Assalamualaikum .
azam baru . Mesti korang pikir "budak ni dah kenapa, baru nak ada azam baru kee?" . Hehe . Terus terang aku cakap , masa masuk je tahun baru haritu , aku TAK terpikir langsung nak ada azam baru . Yang aku pikir , yeaaayyyy!! nak masuk new yearrr!! , teruk kan ? Tapi bila aku tengok kawan-kawan aku semua ada azam baru , rasa macam eh kenapa aku takde azam ni ? rasa macam tak berguna pulak aku nie . cis .
Actually, baru aku sedar yang aku dah tanam azam masa baru nak masuk sem 2 . Hehe . Antara azam nya :
- mahu kan full attendance belajar .
Disebabkan masa sem 1 haritu aku banyak main-main pergi kelas . Pergi kelas ikut suka hati kepala aku je . Takde rasa serba salah langsung walaupun attendance banyak tak datang . hehe . Aku ni takde lah power mana dalam bab belajar, tapi at least bila ada full attendance boleh la jugak jadi carry mark untuk support pointer aku nanti . kan ?
- berikan tumpuan tahap maksima masa belajar .
Aku ni kan jenis mula-mula masuk kelas kemain lagi bagi sepenuh tumpuan pada lecturer . Tapi bila dah satu atau dua jam , ha mula lah kepala otak aku berangan entah ke mana . Bajet je mata pandang lecturer . Padahal dah sampai New York dah . Tapi semua tu masa sem 1 . Sem 2 ni aku taknak dah "buat-buat" concentrate bila lecturer ajar kat depan . Sekarang bila lecturer ajar kat depan aku bagi sepenuh perhatian . Mata tu pandang lecturer dengan papan putih selang seli woii . Tembus sampai ke belakang papan putih tu kalau boleh .
- sempurnakan assignment
"sempurnakan assignment" ? apahal ayat aku power semacam ? ahh whatever . Walaupun assignment adalah salah satu benda yang selalu buat aku stress , migrain and so on . Aku akan cuba jugak sedaya upaya untuk "suka" kan semua assignment2 yang lecturer aku bagi . Siap kan assignment on time ! kan bagus kalau aku buat assignment tu macam mentelaah novel . haihh .
- Bersifat lebih matang .
Matang dari segi segala-gala nya . Matang dalam mengatasi masalah, matang dalam membuat keputusan , matang dalam bertanggungjawab, matang dalam bergaul dengan rakan-rakan terutamanya matang dalam menimba ilmu . hey , i am a business woman lah ! ceh berlagak . astaghfirullahala'zim .
- Bersikap positif dalam segala hal .
Yang ini aku memang kena ubah! Frankly speaking, aku ni suka berfikiran negatif . Belum apa-apa lagi dah fikir negatif . then I admit it was an act that is NOT GOOD . Very-very not good! Tolong ubah perangai sapa-sapa yang sikap macam aku ni ya . Bila kita negatif , maka hasilnya pun akan negatif . Trust me . Aku dah banyak alami perkara macam ni . So , mulai sekarang fikir POSITIF je ok . InsyaAllah , all will be going fine .
- Jadi anak yang solehah
Setiap tahun aku berazam untuk jadi anak yang solehah untuk mama dan ayah aku . Mungkin sekarang aku belum boleh mampu nak balas segala jasa ayah dan mama dari segi wang , keperluan , tempat berlindung dan sebagainya . Tapi aku boleh balas jasa parent aku dengan belajar bersungguh-sungguh dan itu mungkin dapat buat mereka bangga dengan aku . InsyaAllah :'(
Berubah kepada yang lebih baik tak salah . Yang penting istiqamah dan kekalkan semangat insyaAllah boleh :)
Where there is no struggle, there is no strength.
Have a nice day guys !
Assalamualaikum .
6 comments:
tanpa kak amy sedar, kak amy dah pun ada azam-azam baru tu smua. chaiyokk kak amy!! ;D
good one dear!
azam penting. tapi yang paling penting, adalah konsisten kan? hee.. akak nyer azam nak simpan duit setiap bulan.. hoho.. nampak benar sebelum ni banyak belanja je.. hehehe
oh, sy juga selalu fikirkan something yang negatif, adeyh (-__-)
cara utk avoid bnda ni ialah sila la kua jenjalan petang2 ok. tgk pemandangan. jogging ke. try to do somthing. nnt kita akan lebih positif.
saya pon xda azam jugak, bole share azam awak x? haha :D
aischa : betul tu dear . thanx :)
Amni : hehee. xpe kak . slow slow insyaAllah boleh :)
nizam : waa , bagus candangan . insyaAllah akan praktik kan . terima kasih :)
syasya fitriana : hehe..boleh2 :)
oh, yeay!
azam baru..nak chill sendiri-sendiri!
heh >,<
Post a Comment