Friday, February 14, 2014

first entry in 2014.

Assalamualaikum, hye :)

Selamat tahun baru walaupun tak berapa nak baru, saya baru nak wish disebabkan ini adalah entry yang pertama untuk 2014. kikikiki maaf. Lama sangat menghilang. Ceh cakap macam ada je orang tunggu kita update, siapalah kita ni.

Okay first of all, saya boleh dikatakan dalam keadaan yang busy sebab ini adalah last sem saya sebagai pelajar Diploma in Business Study. Alhamdulillah dah last sem. Sekarang dah bulan 2, hanya tunggu final je. Insya Allah kalau result baik maka tamatlah sesi Diploma saya dan akan terus melangkah ke alam lain seperti sambung Degree(kalau ada rezeki), buat business, kahwin. Eh.

Jangan risau Amy Syahirah masih dipanjangkan umur dan sihat walafiat walaupun pemalas nak mampus update blog. Alhamdulillah.




Just in case you wanna see the current me :P

ye masih begini. masih suka bergambar, kalau tak percaya lihat aja instagramku hahaha. Masih suka buat mimik muka yang boleh dikatakan annoying, masih childish, masih dalam ketinggian yang sama(pendek) dan yang penting, masih cun. Saje puji diri sendiri, k. Malas nak post gambau bebanyak, nanti ada je 'pencuri' yang gatal tangan.


Mintak maaf kawan2 yang selalu tanya pasal FB saya, i am not longer active on that social media. Masih guna, tapi tidak aktif seperti masa dulu2 kalau tak online sehari rasa macam nak mati. Amekkaw ayat. Facebook saya masih ada, saya hanya guna untuk baca artikel2, stalk rakan2 lama, family, dan main tukar2 profile picture, itupun 2 bulan sekali, lepastu senyap berbulan2. Maklumlah, takde benda nak buat, itu jelah kerjanya. Nak update status, jangan cakaplah. dah bertahun tak pernah post any status on timeline. Sorry. Lepasni kalau ada mood atau ada perkara penting ke baru saya betul2 update status, kalau tak memang FB saya tu akan jadi sawang labah2. Dan saya juga tidak lagi meng-approve friend request melain kan family2, adik2 sepupu yang baru nak up buat pesbuk lalu meng-add saya. Ye saya faham perasaan mereka. Maaf sekali lagi. Nak approve orang pon dah fobia sekarang, ramai FAKER yang niat mereka terpesong untuk buat acc FB saya banyak2. Saya aktif di twitter dan instagram just in case you wanna know.

Twitter : @amysyahirah93
Instagram : @amysyahirah93

Oh one more, if you have any question to ask, silakan. Search me on ask.fm,

So, itu saje. Insya Allah ada masa saya update lagi.

Assalamualaikum :)

Thursday, November 21, 2013

Warna Hidup


Hidup.
Kadang-kadang engkau sendiri tak tahu apa yang ada di depan kau, belakang kau, kiri dan kanan kau.
Kadang-kadang engkau rasa takut untuk terus langkah ke depan, sebab kau tak boleh ramal apa yang akan jadi.

Tapi payah mana pun, berat mana pun kau rasa,
Kau perlu terus melangkah supaya kau tahu corak apa sebenarnya yang kau mahukan untuk hidup kau sendiri.

Tuhan kita masih ada, dan akan terus ada.
Dia tak pernah terlepas pandang.
Sedikit pun tidak.

Kau selalu rasa hati kau tak sekuat mana. 
Tapi Dia, Allah yang satu, percaya hati kau lebih kuat dari itu.

Satu masa dalam hidup, kau akan rasa pahit dan perit.
Tapi yang pahit itulah ubat, yang perit itulah kekuatan.

Cuma satu, jangan pernah tinggal Allah.

Thursday, October 17, 2013

Perubahan


Hye, Assalamualaikum :)

Dah lama gilaaaaaaaa tak update blog kesayangan ni!! Hye semua, masih kenal saya lagi? Atau sudah lupa? *Heh, kau siapa nak tanya macamtu bajet retis.* Muahahaaaaa dengan ini saya telah membuang jauh rasa malas nak mampus dalam diri dan update blog. My last update was on July. Oh, memang lama gila kau. Dasar pemalas.

I'm having my sem break right nowwwwwww! wuuhuu! Tamat sudah sem 5, dan aku tak sabar nak habiskan zaman Diploma ni. Tinggal lagi satu sem je lepastu, habis lah Diploma dengan jayanya, Insya Allah :) 

Rasanya dah lama tak update blog jadi apa yang aku dah lalui pun mungkin banyak yang ketinggalan hahahahaha macam artisnya cakap cenggini. Dan dan aku rasa susunan ayat aku pun macam dah tunggang terbalik maklumlah dah lama tak menulis sob sob.

Seperti yang semua orang tahu, saya memang tak suka pakai tudung bawal. Bukan tak suka, tak pandaaaaaaai. Bila tak pandai pakai, maka jadilah tak cantik, bila dah tak cantik, maka tak sukalah. Haha. Kalau nak keluar ke mana-mana, saya pakai tudung sarung syria je. Kalau rajin sikit, pakai lah shawl. Tapi most of the time memang pakai syria je sebab malasssss. Dulu pergi kelas pun aku bantai syria hahahahah.

Bajet nak pose cecantik tapi background tak cantik mana dengan tong sampah, rak buku, katil bagai hahahha.

Nak tahu tak, sekarang aku adalah bawal lover. Dan sekarang jugak, aku dah selaluuuuuu pakai tudung bawal. Ha tu perubahan ah tu kekekekekekeke. Dah takde dah tudung sarung.

tadaaaaaaaaaa!

ee tak payah nak tada sangat lah hehehehe. Bila pakai tudung bawal ni rasa macam , wahhh gadis melayu terakhir nya saya ni hikhik :P Muka sepucat-pucat habis, yang menaikkan seri tudung tu aje. Dah jatuh cintaaaaaaaaaa sangat dengan tudung bawal walaupun kenkadang tu hangin jugak nak lipatkan dia. Sekarang ni kalau pergi shopping tudung bawal cantik2! Rambang mata dibuatnya.


Boleh jadi ibu yang comel dah ni. K apa kaitan? 

Kalau zaman budak-budak dulu, pergi mana-mana je mesti nak bergambar sakan, lagi-lagi masa tu gila shawl macam2 gaya ada. Kalau tak pakai shawl masa bergambar rasa macam heh selekehnya saya. Well dulu budak2 biasalah. Sekarang dah matang. Tengah matanglah ni sebab dah pandai pakai tudung bawal kahkah. Tapi sekarang kalau pakai shawl takde rasa apa. Rasa lagi tak confident hahahahahha sebab muka bulat habis kalau pakai shawl. Tak ku sangka dengan memakai tudung bawal, ianya menampakkan mukaku lebih bujur, cantik dan ayu gitu. Wahhhhhh dah boleh buat iklan! Wkwkwkwkwkwkwkwk.



Baiklah, ini adalah OOTD saya masa raya haji haritu. Ecewah tak cukup di Instagram, kat blog pon nak ootd jugak aku ni. Harapnya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua umat islam :)

Ok lah, itu je nak update. Lepas ni kalau saya rajin lagi, saya update ye. Kalau.
Bye, assalamualaikum!




Sunday, July 21, 2013

binatang kegemaran.

Assalamualaikum :)

Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi membela atau pelihara apa-apa haiwan. Tak pernah. Kenkadang tu jeles jugak orang duk bela kucing yang comel-comel, tapi diri ini masih belum ada keberanian yang cukup untuk membela binatang yang bergigi dan berkuku tajam seperti bayangan harimau. Ahaaa gitu kauuu. Aku ni sebenarnya tak takut pun kucing. Aku masih lagi mampu nak pegang, nak belai, tapi pegang gitu-gitu jela. Takde lah takut bebenau. Tapi kalau nak suruh aku bawak bermain bergurau berkejar-kejar dengan haiwan tu hah memang tak la sebab aku ni takutkan kuku dia je. Eee ngilu pulak pikirkan kiki.

Sekarang dah 20 tahun, *belum masuk lagi baru 19, bulan 12 ni baru masuk 20* barulaaaaaah diberi kesempatan dan peluang untuk pelihara seekor haiwan. Tapi bukan kucing ye. Ini :


Ha amik kau sebesar alam aku tepek. *Harap dapat spot sesuatu di tepi kepala tu*

Jadi officiallynya aku adalah penjaga tetap sugar glider yang bernama LILO. Jaga Lilo takdelah aku takut sangat macam nak jaga kucing. Yang ini gigi tumpul. Kuku dia takdelah rasa sakit sangat kalau kena cakar hikhik. Terima kasih ayah kerana sudi melayan kerenah anakmu ini yang mengada-ngada kat kedai haiwan sambil hentak-hentak kaki nak bela ini binatang. 


Umur dia adalah, aku pon tak tahu berapa umur dia kahkah. Tapi dari bulan 4 tak silap aku beli dia ni. Sebenarnya beli sepasang tapi....yang jantan tu dah mati sebab jantan tu kecik sikit dari betina ni masa beli mula-mula dulu. Jadi si betina ni asyik lenyek-lenyek dia sampai tak bermaya  and then terus mati. Sob sob.


Sejak itu, Lilo jadi janda pada usia yang sangat muda. Eh janda ke balu? k whatever. Takde teman nak bermain, gurau-gurau, gigit-gigit dan memekak di tengah malam saat orang semua diulit mimpi. Waaaaaaah ayat. Jadi bila yang jantan tu dah mati, kasih sayang pada Lilo ni lebih sikit la sebab taknak dia mati jugak. Taknakkkkk. Dan Alhamdulillah sekarang Lilo dah makin berisi sebab kerja dia makan tidur makan tidur. Kalau keluarkan dari sangkar, tak lengah terus dia kencing dan berak kat aku, Soooooooo nice of you baby, puih.


Pedulikan tuan kepada Lilo yang overrrrrrr nak mampus tu. Time ni lah dia kencing atas shawl half moon kesayang ku sob sob.

Time ni aku bersahur, dia pon nak bersahur jugak.

So korang kalau ada haiwan peliharaan mai lah share! Itu jelah post kali ni. Esok lepas subuh dah kena gerak kolej. Dah kena tidur sekarang. Kugagahkan juga update blog semata demi cinta, ew.

Tilll then, assalamualaikum :)

Friday, July 12, 2013

Baru tahu.

Assalamualaikum.

AHAAAAAA LAMAAAAA GILAAAA TAK UPDATE BLOG NI. Sob sob.

k camni, first, nak ucap selamat berpuasa. Selamat menyambut Ramadhan bulan yang mulia ini. Semoga anda-anda semua mendapat keberkatan dalam bulan ini....dan bulan-bulan yang seterusnya lah. 

Lamanya tak tepek gambar kat blog hehe

Sebelum-sebelum ni, bila saya puasa, cepat sangat letih. Kalau pagi sampai pukul 5 tu ok lagi. Start je pukul 5 ke atas badan rasa lemah tak bermaya. Serious macam nak tumbang, badan sampai berpeluh-peluh menahan rasa lemah. Sadisnya bila tenaga kita ni tak sekuat orang lain. Lepastu, mengadu lah kat nenek. Biasalah cucu manja kan walaupun sebenarnya aku ni cucu sulung kahkah.

Aku : Nek, kaklong tak tahulah setiap kali pukul 5 petang ke atas je tenaga macam takde. Lemah sangat... *sambil buat muka kesian dalam keadaan yang tidak terurus*

Tak lengah nenek terus jawab, 

nenek : Haaaaaaaa. Kalau taknak badan lemah masa puasa, amalkan minum susu. Minum masa sahur lagi bagus.

Then keesokannya aku pun try la bersahur minum susu. Lama sangat tak minum susu. Last minum masa darjah berapa entah kuikui. So sampai sekarang aku tak berapa nak kamcing sangat dengan susu sebab susu tawarrrrrr. Maka demi taknak kelihatan lemah dan letih masa puasa kugagah kan jugak rembat susu nenek yang bernama OMEGA. Sahur je minum susu tu dan aku campur sendiri gula. Serious sedap.

Lepas je minum susu masa sahur tu, ya Allah memang betul cakap nenek. Dari pagi sampai lah nak buka puasa, langsung tak rasa lemah dan letih. Ibarat macam daya ketahanan badan aku ni kuat sikit lah. So.... baru tahu kalau taknak tenaga kurang masa puasa, minumlah susu. Apa2 susu k asalkan susu.

Siap keluar jenjalan lagi nak beli barang. *kekonon kuat lah padahal semangat nak beli barang raya je tu kahkah*

ok lah, itu je. 
Insya Allah kalau RAJIN saya update lagi.

Assalamualaikum :)

Saturday, April 20, 2013

Cutiiiiiiiii!


Assalamualaikum.

Hoi semua! eh biadapnya..... hye semua! k dah masuk seminggu cuti baru sibuk nak update pasal sem break. Maaflah busy. Busy apa? Busy MAKAN. Muahahahahahahhahhaha.


Tanggal 14 hb 4 berakhirlah sem 5 saya. Eh takdelah tanggal sangat. Dalam pukul 5.15 (p.m) baru berakhir sebab exam habis 5.15. kihkih. So hmm... teramat sangat lah lega! Rasa macam, "MERDEKAAAA!". Acah-acah baru lepas SPM kekonon. Cuti lebih kurang 2 bulan kottttt mestilah heaven gila! Selain daripada makan tidur, saya juga menjadi suri rumah sepenuh masa yang menggantikan mama saya. Ada ciri-ciri jadi isteri mithali tak? =.=

Setiap masa kalau ada peluang makan, memang takkan lepaskan dan sia-siakan macam tu je. Selagi boleh makan, makannnn. Eh tak, selagi boleh melantak, melantakkkkkk. Kuikui tak lawak k amy tak lawak. Tak tau lah nak cakap macam mana. Bila sampai je sem break untuk sem 5 ni rasa macam lega teramat sangat! Sebab subject sem 5 were so sooo frustrating. Sob sob. Jadi, untuk membalas dendam terhadap ke-frustrating-an dan ke-stress-an tersebut, masa banyak dihabiskan dengan chilling2 dalam rumah mahupun luar rumah, baca novel2 yang aku beli guna voucher habis dah semua, dan jugaaaaa makan makan makan. Wuuuuuu.

classmate tersayang <3

Housemate sempoi <3

Jadi, dengan aktiviti makan tanpa henti masa cuti sem ni, kawan2 mengharapkan supaya aku akan gemuk macam tong besar. Dan aku dengan bangganya membalas, "ah, makan banyak mana pun aku takkan gemuk lah weh." Confident nya alahai menyesal aku cakap gitu kalau betul aku gemuk naik sem nanti macam manaaaaaaaaaaa??? Sob sob.

Alhamdulillah, untuk cuti sem kali ni, i'm a happy girl. Alhamdulillah, dengan segala peluang yang Allah bagi, segala nikmat untuk rasa bahagia, tak dapat nak gambar kan macam mana. Sebab apa? Sebab 2 kali cuti sem berturut-turut sebelum ni, aku berada dalam keadaan yang sangat down, sedih dan kecewa with someone yang sangat... Hmm malas nak cakap. Senang cakap, "zaman kejatuhan" yang sangat2  buat aku rasa dah takde semangat, hilang semangat. Bayangkan, cuti sem bukannya sekejap. Bila kita berada dalam keadaan yang DOWN dalam jangka masa yang panjang, kau rasa macam..kenapa hidup aku macam ni. Dan sekarang Alhamdulillah, Tuhan hanya ingin menguji. Dan Alhamdulillah, aku dapat bertahan sampai sekarang dan Alhamdulillah, aku diberi peluang kedua yang takkan lagi aku sia-siakan. Hehe eh dah kenapa cerita pasal ni? Past is past. Tak perlu diingat mueheheheheheh.

ok dah nampak dah ketembaman disitu.

Cuti hari yang ke 3 terus keluar tengok wayang, shopping, makan ha amik kau.

Wish me luck untuk result nanti ye :)

Till then assalamualaikum.

Sunday, March 24, 2013

Wish me luck.


Hye assalamualaikum.

It's been a long time i didn't update my blog kan? Since February! February pun satu post je. Nampak tak kemalasan dekat situ muehehehe.


K ini saya yang LATEST. Cewah bajet market le kekonon kuikui. Pipi tak payah tegur k. Lately ni saya kuat sangat sangat makan. Pantang nampak makanan macam nampak emas!! HAHAHAHAHAHAH K. Tapi, berat badan turun 2 kilo. Pelik tak? Haku pun pening macam mana boleh turun sedangkan makan banyak nauzubillah, pipi dah naik macam kuih pau. Muahahahahahahahhaha.


Ok, final exam saya tinggal lagi seminggu je lagi. Maigod jantung ni macam nak meletup cakap pasal final. Sem ni lah sem paling tough rasanya. Sebab subjek susah2!! Nak menangis rasa :'( . Apa-apa pun kena kuaaaaaaat fizikal dan mental. Stress, frust tak pernah takde sem ni. Saya cuma perlukan doa dari kawan2. Doakan saya boleh lulus semua paper. Kalau tak terdaya, LULUS pun ok lah asalkan TAK REPEAT PAPER. Ya Allah mintak sangat dijauhkan dari repeat paper.

Last paper on 14/4/2013. Selepas ituuuuuuuu, cuti sem lamaaaa sangat! K ni gila tak sabar. kuahahahahahaha.


Ada ciri2 ustazah pilihan tak? Atau pun ada ciri2 calon isteri solehah tak? wkwkwkwkwkwkwk k tak lawak.

Till then, wish me luck. Moga2 semuanya berjalan lancar. Moga2 saya dapat jawab exam dengan tenang. Doakan saya.

p/s : Insya Allah akan kerap update blog masa cuti sem nanti :)

Assalamualaikum.