Saturday, February 2, 2013

Tudung Bawal?


Assalamualaikum :)

Sengaja tak update blog sebab nak biar post yang sebelum ni lama2 sikit. Biar faker yang agak kurang ajar tu baca. Ini pun marah tak habis lagi. Serious. Okay sudah. Tutup cerita. Malas lah nak marah2 ni. Astaghfirullahal'azim.

Okay sekarang back to title :) Tudung bawal. So... apa yang aku nak cakap pasal tudung bawal ni? Okay, sebenarnya cuma nak mengadu yang aku ni dan bertahun-tahun tinggalkan tudung bawal. I mean, tersangat dan sangat lama aku tak pakai tudung bawal. Sejak adanya "shawl" kat Malaysia ni, aku memang anti bawal habis habisan sebab aku rasa muka aku sangat lah TAK MOLEK bila pakai bawal. *sigh*


abaikan cermin yang kotor tu wkwkwk


Aku tengok orang lain pakai macam cantiiiiik je. Molek je. Tapi bila aku cuba pakai, rasa macam budak-budak. Macam minah indon pun ada jugak. Lagi satu, tang nak lipat tu macam hampeeeeh. Aku tak tau lah rasa macam ada something tak kena muka aku dengan tudung bawal. Hmm.

Aku memang dah lama tak pakai bawal. Sejak habis sekolah. Sekarang dah 20 tahun. Eh 20 keee? So memang aku takde langsung collection tudung bawal sejak bertahun lama wkwkwkwk. Pilihan aku bila nak jalan keluar ada 2 je pilihan. Selendang atau tudung syria.


Tudung macam ni lah. Beli anak tudung bebanyak dan tudung sarung. Selalu tudung gini aku pakai pergi kelas. Yang lain lain suka pakai selendang. Lagi satu, sekarang kan trend shawl half moon. Haaaa aku sukaaaa sangat shawl tu!




 Okay, yang aku dan adik aku pakai tu halfmoon. Aku pakai halfmoon tanpa manik. And adik aku pulak pakai halfmoon yang ada manik. Aku punya shawl tu dia pinjam k wkwkwk :P

Untuk lebih jelas lagi :


So... inilah pengganti tudung bawal aku. Nak buat macam mana, budak tak tahu pakai tudung bawal. Sedih sob sob. 

Till then, Assalamualaikum :)

Saturday, January 19, 2013

Aku marah.


Assalamualaikum.

Aku dah cukup sabar dengan FAKER2 ni. Aku cuba untuk ignore tapi aku rasa macam dah tak tahan lagi dah nak bertolak ansur. Dah melampau. 

yang ni print screen dari account Ask.fm




Dah banyak orang cuba inform aku pasal link/facebook ni. Mereka cakap budak ni sebat habis gambar2 aku. Termasuk jugak gambar ayah dan adik aku. Lepas tu poyo post gambar macam family dia pulak. Aku print screen FB budak ni dari facebook orang lain sebab aku tak boleh bukak link budak ni, Dia dah BLOCK aku. Bagus dik, bagus. MELAMPAU.



Sakit betul hati aku. Galak cakap ini original facebook dia. Ya Allah Tuhan je yang tahu macam aku rasa macam nak tampar budak ni. Lahir tahun 1995. 18 tahun. 18 tahun patutnya dah boleh fikir mana salah mana betul dik. Aku tak tahu lah samada tarikh lahir tu salah atau betul, tapi budak ni memang MELAMPAU.


Gambar yang first tu aku upload kat twitter beberapa hari yang lepas. Sekejap je kau dah kebas. Apa kena dengan kau ni ha? Melampau dah ni ya Allah, aku tak tahan marah dah ni rasa macam nak hentak2 lappy ni. Ya Allah.



Most of gambar aku dia curi dari blog ni jugak. SANGAT SANGAT BIADAP.

Aku baca apa yang dia tulis, Tuhan je tahu macam mana geram dan marah nya aku.




Aku minat Zizan, dia pun sibuk2 nak join. Dia sibuk2 nak " <3Zizanrazak<3 "  

Nak ikutkan aku malas lah nak post pasal benda macam ni. Takde masa, buang masa. Tapi ini dah melampau. Asyik benda yang sama orang gtau budak ni curi gambar, budak ni buat account palsu la apa la. Aku sabar je.

Kepada budak tersebut atau siapa2 yang suka curi gambar orang dan buat account palsu tu, tolong lah hentikan. Setiap apa yang kita buat walaupun ianya sekecil zarah akan dicatat malaikat kiri dan kanan bahu kita. Kau rasa curi gambar orang dan buat account palsu tu biasa2 je, tapi semua tu akan dicatat dan akan dibawa mengadap Allah dan akan dipersoalkan kat akhirat sana. Kau buat lah. Walaupun benda ni tak berdosa mana pun, tapi kau curi hak orang lain dan cuba untuk reka account palsu orang lain, kiranya kau dah menipu ramaaaaiiii kawan2 kau kat FB tu dengan buat diorang anggap yang kau adalah Amy Syahirah yang sebenar, MEMBOHONG, MENIPU, itu DOSA

Lagi lama kau buat account palsu tu, lagi lama kau menipu orang lain, lagi banyak dosa yang kau dapat.

 *Maaf jika kemarahan ini tak dapat dikawal.

Selamat malam, asslamualaikum.


Monday, December 31, 2012

Sweet 19 :)


Assalamualaikum :)


Imma birthday girl :)

Alhamdulillah, 29/12/2012 haritu genap sudah umur aku 19 tahun. Alhamdulillah, rasanya dengan hanya ucapan "terima kasih" macam tak cukup untuk mengatakan yang aku bersyukur sangat dengan Allah sebab Dia masih jaga aku dengan baik, masih beri aku peluang untuk hidup kat dunia ni selama 19 tahun! Takde perkataan apapun yang boleh describe rasa syukur aku yang teramat sangat pada Allah. All i just can say is, ALHAMDULILLAH.

So, umur dah berganjak ke 19 tahun. Pheewww, rasa macam beruntung sikit sebab kawan2 aku semua duk sok sek sok sek "omaigod, next year aku dah 20 tahunn!!" atau  "Tahun depan nak masuk 20 dah akuuu like seriously??!!" . And ya, aku pulak, "aku baruuuuu je masuk 19 tahun babe." Wkwkwkwkwkwk. Mana tak nya, lahir hujung2 tahun memang ada muda sikit laahhhh wkwkwkkwkwkw k sorry over.

The journey is begin...

Jadi.... kena tanam azam baru sempena kedewasaan aku(dewasa ke?) dan tahun baru jugaaaaaa. Dah kena matang sikit tak boleh asyik nak main2 je, asyik nak kenakan orang je, asyik nak bajet macam baru 16 tahun je. Tapi tu semua matang bertempat. Sebab aku ni jenis yang agak tak matang sikit dengan kawan2 and family. Dalam study or perkara yang perlu serious, aku serious lah. Tapi kalau dunia luar, aku memang jahat nakal nak mampus wkwkwkwkkwkw. Well tak boleh lah ubah tu. Yang penting, jaga adab. :)

I can't change THIS.

Kan aku dah kata..........


Wish me luck :) 

So... aku nak ucapkan terima kasihhhhhhh pada yang wish birthday aku di Facebook, Twitter, whatsapp and message. I appreciate it! Walaupun takde orang bagi aku hadiah tahun ni wkwkwkwkwk, tapi takpe, DOA pun dah cukup. It is more than enough. Thank you again :)

Till then, assalamualaikum :)

XOXO, Amy. Publish!
*lagi sekali kekonon dalam IstanbulAkuDatang*

Saturday, December 15, 2012

Semangat baru.


Assalamualaikum :)

Hmm, sem 4 ni memang agak menguji kesabaran betul tahu tak? Bila dah semakin meningkat sem, semakin susah lah subject yang ada. Bila semakin susah subject yang ada, tak sepatutnya pelajar berada dalam keadaan selesa macam aku sekarang ni. Nak tahu kenapa? Kolej aku macam2 masalah dengan lecturer tak adalah, class cancel lah, class postponed lah. Paling tak suka bila dah siap2 wangi2 lawa2 nak ke kelas, dah nak keluar rumah baru dapat text " CLASS CANCEL". First, aku HAPPY sebab class dibatalkan. Second, aku SAKIT HATI sebab membazir perfume, losyen, baju, dan krim muka. Dah siap kot dari atas sampai bawah tetiba dapat text class cancel. Kalau awak, awak sakit hati tak? Sakit kannnnn...................

Sem ni aku dah start risau macam2. Takut dan gerun dengan subject2 killer yang bakal aku pelajari. Ceh ayat macam buat karangan wkwkwkwkwkw. Ramai senior senior lepas yang repeat paper sem   aku ni. YA Allah, Tuhan je yang tahu macam mana risaunya kalau aku senasib mereka. Ramai tau, bukan sikit2. Dah masuk sem 4 ni aku tak pernah lagi repeat2 paper ni. Syukur Alhamdulillah. Jadi aku fikir, kalau majoriti tak boleh buat, takkan susah gilanakmampus subject2 sem aku niiiiiiiii. Whatever it is, doakan supaya aku boleh go on dengan subject2 killer ni dan kalau boleh Insya Allah lulus. Kalau DEKAN terus lagi bagus. Aamiin. :)

Baik, perkembangan aku sekarang Alhamdulillah, sihat walafiat lagi comel . Eh tak gurau wkwkwk.

Background takde nak cantik lagi. Bertambah cantik dengan tong sampah berwarna biru tu.

Baik, inilah aku yang sekarang. Takde apa yang berubah pun, cuma bertambah comel lagi ayu je. Wkwkwkwkwkwk k sudah. Ini gambar masa hari pertama mula class sem 4, Pipi pun makin comel. Guna comel eh bukan tembam. Bhahahahahahaha tapi itulah hakikat nya weyh. Cedih. :'(


Sekarang aku semakin berminat untuk berjubah. Senang, simple, mudah lagi ayu. Eh. K tak habis2 nak puji diri sendiri yang tak se-ayu mana ni. Heeheheheh. Lepas ni kalau ada rezeki lebih nak tempah lebih banyak jubah. Serious rasa selesa sangat plus rasa ayu sikit. Wkwkwkwkwkw.

Okay, kepada rakan2 FB, twitter, blog atau mana2 sahaja anda berada, tolong dan tolong jangan keliru dengan account FB saya yang real dan yang fake. Fake account FB aku dah makin melampau-lampau. Ambil gambar orang tanpa izin, dah tu buat nama yang sama pulak. Habis gambar2 dia ambilnya tak tahu mana letak otak diorang ni? Bukan FB je, twitter pun aku baru jumpa 2 3 faker buat account atas nama aku dan gambar aku, Baru je buat twitter dah buat hal.


Yang ni faker baru jumpa. Itu pun ada orang inform. Sangat baik hati sebab dia tambah NUR, tapi budak ni akan jadi lebih baik hati kalau dia tak curi gambar aku dan buat fake FB dengan menggunakan nama Amy Syahirah.


Ini aku screen capture dari phone.

Aku sabar je dengan budak2 ni. Budak2 sekolah semua ni. Adik2 yang dikasihi, Allah dah bagi cukup sifat ada mulut ada mata ada hidung, guna lah gambar sendiri buat FB guna nama sendiri, Kenapa  perlu nak curi gambar orang lain dan menyamar jadi orang lain? Fikir sikit lah, nanti orang ramai keliru. Ini aku tunjuk satu je ni, berlambak lagi budak2 buat fake account guna nama and gambar aku, cuma aku malas nak letak banyak2 sebab menyakitkan hati.

Ini FB aku yang real. Mohon jangan keliru dengan fake account yg takde otak dan tak bersyukur dengan pemberian Allah kat luar sana tu.

Ok, dah terbakar ni. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Astaghfirullahala'zim.
So, doakan hidup aku berjalan dengan lancar ya Insya Allah. Sama2 perbaiki diri untuk Allah.


Oh ya! Sebelum tu, 3/12 haritu birthday ayah aku. Happy bithday ayah! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga handsome selalu! heheheheee. Ok, byeeeeeeeeeee.


XOXO, Amy. Publish! 
*konon2 dalam cerita Istanbul Aku Datang wkwkwkwkwk*

Assalamualaikum :)

Tuesday, December 4, 2012

Bermula...

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sekarang dah start sem baru. Sem 4. So.........................SUBJECT BANYAK GILAAAA YANG SUSAH SUSAHHHHHHHH!!! PAHAM TAKKKK?? Eh sorry, ter-capslock pulak. Tolongg doakan saya supaya saya boleh focus dalam semuaaaa subjek. Dah lah subject2 killer.

*first day class* tadi. :P

Sekejapppp je dah habis cuti. Rasa macam baru je start cuti semalam. *sigh* Tapi bagus jugak ada kelas, takde lah boring duduk rumah. Nanti duduk rumah asyik melayan perasaan je. Sedih2 semua. Tak suka. :'(


tembamm nyaaaaa! 

Duduk rumah je. Makan makan and makan. heee. Nak kerja mama tak kasi. 

Okay sebelum tu, i just wanna say happy anniversary for the 4th year to someone out there.....My first love. More exact, my exboyfriend. I wanna say this, because i know he's reading this. He sent me a text, wishing our 4th anniversary on 17/11 and i was so touched. Really, he did remember everythinggg about us, even we are not together anymore. Including, the date of when we were met. And i know, he will never forget every single thing & memories about me. I know. :'(

Erm saya tau awak baca ni. Saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah kat awak selama perkenalan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya minta maaf kalau saya yang bersalah dalam buat keputusan untuk lepaskan segala galanya. And yet, you still there stuck in our memory without looking other girl. And i......busy chasing someone who never treat me well like you did. Full of fake, pretending. So i'm here, wanna say... you are the best guy that i ever had in my life... Rasa macam saya tak layak untuk awak. Awak layak untuk perempuan yang lebih baik dari saya kat luar sana. Your feeling towards me.. i know its sincere.. Kalau tak, awak dah move on dan cari pengganti. But you haven't... 

Erm okay before my tears keep falling down, i wanna wish again happy anniversary for the 4th year. Thank you for everything that u have done to me.

Till then, assalamualaikum.



Sunday, November 25, 2012

Kulit sensitif


Assalamualaikum :)


Okay, lama gila menyepi. Kesian blog ni............................ Tuan dia macam nak taknak layan. Pardon.

Okay, Sem 4 dah nak mula lebih kurang lagi seminggu je lagi. Ya Allah, rasa macam baru semalam start cuti sem!!

Okay, *eh banyak nya "okay" aku*. Alhamdulillah result sem 3 haritu agak baik, tapi masih belum boleh puas hati. Agak frust menonggeng jugak aku haritu tapi bila tengok banyak peningkatan, kena bersyukur nanti Allah murka. Taknak jadi orang yang tak bersyukur. takmo takmo. Harap harappp sem 4 boleh jadi lebih baik dari sem lepas! :)

First thing first, aku nak minta sesiapa yang ada tips untuk kulit muka sensitif tak? For your information, i have a very very the veryyyyyyyyy sensitive skin face! Ini bukan masalah jerawat, tapi ini masalah kulit yang merah merah macam meruam. Tak boleh rasa panas, tak boleh pegang sesuka hati.

macam ni:

without flash.

with flash.

Dia akan merah merah antara kening, pipi dan dagu. Sangatlah tak sekata bila timbul rashes :(
Aku memang tak boleh pakai make up sebab dia sangat sangat sensitif! Cukup dengan toner, mosturizer and compact powder. CUKUP. Itu pun tak boleh pakai sebarangan. No foundation2 bagai. Kalau zoom dekat2 mcm ni baru nampak. 

I need produk yang boleh serasi dan sesuai dengan kulit muka saya. So sesiapa yang ada cadangan atau tips, sangattt dialu alukan untuk memberi kerjasama. *skema nya ayat saya* k maaf.


Me with favourite pink black dress and favourite shawl :)
The day of Istanbul Aku Datang.


Till then, Assalamualaikum :)

Saturday, October 27, 2012

Nora Danish


Assalamualaikum :)

Badrin's daughter. 
*Mama taknak join bergambar sebab mama tak suka bergambar* :/

Pertamaaaa sekali saya nak ucap selamat hari sara Adiladha! So how's your hari raya haji? :)


Ermm okay, sekarang ni aku nak cerita pasal Nora Danish boleh tak? Alaaaa nora danish yang muka macam aku tuuuu wkwkwkwk. Comellll nyaaa dia Subhanallah! Suka gila tengok dia especially bila dia bertudung, TURN ON! :'D








Okay gambar yang akhir sekali tu tipu kikiki.

Comel kan comel kan? Lagi comel dari fasha sandha, eh. *k kidding* Kalau tengok video parody nora danish yang sore eyes tuuuuuu, lagiiiiiii comel nak mampus! Belum cakap pasal Shila Amzah lagi, pasal Natasha Hudson lagi!! Ya Allahhhh cantik sangat tengok diorang bertudung!

Ni lagi satu gambar Nora Danish bertudung. 

K dah amy, dah. Till then, Assalamualaikum :)