Friday, July 20, 2012

Ramadhan yang lebih baik

Assalamulaikum.



Ya Allah sekejap je masa berlalu. Terlalu cepat. Dan ini masa yang ditunggu-tunggu. Ramadhan.
Satu-satunya bulan dimana peluang untuk kita upgrade iman, ibadah dan pahala. Kurangkan dosa, InsyaAllah.

Aku dah terlalu banyak terleka sebelum ni. Tak sedar yang sebenarnya aku dah banyak abaikan Allah. Sibuk fikir tentang perkara yang tak penting, menangis tentang perkara yang tak sepatutnya, kejar dunia, kejar sesuatu yang belum pasti. Ya Allah, how bad i am before :'( But then, Allah is still there with me. Allah always besides me without i realize it. Masa dimana aku tersasar, Dia masih ingatkan aku. Masa dimana aku lemah, Dia beri kekuatan pada aku. Masa dimana aku rasa aku dah tak tahan dengan ujian, Dia masih terus terusan ingatkan aku dengan cara yang baik. Allah The Almighty, macam mana aku boleh jadi terlalu pentingkan diri selama ni. Macam mana aku boleh ketepikan Dia dan sibuk kejar sesuatu yang langsung tak penting. Aku leka.

Bila aku fikir balik, banyak dah salah yang aku buat pada Allah. Tapi, Dia masih terus-terusan bagi aku rezeki. Masih terus-terusan bagi apa yang aku nak. Allah still fulfill my wishes. Subhanallah :'(
Aku inginkan Ramadhan kali ni buat aku betu-betul ingat pada Allah. Aku inginkan Ramadhan kali ni betul-betul buat aku rindukan Allah, setiap masa. Pada aku, apa yang salah, diri sendiri harus kita betulkan. Sedikit demi sedikit, InsyaAllah kalau niat kita baik kerana Allah, kita boleh :')

Dengan kedatangan Ramadhan kali ni, rebut peluang untuk jadi yang lebih baik. Itu yang aku harapkan. So abang-abangg hensem, kakak-kakak cantik, adik-adik comel, selamat menyambut Ramadhan ya. Jangan tinggal puasa kecuali yang "special" je.

Till the, Assalamualaikum :)

3 comments:

Cik Puan Kocik said...

Selamat menjalani ibadah puasa

~ Miss Zey ~ said...

! selamaattt berpuaasaaa jugee ketchiiikkk miraaa comeyyyyyy :p

nurdani said...

comeynya la cik blog ni. macam orang korea