Saturday, March 24, 2012

sem break is begin!!


Assalamualaikummmmmmmm!! i'm back :D

fuhh, finally!! i had just finished my final exam just now and i feel like ahhhhhhhhhhh cuti cuti cuti!!!!
I currently in my home heavenlyyy. hee. Anda tahu berapa lama saya cuti?? 2months and 3 days!! 


erm, banyak plan nak buat cuti ni. Actually takde la banyak pun, saya just plan cuti ni nak baca novel yang banyak banyak beli tapi tak baca lagi pun dan dan dan nak tengok RUNNING MAN!  Mama bagi cadangan cuti ni bangun awal dan amalkan baca Yasin selepas subuh. Amalkan buat solat sunat Dhuha kerana masa saya memang terlalu banyak masa cuti nanti. dan perkara ini disebabkan oleh mama yang tak izinkan saya kerja. :'(


Tapi takpe, duduk rumah, kemas2 rumah, topup iman dalam masa terluang lagi best dan istimewa rasanya :) InsyaAllah. k lah, Assalamualaikum :)

p/s: sekarang saya dah tersangkut dengan twitter. tak tau kenapa asik nak ber tweet2 je. apa2 pun, facebook tetap dihati :P hey, this is my  TWITTER ! tweet2 disana yea. bye.




Thursday, March 8, 2012

doakan saya :)

assalamualaikum :)

over-excited

ahhhhh akhirnya, final is just around the corner!! Tahu tak apa yang saya excited-kan sebenarnya? CUTI SEM! hehe. Tak sabar nak golek-golek atas katil. nak mengadap novel selama 24-7 hours. 
yea, masanya dah hampir tibaaaa. AHAHAHAHAHAHAAHA k cukup.
 sila teleng kapala anda dan wish me luck heee

"Obstacles don't have to stop you. If you run into a wall, don't turn around and give up. Figure out how to climb it, go through it, or work around it." - Michael Jordon

Kawan-kawan, doakan saya berjaya untuk final nanti yea. Kapada yang nak ambil exam tu, wish you a good luck. Buat yang terbaik selagi mampu try to get the highest pointer jangan mengalah jangan give up berusaha dan terus berusaha dan usaha lagi chaiyok chaiyok fighting fighting ok over nya aku.

mama made this specialize for me :')

Anyway, sapa-sapa yang nak exam tu gud luck ok.

Assalamualaikum :)


Friday, March 2, 2012

kembali

Assalamualaikum :)


baca ini dalam keadaan yang sabar dan tenang.

Saya rasa bulan 2 tahun ni banyak dugaan. Macam-macam masalah. Pihak kolej suruh saya dan housemate saya pindah ke rumah student lain kerana rumah kami nak di-renovate-kan dalam masa hanya 2 MINGGU sahaja. ahh memang malas betul. Then apa perasaan korang bila korang menumpang dalam rumah orang yang cukup asing bagi korang dan kadang-kadang menimbulkan konflikasi antara orang yang menunpang ni dengan tuan punya rumah yamg bajet gila tu?? then, apa pula perasaan korang bila 13 orang terpaksa tidur di ruang tamu rumah yang korang menumpang tu? ehem, yea 13 orang bukan 3 orang. Takpe chill.

Apa pula perasaan korang bila nak masuk minggu yang kedua, rumah yang  korang tumpang tu takde air kerana pihak kolej tak bayar bil tuan punya rumah tu?? Dugaan lagi. Terpaksa kami yang 13 orang ni cari rumah orang lain dan berpecah.
paling menyaktkan hati, rumah kami yang tengah renovate tu still tak siap-siap memandangkan dah masuk 2 minggu dah ni. demm.

Lagi seminggu dah nak final exam. Saya risau sebab takut tak boleh study dalam masa yang sama menumpang rumah orang. haihh, mama saya suruh redhaa je . ok


doakan saya .

assalamualaikum


Saturday, February 18, 2012

i am a twitterian now :)

Assalamualaikum .



  do follow my twitter .

Kawan-kawan , saya baru je buat twitter . Konon-konon nak jugak ikut orang yang ada twitter tu . rasa macam  tak cool bila saya takde twitter padahal orang lain duk huhahuha pasal twitter . ok , memang ada rasa cemburu di situ . ngeeeeeee .

Tau tak punya excitednya saya masa tengah sign up twitter . Tak sabar-sabar! Then bila dah berjaya ada twitter, tengok rupa twitter melopong mulut saya . Saya rasa macam ahhh serabutnya! godek sana godek sini nak tau apa function retweet? favourite? and so on . and and saya tak paham kalau orang tweet kita takde notifications ke ? kena pergi kat Home dulu baru tau . Itu pun kalau perasan kalau orang ada tweet kita . kalau tak perasan macam mana?? =_=' 

dan dan dan bila tengok twitterians yang lain setiap saat dia akan tweet apa yang dia tengah buat . "nak mandi la" , "i'm having a breakfast now" , "tengah makan cadbury black forest sedap gila" and so on . Macam tu ke kegunaan twitter?? baru saya tau .



so , the pro twitterians , will u teach me on how to use it ? :)

tilll then , assalamualaikum =)



Sunday, February 12, 2012

ini adalah hobi saya, bukan karier saya

Assalamualaikum :)



Dari dulu sampai sekarang saya adalah seorang yang photogenik . i love to take pictures as much as possible like model . Bila dah photogenik , cara saya ambil gambar pun bajet gila macam model-model . ngeeee ya thats true , tak tipu . bajet kan ? eh suka hati saya lah . 



Parents saya sangat-sangat memahami dengan apa yang anak mereka suka buat . Camera Nikon D3100 as a present!! yeay!! Tak pernah terpikir yang saya akan memiliki sebuah camera DSLR dalam hidup saya . Sumpah , camera yang ayah saya bagi tu akan jadi one of the most favourite thing in my life . 
Saya rasa semua perempuan kan macam tu . I mean, takde lah semua . Tapi most of women in the world are photogenik . am i right??  hehe . 


Bila saya upload gambar-gambar yang macam ni dekat FB , ada yang dah salah faham yang saya ni seorang model . model ape nya woiiii tak cukup tinggi lahhhh :( Saya biasa-biasa je cuma hobi saya ini lah . Saya hanya suka ambil gambar dan jika ada masa terluang , saya keluar lah dengan sepupu atau kawan ke pergilah mana-mana tempat yang cantik then ambil gambar . Thats me on how i spend my time to release tension :) lain orang, lain cara kan .

Jadi , kawan-kawan tolong jangan salah faham . Semua ini adalah salah satu dari hobi saya dan bukan karier saya . Tolong jangan meluat eh , tumbuk kau kang


p/s : share la apa yang korang sukaaa buat ??
till then , Assalamualaikum :)





Friday, February 10, 2012

separuh lega :)

Assalamualaikum!


saya baru je habis Test 2 hari ni . ahhhh rasa separuh lega . kenapa separuh lega ? sebab ni baru Test 2 broo , belum lagi final . Jadi tak boleh lah rasa lega sepenuhnya . Alhamdulillah, mintak2 result pun gempak ;)
ermmm saya sangat-sangat sibuk lately ni . Jadi saya memang takde masa nak update blog kecuali kalau weekend je itupun tengok ada idea atau tak . ngeeee :) *tolonglah bagi saya idea nak update pasal ape :\
Masa exam hari tu saya asyik tidur lambat je . Dalam 2 3 4 pagi . ktipu . adalah dalam pukul 12 1 2 pagi . ehh tu kira lambat la tu kan! Jadi tidur saya tak cukup dan berlaku lah eyebag yang sangat sangat saya tak suka. :@

Actually sebelum test 2 haritu saya ada pergi Port Dickson dengan classmate and combine dengan student sem 6 atas dasar program mentor menti. syioookkkkk! macam-macam game diorang conduct . Ada certain gambar tapi semua buruk-buruk . Sebab candid . saya tunjuk masa Day 1 dulu yea sebab gambar Day 2 tak dapat lgi .



Saturday, January 28, 2012

apa yang anda buat dengan voucher anda?

Assalamualaikum :)


wahai sekalian pelajar-pelajar kolej , apa yang anda semua beli dengan voucher anda ? semalam aku baru je nak merasmikan pembelian voucher tu . Kawan-kawan semua dah tinggal 50 hinggit je . Aku ni satu sen pun tak luak-luak lagi . Jadi makanya aku keluar pergi popular semalam . Dan sekarang voucher aku tinggal 100 .

 tulisan saya buruk , abaikan .


Nota Hati Buat Pelajar . tak sabar nak baca :)
currently, the most favourite english book :)

korang kena beli ni sebab buku ni ayat dia mudah faham dan sesuai dengan remaja macam kita ni . alang-alang tu boleh improve english kita kan .

haruslah ada novel!! Damya Hanna <3

till then . Assalamualaikum :)