Sunday, July 31, 2011

bila tiba Ramadhan , aku jadi berani .

assalamualaikum .


alhamdulillah . esok dah masuk Ramadhan . Hari yang dinanti-nantikan . Puasa . Tapi takut jugak aku . yela , pertama kali rasa suasana puasa tu dengan orang lain . Tempat lain . Aku tak tau samada puasa kali ni best ke tak . yela , puasa dengan family lain . Tapi kalau kat kolej , err , tak tau .

Aku suka bila masuk bulan Ramadhan ni . sebab , bila datang je ramadhan

 situasi 1 :
aku tak payah kejut adik aku tolong teman kencing malam2 . Aku boleh pergi bilik air sorang diri dengan megahnya tak kira dalam pukul berapa . seperti kita sedia maklum , semua syaitan iblis telah digari . =)
situasi 2 :
Tak payah takut nak duduk rumah sorang2 bila malam . haaiihhh , rasa macam aku sorang dalam dunia tanpa rasa sebarang takut atau gentar pada hantu . ewahh !


situasi 3 :
Bila bulan puasa je aku tak payah mengada-ngada merayu-rayu dekat mama nak tido sama-sama . haiipp !! dengan mama je . ayah aku kerja dekat KL weekend je balik . So dah sah2 katil mama ada kosong untuk sorang kann . So , gunakan kesempatan dengan sebaik mungkin . ^^

ok , tutup cerita pasal ni . 

so , harap-harap puasa tahun ini akan lebih bermakna dari puasa yang lepas2 . Ingat , jangan ponteng . especially lelaki . Kalau pompuan takpe . ^^

Bila puasa jangan la selalu merungut . Dulu masa kecik aku selalu la . Tapi mama aku cakap tak baik . Ni ada something nak share . Kalau boleh , baca lah sampai habis ye , renungan untuk kita bersama .


Rasulullah  S.A.W bersabda , yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”.  Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`


Nabi S.a.w bersabda :

أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَة

“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar


Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”


 Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :

خَيْرٌ القُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَأْتِيْ قَوْمٌ يَشْهَدُوْنَ وَلاَيَسْتَشْهَدُوْنَ وَيَنْذُرُوْنَ وَلاَ يُوْقُوْنَ وَيَظْهَرُوْنَ فِيْهِمُ السِّمَنُ

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”


Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :
“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”

renung-renungkan , dan selamat beramal ! =)

Tuesday, July 26, 2011

terpikir pasal kahwin...

aku pon tak tau hantu hape dah masuk dalam badan aku sampai asik pikir pasal kahwin je . hey kau sedau tak yang kau baru 18 ?? ok , nampaknya macam tak sedar . pikir dah  cukup matang la nak kahwin .  hehe .

kau tau tak , actually kan aku suka tengok orang kahwin awal . tak tau kenapa . nantikan , nantikan...
aku nak kahwin bawah umur 23 . dahh sudahh...siap dah rancang lagik .

masa sekolah kan , aku suka ikut mama aku pergi orang kahwin . pantang ada orang kahwin , mesti nak ikut . paling suka tengok pasangan pengantin bersanding dengan time lafaz nikah . wuwuuu , so sweet . masa lafaz nikah aku suka tengok time orang semua cakap "SAH , SAH" . macam terharu je .  hehe . dan , dann .. lepas semua cakap sah je pengantin lelaki akan kiss dahi pengantin perempuan . Ya ALLAH...best nya , best nya . eh , sorry . over pulak . =)

ya , aku nanti-nantikan saat ini , ceh gatal  =)

Aku suka lelaki yang romantik . lelaki yang selalu pujuk bila aku merajuk . kasi cair !! tiap-tiap malam belai . Tiap-tiap malam kasi kiss . ehh , apa aku cakap nie ??aku suka jugak lelaki yang tegas . Tapi dalam tegas ada lembutnya . lelaki yang tak akan bosan walaupon perangai aku ni macam budak2 .

aku takdela sampai nak kahwin sekarang jugak . takdela sampai kebulor sangat . just kalau boleh taknak la kahwin atas 23 tahun . KALAU BOLEH . apa-apa pun , jodoh pertemuan di tangan Tuhan . ye dak ?

memang sengaja nak buat aku jeles kan .

=)

dah boleh jadi bini orang ke macam ni ha ?? oh , rasanya belum lagi . ;)

p/s : entry ni entry angan-angan je . aku hanya boleh doa je supaya jadi kenyataan . ececehh !

p/s/s : tak sabar menanti kedatangan bulan yang mulia . RAMADHAN . =)

assalamualaikum .




Saturday, July 23, 2011

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita


Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku…
biar Tuhan sahaja yang tentukan . apa yang akan diaturkan untuk kita . sesungguhnya aku manusia biasa .
Harapnya , ada penyelesaian untuk semua ini . harapnya , ada hikmat mengapa semua ini terjadi . Aku yakin itu .

assalamualaikum .






Friday, July 22, 2011

duduk rumah , ape aku nak buat ?


kau tampor muka aku sekarang .

cuti seminggu . ingat nak duduk rumah sampai gila . akhirnya aku yang gila kebosanan .
sekarang rasa macam tak sabar nak balik kolej . nak tinggalkan FB . nak tinggalkan blog . kalau boleh , biarlah jarang2 update blog . takkan nak kerap sangat update . ntah ada orang baca ntah tak .

bosan . kau tau tak bosan !!

kan best , kalau shopping 24 jam . kan best , kalau ada 100 buah novel . kan best , kalau tengok wayang setiap hari .

bosan . apa aku nak buat weyh ?

assalamualaikum .



Saturday, July 16, 2011

macam mana nak rasa EXCITED bila drive kereta huh ??

sumpah . aku still rasa takut nak drive kereta . i dont know , is it just takut or fobia . hampir 4 bulan dapat lesen , still tak ada confident .

kenapa tengok orang lain yang baru dapat lesen je dah pro ?? yang sebaya dengan aku dah boleh drive kereta jauh-jauh . boleh bawa adik sendiri pulak tu . aku ?? aku kene ada mama atau ayah yang duduk kat sebelah . kalau tak , aku tak akan drive sampai bila2 . apakah ??


kau tengok ?? aku jeles sebab cara kakak ni cakap macam driving tu adalah sesuatu yang menyeronokkan . ye , memang seronok . seronok bila kereta tu bergerak . kita yang control dia . tapi aku takut , tiba-tiba datang bas atau lori dari tepi himpit aku . tak pun , orang langgar dari belakang atau tepi . ya allah . paling aku gerun time nak keluar atau masuk simpang . lagi-lagi pakai manual  . dengan nak tengok keretanya , dengan nak jaga gear nya , dengan nak jaga clash nye . kalau guna kereta auto ok tak korang ?

tak boleh nak bilang dah berapa kali aku bawak kereta then tersenggut-senggut tengah2 jalan . bukan perlahan punye tersenggut-senggut . its like , dunia ni bergoncang dengan lajunya ! menangis tahu .

situasi 1
 mama : kaklong , amik adik dari sekolah!

aku : ma , perut kaklong cam memulas la . nak berak nie . mama jela yang amik adik . nanti adik tunggu lama pulak . takut lama pulak nak berak nye . *sambil buat muka mengerut kesakitan dan zuuppp !! masuk tandas without doing nothing .

situasi 2
mama : kaklong , amik adik dari sekolah !

aku : ma , pinggang kaklong ni tak tau nape cam sakit2 . mungkin sebab ABC kot . mama amik la adik . sakit sangat ni . *amik minyak angin dan buat2 terlentang atas tilam .

aku tak tau sampai bila nak berlakon macam ni . sampai bila nak mengelak macam ni .  sampai bila nak takut macam ni . 

p/s : kalau aku kahwin . nak suruh suami aku je yang drive . itupun kalau rasa takut tu ada lagi . ok gatal lagi .


assalamualaikum . =(

Thursday, July 14, 2011

sakit tekak lagi .

sekarang aku sakit tekak gilerbabeng . nak tido pon tak boleh . kalau kat rumah aku meraung macam budak kecik . tapi kalau dah duduk kolej nie aku nak meraung ape nye . mau kene pelempang dengan senior . 4 kali aku teguk air asam . tapi , lagi bertambah perit . gila , nak cakap dengan bf pon dah segan disebabkan suara dah macam kene sepit dengan penyepit .

baru berapa hari tak on9 fb . tetibe dapat msg ni :


alamat dalam mimpi jela kau tunggu aku mizkol ye *perghhh , gila berlagak .
sori la , i dah ada bopren . nanti u bagi jela no fon u tu kat orang lain . terima kasih .

bila dapat msg macam nie , terasa seperti perempuan cantik pulak padahal tidak sama sekali . sesungguhnya aku tidak sempurna . ececeh .

amacam ? ada macam irine nadia tak ? ok bye .

assalamualaikum .