Satu benda yang aku belajar dalam kehidupan. Yang aku rasa sangat sangat penting, iaitu bersyukur.
Aku bersyukur masih ada rumah.
Aku bersyukur masih ada kereta.
Aku bersyukur masih berpeluang untuk belajar tinggi sehingga ke tahap ini.
Aku bersyukur masih punya peluang untuk reka hias bilik sendiri mengikut citarasa aku sendiri.
Aku bersyukur punya kawan, teman dan lelaki pilihan hati.
Aku bersyukur masih ada orang yang sangat prihatin terhadap diri aku.
Aku bersyukur masih terima duit bulanan dari ayah aku.
Aku bersyukur masih ada atuk nenek.
Aku bersyukur masih punya mama yang tidak jemu memberi apa sahaja.
Aku bersyukur masih punya ayah yang faham kegedikkan sikap anak sulung dia.
Syukur yang tak boleh aku ucap sampai habis, satu persatu.
Sebab nikmat Tuhan yang aku terima sampai sekarang adalah tak terkira.
Pesan aku, jangan kau sibuk mengejar perkara yang kau ingin, sedangkan benda yang kau perlu ada didepan mata.
Percayalah,
kalau kau masih buta dan berdegil, kau akan rasa seksa yang kau sendiri rasa tak tertanggung.
Seperti yang aku pernah rasa dulu. Jangan tamak.
Aku masih rasa sebak kerana Tuhan masih sayangkan aku.
Dia beri semula apa yang pernah aku hilang dulu. Untuk kali kedua.
Dan aku rasa ini adalah peluang kedua.
Yang aku perlu dan mesti jaga.
Allah, terima kasih.