Saturday, October 27, 2012

Nora Danish


Assalamualaikum :)

Badrin's daughter. 
*Mama taknak join bergambar sebab mama tak suka bergambar* :/

Pertamaaaa sekali saya nak ucap selamat hari sara Adiladha! So how's your hari raya haji? :)


Ermm okay, sekarang ni aku nak cerita pasal Nora Danish boleh tak? Alaaaa nora danish yang muka macam aku tuuuu wkwkwkwk. Comellll nyaaa dia Subhanallah! Suka gila tengok dia especially bila dia bertudung, TURN ON! :'D








Okay gambar yang akhir sekali tu tipu kikiki.

Comel kan comel kan? Lagi comel dari fasha sandha, eh. *k kidding* Kalau tengok video parody nora danish yang sore eyes tuuuuuu, lagiiiiiii comel nak mampus! Belum cakap pasal Shila Amzah lagi, pasal Natasha Hudson lagi!! Ya Allahhhh cantik sangat tengok diorang bertudung!

Ni lagi satu gambar Nora Danish bertudung. 

K dah amy, dah. Till then, Assalamualaikum :)


Sunday, October 21, 2012

Berangan.


Assalamualaikum :)

Adakahhh gadis umur macam saya ni boleh dikatakan KERAP fikir pasal kahwin? okay okay, nanti jangan lah menyampah dulu. Puih.

 Tau tak, aku ni kan, lately ni kan selalu pikir hal kahwin. Kegatalan apakah ini?? *hantuk kepala sendiri* Belajar pon tak habis lagi, Diploma pon lagi setahun setengah, gatal nak pikir pasal kahwin. Actually salah haku jugak kikiki. Sebab rajin baca novel cintan cintun. Lepas tu dengan pengaruh Irma Hasmie & suami dia lagi...... Dena Bahrin lagi....... K enough amy enough.

  Sweet sangattt!! K enough amy enough. :/

Tau tak sebelum tidur mesti aku pikir yang aku kat tempat Irma Hasmie and Dena Bahrin.
Tak tau lah, aku rasa macam kahwin ni bahagiaaaaa lepastu suami pulak............. kahkahkah k cukup. Aku tak jemu-jemu tengok video perkahwinan Irma, entah hantu apa entah masuk dalam badan ni :/

Konon-konon tengah tunggu suami. puih.

Pernah sekali, aku tolong mama tumbuk bawang. Sambil-sambil tumbuk tu aku sempat berangan konok-konon tumbuk bawang nak siapkan makanan untuk suami. Konon-konon isteri mithali la puihh. tetiba bawang tu terpercik kat mata terus MAMAAAAA!!! Terus tinggal kan bawang suruh mama take over. K sila ketawa :/

Teehee ala kalau nak kata pasal kahwin ni, semua orang pernah terpikir kan. Tipu la kalau cakap takde hewhew. Apa yang aku tulis ni, cuma nak bagitau je yang aku asyik pikir hal kahwin je. Takde laaa terdesak nak kahwin sekarang. Tunggu Diploma habis duluu, ada jodoh ada la. Urusan jodoh di tangan Allah. Tapi kalau dah takdir aku kahwin sekarang pon, nak buat macam mana kan HAHAHAHA k amy tak lawak tak lawak. :/

Kalau cakap pasal kahwin mesti aku macam ni :

k kau budak lagi jangan nak mengenyam :/


Ehhhh kita dah 19 la. K whateverrrr stop here.

Assalamualaikum :)

Sunday, October 14, 2012

I'm back :)


Assalamualaikum :)

Ye tau, lama sangatttttttt tak update blog. Kenapa eh, perasaan excited masa mula-mula buat blog dulu tak sama dengan sekarang? Rasa macam............. k nevermind.


Proudly speaking, saya baru je habis final exam! *ceh gaya macam baru habis Diploma je* Good bye sem 3, hyeee sem break! pheeww, memang tak sabar nak tunggu sem break and finallyyyyyy. Its about 1 month! :D Hmmm, doakan saya dapat pointer yang memuaskan untuk sem 3 ni ye ye ye? Kalau boleh dean list! teeheeee In sya Allah. Banyak benda nak buat cuti ni, baca novel, layan Running Man, blogging, hang out and bla bla bla.

Oh ya, mesti ada yang pelik, budak ni tak nak kerja ke? Haha, okay sejak dari sekolah mama saya tak bagi kebenaran untuk kerja part time. Ye, dari sekolah. Well you know, she's a mother, so she knows better :) Jadi, bila cuti panjang saya lah suri rumah yang keduaaaa :P Ada banyak cerita nak update ni tapiiiiiiiiiiiiiii next entry saya cerita In sya Allah okay? :)



Something unexpected happened in my life. And all i just can do is stay strong. Hanya orang yang betul-betul rapat dengan saya tahu apa yang saya lalui sekarang. :)

Till then, assalamualaikum :)