Friday, August 24, 2012

kecik bukan sebarang kecik


Assalamualaikum.



Setiap kali saya pergi berjalan raya, tak akan ada orang yang tak tanya BERAPA UMUR saya. Awak tahu tak, apa perasaannya bila orang tanya macam tu? Apa? Tak ada orang percaya ke yang saya ni dah matang? CUKUP MATANG. Sentap. herher *gelak menyampah* 

makcik 1: umur berapa ni?
me : 19.

makcik 2 : umur berapa dik?
me : 19.

makcik 3 : Tingkatan berapa?
me : eh tak. Dah 19 dah.

makcik 4 : umur berapa?
me : ........... *mengeluh* 19 makcik.

makcik 5 : umur berapa?
me : ......................... *malas jawab*

Ha, sekarang matang? Matang?? *nada marah*

Saya bukan je comel, tapi saya pun penyayang. Suka budak-budak. Ada lah jugak sifat keibuan.



Kaum Adam, sila lah terharu :P

Apa apa pun, duit raya tetap masuk. Itu yang penting tu. Alhamdulillah. kekekeke.

Oh ya, so how's your raya?? *baru nak tanya sekarang* Ramai orang kata, raya tahun ni heartless. Memang betul tu, tapi kita tak boleh lah cakap macam tu. Sambut raya atas kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Jangan cakap heartless disebabkan baju raya tak siap, baju raya tak sebanyak/secantik tahun lepas. Bukan, bukan macam tu. Yang penting hari raya ni kita kena ada rasa syukur sebab Allah masih beri kita peluang untuk berpuasa. 


Sekali lagi, saya nak minta maaf zahir kepada semua kalau ada salah dan silap. Rasanya kesalahan batin takde kot. herher. Oh maaf. Macam best pulak ketawa macam tu *herher*.

Baiklah, Assalamualaikum :)

Saturday, August 11, 2012

Happy tapi sedih

Assalamualaikum.

Tinggal lagi 9 hari berpuasa. Rasa happy nak raya tu memang ada, tapi rasa sedih bila Ramadhan hampir meninggalkan kita tu lebih terasa. :'(

Lepas ni, dah takde peluang nak rebut pahala dengan senang. Dah takde terawih dengan kawan-kawan kolej. Dah takde sahur dan berbuka sama-sama dengan housemate. Ramadhan kali ni saya lebih banyak luangkan masa dengan Tuhan. Saya libatkan diri dengan Usrah. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak tinggalkan terawih saya. Sebab saya betul-betul nak rasa macam mana nikmatnya Ramadhan kali ni. Bukan sebelum ni saya tak pernah menikmati, cuma sebelum ni saya berpuasa sebab ianya bulan Ramadhan dan tak cuba rebut peluang untuk rebut pahala dengan senang. Dan Alhamdulillah, kali ni saya betul-betul rasa. Saya betul-betul rasa Tuhan betul-betul dekat dengan saya. :')

Dan perkara yang saya baru sedar sekarang ialah, saya tak fikir banyak tentang hal raya macam mana saya selalu sibuk-sibuk fikir nak raya sabelum ni. Saya tak hairan dengan kasut raya, baju raya dan semuanya. Apa yang saya fikir ialah saya kena dan perlu kejar perkara baik dalam bulan Ramadhan ni sebelum ia berakhir :'( Baju raya saya kali ni sepasang baju kurung dan sehelai jubah. That's all. Kasut raya saya tak beli pun. Ada kasut lama pun bersyukur.

Dan rumah saya pun hampirrrr siap! InsyaAllah ayah dan mama cuba siapkan rumah baru saya sebelum raya. Nanti tak perlu lah menumpang rumah nenek. Nak tengok rumah baru saya? :

Ini beranda depan. 
Mama pilih warna hijau sama dengan warna bilik saya :)

Haa ini dalam rumah dekat hall. Yellow colour :)

Hampirrr siap. Tak sabar sangat. teehee. 


Ok lah, kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan saya, yang baca entry ni. Semua lah.


Assalamualaikum :)