Tuesday, August 23, 2011

hajat tak kesampaian =(

assalamualaikum .

semalam bersamaan 22 haribulan 8 aku dan rakan-rakan sekelas telah keluar berbuka bersama . ewaahh ! amacam ? baik tak ayat ?

ceritanya begini :
budak2 ni rancang nak berbuka sama2 . konon nak mengeratkan lagi silaturrrrrahim antara satu sama lain .

aku : apa kata kita berbuka kat Secret Recipe ? nak ?

kawan : huh ?? takde mahal lagi tempat ?? *menyindir

aku : alaaa . mahal ke ? ok2 . camni , kita singgah Secret Recipe kejap then myra beli 1 slice untuk myra je pastu bawak kat restoran yang kita nak pergi . boleh ?

kawan : hahahaha . agak selfish di situ .

aku : LOL =(

Lebih semangat bila one of my friend cakap nk belanja kek SR . ape lagi , balik kelas terus terbayang kek SR je . then bila dah siap and tunggu kereta sewa sampai untuk amik kitorang kt kolej . Masuk kereta , macam biasa , dalam kereta dah terbayangkan Tiramisu , chocolate indulgence , oreo cheese , chocolate cheese . perrghhh .

tapi............bila sampai aje . bukan SECRET RECIPE yang aku nampak . Tapi RESTORAN PAYA SERAI yang aku nampak . homaigaaaaa . menangis terus . eh tak tipu je . hajat tak kesampaian . takde rezeki . bila tanya kawan aku yang dok kata nak belanja tu , dia cakap "nanti kita g len  kali eaaaa?duit tak cukup la myraaa" ok fine . Aku nak beli satu slice untuk diri aku je . bukan nak sruh 15 orang kawan2 aku tu berbuka skali kt sana  . ye , selfish . nak taknak kena la bersyukur dengan apa yang ada . Aku berbuka nasi goreng cili api dengan berdoa supaya nasi gorang tu akan jadi kek Tiramisu . malangnya , tak .  =_='

muka eksaited nak makan kek Secret Recipe . tapi.... =(

die ni la yang cakap dok nak belanja aku kek SR . kureng asam . bagi harapan betul .

ini lecturer Business Management aku . *abaikan pipi yang semakin mengembang tu .

k bai .

assalamualaikum =(


Saturday, August 20, 2011

aku anak sulung . kenapa perlu terkejut ?

situasi 1 :
orang : awak ada berapa adik bradik ?

aku : 2 je . termasuk saya .

orang : owhh . dah sah-sah awak yg bongsu kan ?

aku : excuse me derr . gua yang sulong la .

orang : err , seriously ?? *buat muka cam kerang busuk . memang nak kene penumbuk .

situasi 2 :
orang : awak ni muka manja gila . Anak bongsu kan ?

aku : tak la . sulung la .

orang : jangan nak mengencing sangat boleh ?

aku : (buat muka tak puas hati dan blah) *what the heck , takkan psal ni pon aku nak tipu .

tolong laaaa . aku anak sulung . tolong percayaaa =(

Aku paling tak suka orang cakap aku adik , adik aku kakak . heyyy , gase macam tercabar pon ada . ya , aku mengaku aku COMEL sikit dari adik aku . Tapi , takkan tak dapat bezakan perwatakan seorang kakak dengan adik ? hisshhh .


tak perlu terkejut la kalau adik besar sikit dari kakak . tapi jangan la ingat aku anak bongsuuu . eeeeeeeeeee .
ape2pon , maintain cutee . teehee .

ok , ini nampak lebih matang dan terserlah kesulungan nye , ye tidak ?

assalamualaikum .

Saturday, August 13, 2011

ini apa yang aku buat .

kalau boring , ni la makanan aku . hik2 . aku nak tanya , ada sape2 tak yang obses dengan novel macam aku ?? ada , tlong angkat kaki . ok , kuang ajau . 
Aku pon tak sedar yang skarang novel aku dah bertimbun banyak macam ni . siyes . Yang aku tau , aku mula aktif baca novel sejak habis SPM . dannnn , apa yang aku tahu  jugak, aku lebih suka beli novel guna duit sendiri dari pinjam novel orang . rasa PUAS yang teramatttt . entah kenapa entah .

sebelum tuuuu , ada sesape kenal Siti Rosmizah ? aku yakin , yang kenal semua perempuan . Kalau lelaki , hareemmmm . hehe . semua karya dia aku dah baca . tapi sekarang tengah baca 7 Hari Mencintaiku . tau ?? lelaki memang sah2 tak tau . ok fine .
novel sekarang tak habis baca lagi tapi aku dah gatal2 beli novel ni ,
dengan plastik yang tak dibuka lagi dan tersimpan rapi dalam almari .
Kalau novel , "hidup" aje aku kan . Tapi kalau buku Business Management , Business Math . memang liat . sobsob .  next week aku test . harap2 dapat buat yang terbaik .

tengah busy sangat3x untuk prepair test mnggu depan . dup dap dup dap . time SPM dulu takde pon nak prepair bagai . Tapi sekarang , gajin kemain . ;) *nak dapat DEKAN la katakannn .


Doakan aku kuat dan tak mudah berputus asa ok . sebab aku ni cepattt sangat fade up pada sesuatu perkara . =( sekarang cuba untuk memperbaiki diri .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”-Riwayat al-Hakim

 
assalamualaikum .




Sunday, August 7, 2011

masa kecik-kecik dulu..

ok , jangan ketawa please , please .
 
 tolong  cakap comel ? timekacihh .

masa kecik-kecik dulu :
  • Aku selalu tertanya-tanya , macam mana tv boleh keluar gambar orang . sampai satu masa , aku skodeng  lubang-lubang belakang tv tu . Nak tengok mungkin ada orang kecik dalam tv tu ? =_="

    • masa umur aku berapa tahun ntah , mama aku selalu cerita pasal Allah , malaikat dan syaitan . Aku ingat lagi mama aku cakap " syaitan ni kerja dia menghasut manusia jadi jahat dan suka takut-takutkan orang " . Then aku tanya mama aku balik " mama , kaklong pelik la....kalau Allah dah tau syaitan suka takutkan kita , suka hasut kita ... janganlah buat(cipta) syaitan tu . ni tak , Dia tak suka kita kena hasut buat jahat tapi Allah buat syaitan tu kenapa ?" ok , sangat noob aku time tu ye kawan2 . And mama tak pernah tak bagi aku jawapan yang tak logik . mama hebat .

      • Dulu masa kecik2 , biasalah budak perempuan kan selalu tengok cerita2 dongeng macam snow white , cinderella and yang sekutu dengan nya kan . So aku pon sibuk nak jadi macam cinderella konon . Siap suruh mama belikan baju yang kembang-kembang , kasut tinggi dan crown . and time ni aku percaya adanya fairy . alaaaa , fairy yang kecik2 comel2 yang ada sayap menyerupai orang tuu atau nama sebenarnya thumberlina . time ni memang tiap2 hari aku doa nak jumpa fairy . haha !

        •  masa kita kanak2 perasaan ingin tahu tu mesti ada kan . so dulu kan , aku selalu berfikir , Allah tu macam mana ? rupa dia macam mana ? ada janggut tak macam ayah ? yela , sebab mama ada cakap yang Tuhan tu bukan perempuan , bukan lelaki . so memang aku pikir sampai nak gila . semua orang aku tanya . termasuk atok . ^^ so bila dah meningkat dewasa ni kita akan faham sendiri .
         ah , kalau nak cakap comel untuk yang ni pon boleh ^^
        perasan ? ok fine .
           assalamualaikum .

              Sunday, July 31, 2011

              bila tiba Ramadhan , aku jadi berani .

              assalamualaikum .


              alhamdulillah . esok dah masuk Ramadhan . Hari yang dinanti-nantikan . Puasa . Tapi takut jugak aku . yela , pertama kali rasa suasana puasa tu dengan orang lain . Tempat lain . Aku tak tau samada puasa kali ni best ke tak . yela , puasa dengan family lain . Tapi kalau kat kolej , err , tak tau .

              Aku suka bila masuk bulan Ramadhan ni . sebab , bila datang je ramadhan

               situasi 1 :
              aku tak payah kejut adik aku tolong teman kencing malam2 . Aku boleh pergi bilik air sorang diri dengan megahnya tak kira dalam pukul berapa . seperti kita sedia maklum , semua syaitan iblis telah digari . =)
              situasi 2 :
              Tak payah takut nak duduk rumah sorang2 bila malam . haaiihhh , rasa macam aku sorang dalam dunia tanpa rasa sebarang takut atau gentar pada hantu . ewahh !


              situasi 3 :
              Bila bulan puasa je aku tak payah mengada-ngada merayu-rayu dekat mama nak tido sama-sama . haiipp !! dengan mama je . ayah aku kerja dekat KL weekend je balik . So dah sah2 katil mama ada kosong untuk sorang kann . So , gunakan kesempatan dengan sebaik mungkin . ^^

              ok , tutup cerita pasal ni . 

              so , harap-harap puasa tahun ini akan lebih bermakna dari puasa yang lepas2 . Ingat , jangan ponteng . especially lelaki . Kalau pompuan takpe . ^^

              Bila puasa jangan la selalu merungut . Dulu masa kecik aku selalu la . Tapi mama aku cakap tak baik . Ni ada something nak share . Kalau boleh , baca lah sampai habis ye , renungan untuk kita bersama .


              Rasulullah  S.A.W bersabda , yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim

              Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”.  Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`


              Nabi S.a.w bersabda :

              أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَة

              “Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar


              Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”


               Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :

              خَيْرٌ القُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَأْتِيْ قَوْمٌ يَشْهَدُوْنَ وَلاَيَسْتَشْهَدُوْنَ وَيَنْذُرُوْنَ وَلاَ يُوْقُوْنَ وَيَظْهَرُوْنَ فِيْهِمُ السِّمَنُ

              “Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”


              Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :
              “Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”

              renung-renungkan , dan selamat beramal ! =)

              Tuesday, July 26, 2011

              terpikir pasal kahwin...

              aku pon tak tau hantu hape dah masuk dalam badan aku sampai asik pikir pasal kahwin je . hey kau sedau tak yang kau baru 18 ?? ok , nampaknya macam tak sedar . pikir dah  cukup matang la nak kahwin .  hehe .

              kau tau tak , actually kan aku suka tengok orang kahwin awal . tak tau kenapa . nantikan , nantikan...
              aku nak kahwin bawah umur 23 . dahh sudahh...siap dah rancang lagik .

              masa sekolah kan , aku suka ikut mama aku pergi orang kahwin . pantang ada orang kahwin , mesti nak ikut . paling suka tengok pasangan pengantin bersanding dengan time lafaz nikah . wuwuuu , so sweet . masa lafaz nikah aku suka tengok time orang semua cakap "SAH , SAH" . macam terharu je .  hehe . dan , dann .. lepas semua cakap sah je pengantin lelaki akan kiss dahi pengantin perempuan . Ya ALLAH...best nya , best nya . eh , sorry . over pulak . =)

              ya , aku nanti-nantikan saat ini , ceh gatal  =)

              Aku suka lelaki yang romantik . lelaki yang selalu pujuk bila aku merajuk . kasi cair !! tiap-tiap malam belai . Tiap-tiap malam kasi kiss . ehh , apa aku cakap nie ??aku suka jugak lelaki yang tegas . Tapi dalam tegas ada lembutnya . lelaki yang tak akan bosan walaupon perangai aku ni macam budak2 .

              aku takdela sampai nak kahwin sekarang jugak . takdela sampai kebulor sangat . just kalau boleh taknak la kahwin atas 23 tahun . KALAU BOLEH . apa-apa pun , jodoh pertemuan di tangan Tuhan . ye dak ?

              memang sengaja nak buat aku jeles kan .

              =)

              dah boleh jadi bini orang ke macam ni ha ?? oh , rasanya belum lagi . ;)

              p/s : entry ni entry angan-angan je . aku hanya boleh doa je supaya jadi kenyataan . ececehh !

              p/s/s : tak sabar menanti kedatangan bulan yang mulia . RAMADHAN . =)

              assalamualaikum .




              Saturday, July 23, 2011

              Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita


              Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
              Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
              Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
              atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
              Aku semakin tidak mengerti diriku…
              biar Tuhan sahaja yang tentukan . apa yang akan diaturkan untuk kita . sesungguhnya aku manusia biasa .
              Harapnya , ada penyelesaian untuk semua ini . harapnya , ada hikmat mengapa semua ini terjadi . Aku yakin itu .

              assalamualaikum .