Saturday, August 11, 2012

Happy tapi sedih

Assalamualaikum.

Tinggal lagi 9 hari berpuasa. Rasa happy nak raya tu memang ada, tapi rasa sedih bila Ramadhan hampir meninggalkan kita tu lebih terasa. :'(

Lepas ni, dah takde peluang nak rebut pahala dengan senang. Dah takde terawih dengan kawan-kawan kolej. Dah takde sahur dan berbuka sama-sama dengan housemate. Ramadhan kali ni saya lebih banyak luangkan masa dengan Tuhan. Saya libatkan diri dengan Usrah. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak tinggalkan terawih saya. Sebab saya betul-betul nak rasa macam mana nikmatnya Ramadhan kali ni. Bukan sebelum ni saya tak pernah menikmati, cuma sebelum ni saya berpuasa sebab ianya bulan Ramadhan dan tak cuba rebut peluang untuk rebut pahala dengan senang. Dan Alhamdulillah, kali ni saya betul-betul rasa. Saya betul-betul rasa Tuhan betul-betul dekat dengan saya. :')

Dan perkara yang saya baru sedar sekarang ialah, saya tak fikir banyak tentang hal raya macam mana saya selalu sibuk-sibuk fikir nak raya sabelum ni. Saya tak hairan dengan kasut raya, baju raya dan semuanya. Apa yang saya fikir ialah saya kena dan perlu kejar perkara baik dalam bulan Ramadhan ni sebelum ia berakhir :'( Baju raya saya kali ni sepasang baju kurung dan sehelai jubah. That's all. Kasut raya saya tak beli pun. Ada kasut lama pun bersyukur.

Dan rumah saya pun hampirrrr siap! InsyaAllah ayah dan mama cuba siapkan rumah baru saya sebelum raya. Nanti tak perlu lah menumpang rumah nenek. Nak tengok rumah baru saya? :

Ini beranda depan. 
Mama pilih warna hijau sama dengan warna bilik saya :)

Haa ini dalam rumah dekat hall. Yellow colour :)

Hampirrr siap. Tak sabar sangat. teehee. 


Ok lah, kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan saya, yang baca entry ni. Semua lah.


Assalamualaikum :)

5 comments:

JIJI YU said...

besor kemain rumah ko

nurdani said...

cantik gila rumah ha

teha said...

besau nye umah die.. hihihi :)

♥nurul♥ said...

hi comels.:)
alhamdulillah kite sme2 dekatkn diri dgn Allah. sedihkan tggl bpe hari je.
takpe,doa bebanyak supaya thun dpn,kita ditemukan lg dgn ramadan.:')

besarr rumah eh.hihi bestnye dh ad rumah sndiri.:)

zulhilmi tempoyak said...

pergh... beso rmh pon...