Saturday, January 19, 2013

Aku marah.


Assalamualaikum.

Aku dah cukup sabar dengan FAKER2 ni. Aku cuba untuk ignore tapi aku rasa macam dah tak tahan lagi dah nak bertolak ansur. Dah melampau. 

yang ni print screen dari account Ask.fm




Dah banyak orang cuba inform aku pasal link/facebook ni. Mereka cakap budak ni sebat habis gambar2 aku. Termasuk jugak gambar ayah dan adik aku. Lepas tu poyo post gambar macam family dia pulak. Aku print screen FB budak ni dari facebook orang lain sebab aku tak boleh bukak link budak ni, Dia dah BLOCK aku. Bagus dik, bagus. MELAMPAU.



Sakit betul hati aku. Galak cakap ini original facebook dia. Ya Allah Tuhan je yang tahu macam aku rasa macam nak tampar budak ni. Lahir tahun 1995. 18 tahun. 18 tahun patutnya dah boleh fikir mana salah mana betul dik. Aku tak tahu lah samada tarikh lahir tu salah atau betul, tapi budak ni memang MELAMPAU.


Gambar yang first tu aku upload kat twitter beberapa hari yang lepas. Sekejap je kau dah kebas. Apa kena dengan kau ni ha? Melampau dah ni ya Allah, aku tak tahan marah dah ni rasa macam nak hentak2 lappy ni. Ya Allah.



Most of gambar aku dia curi dari blog ni jugak. SANGAT SANGAT BIADAP.

Aku baca apa yang dia tulis, Tuhan je tahu macam mana geram dan marah nya aku.




Aku minat Zizan, dia pun sibuk2 nak join. Dia sibuk2 nak " <3Zizanrazak<3 "  

Nak ikutkan aku malas lah nak post pasal benda macam ni. Takde masa, buang masa. Tapi ini dah melampau. Asyik benda yang sama orang gtau budak ni curi gambar, budak ni buat account palsu la apa la. Aku sabar je.

Kepada budak tersebut atau siapa2 yang suka curi gambar orang dan buat account palsu tu, tolong lah hentikan. Setiap apa yang kita buat walaupun ianya sekecil zarah akan dicatat malaikat kiri dan kanan bahu kita. Kau rasa curi gambar orang dan buat account palsu tu biasa2 je, tapi semua tu akan dicatat dan akan dibawa mengadap Allah dan akan dipersoalkan kat akhirat sana. Kau buat lah. Walaupun benda ni tak berdosa mana pun, tapi kau curi hak orang lain dan cuba untuk reka account palsu orang lain, kiranya kau dah menipu ramaaaaiiii kawan2 kau kat FB tu dengan buat diorang anggap yang kau adalah Amy Syahirah yang sebenar, MEMBOHONG, MENIPU, itu DOSA

Lagi lama kau buat account palsu tu, lagi lama kau menipu orang lain, lagi banyak dosa yang kau dapat.

 *Maaf jika kemarahan ini tak dapat dikawal.

Selamat malam, asslamualaikum.


2 comments:

Kerol Akim said...

Sabarlah dik, banyakkan istighfar..

Lieya Yaya :) said...

sabar taw kak . adk pn selalu jgk jpe fb akak yg fake2 ni . utk elakkan dorg perguna gmb akak dan fmly akak , ape kata akak private kan gmb dan info yg tertentu .. just showkan gmb2 tertntu je ... banyak2kan berdoa k . biar org tu kena balasan die . smile kakak :) support you kaka :)