Sunday, June 21, 2015

Best ke belajar jauh2?


Hye assalamualikum!


Lama sangat i tak update blog yang dah ketinggalan zaman ni. Well lets go through with the topic before i bagi ayat2 cliche kenapa i dah lama tak update blog, busy, malas and bla bla bla..... Sorry guys.

So, back to the topic. Best ke belajar jauh2? Jawapannya adalah BEST. Sebab apa? let me explain.

Basically and frankly speaking, saya bukan seorang yang pandai berdikari. Dari kecil sampai sekolah menengah memang bukan jenis yang pandai buat sesuatu dengan sendiri tanpa ibu bapa saya. Sampai lah Diploma baru rasa asam geram tinggal jauh dari keluarga as i never leave in hostel. I tinggal Melaka, sambung Diploma pon kat Melaka. Takde la nak dikatakan "jauh sangat pon..."  Itupon saya rasa masa Diploma masih lagi mengharapkan my parents untuk uruskan hal pendaftaran, hal hostel, hal yuran asrama dan sebagainya. Teruk kan?

Habis je Diploma, Alhamdulillah i am graduated from Unifield Technology College (which is now called as Unifield International College atau Islamic College oh my God i never care, sorry). Dah hampir setahun rasanya.




Pungpangpungpang i applied UPU and Alhamdulillah saya dipanggil untuk melanjutkan pelajaran Degree in Science Culinary Art Management di UiTM Pulau Pinang. Masa dapat je tawaran ni, i fikir 10 kali nak sambung ke tak nak sambung ke tak. Antara perkara yang  i fikir masa tu adalah......

  • Jauhnya....Boleh ke aku survive?
  • Macam mana kalau aku sakit? Lepastu mama ayah takde aku nak buat apa?
  • Macam mana kalau apa2 berlaku then mama ayah tak dekat dengan aku?
  • Ada kawan ke aku nanti?
  • dan seterusnya.....

Mama aku pon ada call tanya pendapat kawan dia punya anak yang baru saja habis Degree di Uitm Penang ambil course yang sama macam aku. Cuma aku ni adik2 je lagi yang baru nak masuk Degree. Sedangkan umur nak masuk 22 tahun dah, Can you imagine? Masih berperangai manja. Sampai masa aku cakap dengan mama, "kaklong taknak la belajar kat sana ma. Kaklong taknak sambung belajar kot, Lagipon jauh... Kalau apa2 kan susah." Mama tak bangkang, setuju pon tak. Dia just follow je. 

Then malam tu aku reflect balik. Aku doa banyak2 supaya Allah gerakkan hati aku kepada mana yang terbaik untuk aku. Ramai2 yang mohon UPU, ada yang dapat, ada yang tak dapat. Kenapa Allah pilih nama aku? Mesti ada sebab. Bila aku fikir sampai bila aku nak duduk bawah ketiak parents. I am 22 years old. Dah tiba masa aku bergerak atas kaki sendiri, berdikari. Aku jugak ada mintak some advice dari seseorang yang aku sangat adore, sangat inspired dari segi kematangan dia, dari segi independent dia, dari segi komitmen dia. I e-mailed her personally dan dia balas dengan sangat pajang. Kata2 dia yang sangat membuat aku sedar dan sentap. Ayat yang paling aku ingat adalah, "Amy kena cuba. Kena yakin. Amy boleh. Kita takkan tahu sejauh mana kemampuan kita kalau kita tak berani ambil risiko, kalau kita tak cuba." She is in same age as me. So kenapa aku tak boleh berjaya macam dia kan? Kenapa aku tak boleh berdikari macam dia kan?


Esok pagi terus aku cakap dengan mama. Aku ubah fikiran dan aku nak sambung belajar. Jauh pon jauh la i have to try. I have to move on. Then mama pon setuju, "ok, ikot kaklong. Mana yang terbaik tu yang mama ikut." Terus beli barang2 keperluan and so on....

Sekarang Alhamdulillah aku dah habis tahun pertama. Kiranya dah hampir setahun lah belajar Uitm Penang. Alhamdulillah, aku semakin berdikari, semakin matang (kecuali dengan kawan2 rapat :P) , semakin tahu apa nak buat kalau ada benda yang tak kena, dan paling penting...semakin pandai pilih kawan. Tu paling penting. Tapi still la aku masih dibawah jagaan ibu bapa aku so yuran2 semua my parents yang tolong bayarkan. Ada perkataan 'TOLONG" ye. Means satu masa aku perlu bayar balik semua susah payah dan pengorbanan diorang. Insya Allah!




Nah gambar setepek pakai baju chef kekonon. Padahal masa ni baru masuk awal sem 2 hiksss.

Kita tak akan sentiasa jadi kanak2. Umur kita meningkat hari demi hari. Sikap kita, diri kita kena ubah selaras dengan umur. Nak atau taknak, memang kita kena move on. Kita kena terima yang its time to be matured. Its time to be independent. Kena marah ke, kena herdik ke, kena caci maki takpe, its a learning process. Jadikan satu kekuatan bukan kelemahan.


Insya Allah next entry saya update lagi yerrrrr. Malam dah ni ngantuksssss. Oh ya, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN! Semoga tahun ni adalah Ramadhan kita yang penuh barakah dah juga tahun2 yang mendatang.

Bye assalamualaikum!



Love,

Wednesday, January 28, 2015

Hidup yang sekarang.

 


Satu benda yang aku belajar dalam kehidupan. Yang aku rasa sangat sangat penting, iaitu bersyukur.
Aku bersyukur masih ada rumah.
Aku bersyukur masih ada kereta.
Aku bersyukur masih berpeluang untuk belajar tinggi sehingga ke tahap ini.
Aku bersyukur masih punya peluang untuk reka hias bilik sendiri mengikut citarasa aku sendiri.
Aku bersyukur punya kawan, teman dan lelaki pilihan hati.
Aku bersyukur masih ada orang yang sangat prihatin terhadap diri aku.
Aku bersyukur masih terima duit bulanan dari ayah aku.
Aku bersyukur masih ada atuk nenek.
Aku bersyukur masih punya mama yang tidak jemu memberi apa sahaja.
Aku bersyukur masih punya ayah yang faham kegedikkan sikap anak sulung dia.


Syukur yang tak boleh aku ucap sampai habis, satu persatu.
Sebab nikmat Tuhan yang aku terima sampai sekarang adalah tak terkira.


Pesan aku, jangan kau sibuk mengejar perkara yang kau ingin, sedangkan benda yang kau perlu ada didepan mata.

Percayalah, 
kalau kau masih buta dan berdegil, kau akan rasa seksa yang kau sendiri rasa tak tertanggung.
Seperti yang aku pernah rasa dulu. Jangan tamak.


Aku masih rasa sebak kerana Tuhan masih sayangkan aku. 
Dia beri semula apa yang pernah aku hilang dulu. Untuk kali kedua.
Dan aku rasa ini adalah peluang kedua.
Yang aku perlu dan mesti jaga.
 
 Allah, terima kasih.