Saturday, December 15, 2012

Semangat baru.


Assalamualaikum :)

Hmm, sem 4 ni memang agak menguji kesabaran betul tahu tak? Bila dah semakin meningkat sem, semakin susah lah subject yang ada. Bila semakin susah subject yang ada, tak sepatutnya pelajar berada dalam keadaan selesa macam aku sekarang ni. Nak tahu kenapa? Kolej aku macam2 masalah dengan lecturer tak adalah, class cancel lah, class postponed lah. Paling tak suka bila dah siap2 wangi2 lawa2 nak ke kelas, dah nak keluar rumah baru dapat text " CLASS CANCEL". First, aku HAPPY sebab class dibatalkan. Second, aku SAKIT HATI sebab membazir perfume, losyen, baju, dan krim muka. Dah siap kot dari atas sampai bawah tetiba dapat text class cancel. Kalau awak, awak sakit hati tak? Sakit kannnnn...................

Sem ni aku dah start risau macam2. Takut dan gerun dengan subject2 killer yang bakal aku pelajari. Ceh ayat macam buat karangan wkwkwkwkwkw. Ramai senior senior lepas yang repeat paper sem   aku ni. YA Allah, Tuhan je yang tahu macam mana risaunya kalau aku senasib mereka. Ramai tau, bukan sikit2. Dah masuk sem 4 ni aku tak pernah lagi repeat2 paper ni. Syukur Alhamdulillah. Jadi aku fikir, kalau majoriti tak boleh buat, takkan susah gilanakmampus subject2 sem aku niiiiiiiii. Whatever it is, doakan supaya aku boleh go on dengan subject2 killer ni dan kalau boleh Insya Allah lulus. Kalau DEKAN terus lagi bagus. Aamiin. :)

Baik, perkembangan aku sekarang Alhamdulillah, sihat walafiat lagi comel . Eh tak gurau wkwkwk.

Background takde nak cantik lagi. Bertambah cantik dengan tong sampah berwarna biru tu.

Baik, inilah aku yang sekarang. Takde apa yang berubah pun, cuma bertambah comel lagi ayu je. Wkwkwkwkwkwk k sudah. Ini gambar masa hari pertama mula class sem 4, Pipi pun makin comel. Guna comel eh bukan tembam. Bhahahahahahaha tapi itulah hakikat nya weyh. Cedih. :'(


Sekarang aku semakin berminat untuk berjubah. Senang, simple, mudah lagi ayu. Eh. K tak habis2 nak puji diri sendiri yang tak se-ayu mana ni. Heeheheheh. Lepas ni kalau ada rezeki lebih nak tempah lebih banyak jubah. Serious rasa selesa sangat plus rasa ayu sikit. Wkwkwkwkwkw.

Okay, kepada rakan2 FB, twitter, blog atau mana2 sahaja anda berada, tolong dan tolong jangan keliru dengan account FB saya yang real dan yang fake. Fake account FB aku dah makin melampau-lampau. Ambil gambar orang tanpa izin, dah tu buat nama yang sama pulak. Habis gambar2 dia ambilnya tak tahu mana letak otak diorang ni? Bukan FB je, twitter pun aku baru jumpa 2 3 faker buat account atas nama aku dan gambar aku, Baru je buat twitter dah buat hal.


Yang ni faker baru jumpa. Itu pun ada orang inform. Sangat baik hati sebab dia tambah NUR, tapi budak ni akan jadi lebih baik hati kalau dia tak curi gambar aku dan buat fake FB dengan menggunakan nama Amy Syahirah.


Ini aku screen capture dari phone.

Aku sabar je dengan budak2 ni. Budak2 sekolah semua ni. Adik2 yang dikasihi, Allah dah bagi cukup sifat ada mulut ada mata ada hidung, guna lah gambar sendiri buat FB guna nama sendiri, Kenapa  perlu nak curi gambar orang lain dan menyamar jadi orang lain? Fikir sikit lah, nanti orang ramai keliru. Ini aku tunjuk satu je ni, berlambak lagi budak2 buat fake account guna nama and gambar aku, cuma aku malas nak letak banyak2 sebab menyakitkan hati.

Ini FB aku yang real. Mohon jangan keliru dengan fake account yg takde otak dan tak bersyukur dengan pemberian Allah kat luar sana tu.

Ok, dah terbakar ni. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Astaghfirullahala'zim.
So, doakan hidup aku berjalan dengan lancar ya Insya Allah. Sama2 perbaiki diri untuk Allah.


Oh ya! Sebelum tu, 3/12 haritu birthday ayah aku. Happy bithday ayah! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga handsome selalu! heheheheee. Ok, byeeeeeeeeeee.


XOXO, Amy. Publish! 
*konon2 dalam cerita Istanbul Aku Datang wkwkwkwkwk*

Assalamualaikum :)

3 comments:

P U C A T said...

u pon comel dik oi..

BTW how to wear shawl adik tnye kan..akak pinkan kt belakang,lepas tu yg pendek bawak ke bawah pipi,cm tu je.hehe

Indah Mulya said...

klaka la dik ni..adoi..all the best utk sem ni..sila lahh wat bebaik taw! adat lah bila blaja ni maken lama, maken susah..amy bleh pnye tu, insyaAllah :)

Jna marcello said...

alolololo comeyy nyee dye!!
rasa mcm nak makn!! hehe ape pun all the best adik comel ;)