Sunday, October 21, 2012

Berangan.


Assalamualaikum :)

Adakahhh gadis umur macam saya ni boleh dikatakan KERAP fikir pasal kahwin? okay okay, nanti jangan lah menyampah dulu. Puih.

 Tau tak, aku ni kan, lately ni kan selalu pikir hal kahwin. Kegatalan apakah ini?? *hantuk kepala sendiri* Belajar pon tak habis lagi, Diploma pon lagi setahun setengah, gatal nak pikir pasal kahwin. Actually salah haku jugak kikiki. Sebab rajin baca novel cintan cintun. Lepas tu dengan pengaruh Irma Hasmie & suami dia lagi...... Dena Bahrin lagi....... K enough amy enough.

  Sweet sangattt!! K enough amy enough. :/

Tau tak sebelum tidur mesti aku pikir yang aku kat tempat Irma Hasmie and Dena Bahrin.
Tak tau lah, aku rasa macam kahwin ni bahagiaaaaa lepastu suami pulak............. kahkahkah k cukup. Aku tak jemu-jemu tengok video perkahwinan Irma, entah hantu apa entah masuk dalam badan ni :/

Konon-konon tengah tunggu suami. puih.

Pernah sekali, aku tolong mama tumbuk bawang. Sambil-sambil tumbuk tu aku sempat berangan konok-konon tumbuk bawang nak siapkan makanan untuk suami. Konon-konon isteri mithali la puihh. tetiba bawang tu terpercik kat mata terus MAMAAAAA!!! Terus tinggal kan bawang suruh mama take over. K sila ketawa :/

Teehee ala kalau nak kata pasal kahwin ni, semua orang pernah terpikir kan. Tipu la kalau cakap takde hewhew. Apa yang aku tulis ni, cuma nak bagitau je yang aku asyik pikir hal kahwin je. Takde laaa terdesak nak kahwin sekarang. Tunggu Diploma habis duluu, ada jodoh ada la. Urusan jodoh di tangan Allah. Tapi kalau dah takdir aku kahwin sekarang pon, nak buat macam mana kan HAHAHAHA k amy tak lawak tak lawak. :/

Kalau cakap pasal kahwin mesti aku macam ni :

k kau budak lagi jangan nak mengenyam :/


Ehhhh kita dah 19 la. K whateverrrr stop here.

Assalamualaikum :)

8 comments:

ibnuismaini said...

Aih, budak2 mana boleh kawen. Tunggu dewasa sikit. ha3.

Lyaa Suriany said...

pe slh nya berangan kan.
hehe

Khalilah said...

Berangan? Hehe lebih kepada impian la kan? Jom doa dpt yg terbaik! ;)

Cik nadya said...

lauu cakap irma hasmie..
memang confirm la berangan x habis2..
membe2 suka sangat tengok irma n husband die.. suweet..
jadi xsbau nak kawen, HAHA

Nor Afiza said...

comel!follow amy kayy :)

syasandeul said...

Semoga dipercepatkan jodohnyaa! Nanti boleh update kat blog macam kak dena bahrin.heehe

YouSOF said...

Kalau tak bagitau umur mungkin aku ingat tuan blog ni adalah seorang pelajar berusia 16 tahun yang rajin baca novel cintan cintun dan rajin berangan ke arah perkahwinan... ;D


Semoga ketemu jodoh yang baik, aamiin.

azalia hjsalleh said...

muda lagi dik..
sabarlah ye
Allah sdg aturkan yg terbaik utk kamu..
akak yg 21 ni pun kdg2 berangan gk pasal kahwin.. cumanya akak sedar yg diri ni x bersedia lg nk kahwin =( kena byk lagi perbaiki diri