah start sem baru nanti saya jarang update blog. Tapi InsyaAllah saya akan cari masa untuk update nanti. InsyaAllah.



Cuti sem saya 2 kali berturut-turut memang tak best, agak kurang menarik. Walaupun tempoh cuti tu lama gila tapi saya tak rasa betol betol happy :( Asalkan cuti sem je mesti ada masalah, mesti banyak menangis. Masa cuti sem jugaklah air mata saya banyak terbuang. But then ya, saya terima. Dah lah mama tak kasi kerja. So apa lagi yang saya boleh buat melainkan jadi mem besar di rumah sambil sambil mengadap drama korea kat Astro, Menangis malam malam. Oh, tak lupa juga aktiviti memasak. Nanti tak sebut pasal masak kata saya ni anak dara pemalas pulak kan kan kan :P

Sebab tu saya rindu hidup dalam kesibukan yang melampau. I think its better! Daripada kau ada masa terluang yang lama gila then kau pikir masalah yang macam macam, aku benci lah. :( Cuti sem kali ni aku rasa aku banyak menangis dari ketawa agaknya. Pergi daftar dekat kolej haritu then jumpa kawan kawan, mood happy datang balik dan saya rasa jalan yang terbaik adalah balik kolej, jumpa kawan kawan dan mem-busy-kan diri. hmm, harapnya dah balik kolej mula sem baru nanti akan buat saya bertambah tambah kuat. Dah malas la nak jatuhkan air mata sedangkan semua tu takde makna langsung untuk seseorang.


-Dena Bahrin-


Kadang kadang, kita tak sedar yang kita ni menjadi terlalu tamak bila kita dah sayangkan seseorang. Maka sebab tu kita tak nampak Allah yang sentiasa ada di sisi kita sedangkan kita sibuk kejar orang yang kita sayang. Akhirnya, semua tu tak ada erti langsung. Air mata, sedih, kecewa, dan cemburu semua tu mainan semata-mata. Palsu. Saya dah malas nak ikut perasaan lagi. 


Tahu tak apa yang saya buat bila saya rindu seseorang? Saya selalu menangis malam malam then message orang tu cakap saya rindu kat dia. Sedangkan orang tu balas message saya biasa biasa je ibarat macam saya ni terhegeh hegeh. Then saya sedar, "Ya Allah apa yang aku buat ni?" Itulah padahnya bila kita terlalu ikutkan perasaan. Dan saya sentiasa doa orang tu sihat sekarang. 

Sebenarnya, bila kita dah biasa rasa kecewa, kita akan biasa. Dan bila kita dah biasa dengan perasaan kecewa tu, perasaan sayang atau rindu tu akan hilang sedikit demi sedikit. Takpelah, sakit itu hanya sementara. Ada sesuatu yang baik menanti kita di luar sana dan InsyaAllah lambat laun Tuhan akan tunjukkan. Just follow the flow :)


Tak apalah kalau saya kehilangan awak, awak atau awak. Saya masih ada Allah.

Saya masih boleh tersenyum dan saya happy, percayalah.

Assalamualaikum.

2 comments:

Anonymous said...

I wish I could get someone that can makes me more closer to Allah by reminds me everyday to Him :)

Unknown said...

jgn sedih kak amy.. kalau dia bkn jodoh kita lupakan. kut mana tahu satu hari dia dtg semula dlm hidup kita, mmg Allah yg tentukan apa yg akan mendatang. chill kak amy cute ^_^