Tuesday, December 4, 2012

Bermula...

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sekarang dah start sem baru. Sem 4. So.........................SUBJECT BANYAK GILAAAA YANG SUSAH SUSAHHHHHHHH!!! PAHAM TAKKKK?? Eh sorry, ter-capslock pulak. Tolongg doakan saya supaya saya boleh focus dalam semuaaaa subjek. Dah lah subject2 killer.

*first day class* tadi. :P

Sekejapppp je dah habis cuti. Rasa macam baru je start cuti semalam. *sigh* Tapi bagus jugak ada kelas, takde lah boring duduk rumah. Nanti duduk rumah asyik melayan perasaan je. Sedih2 semua. Tak suka. :'(


tembamm nyaaaaa! 

Duduk rumah je. Makan makan and makan. heee. Nak kerja mama tak kasi. 

Okay sebelum tu, i just wanna say happy anniversary for the 4th year to someone out there.....My first love. More exact, my exboyfriend. I wanna say this, because i know he's reading this. He sent me a text, wishing our 4th anniversary on 17/11 and i was so touched. Really, he did remember everythinggg about us, even we are not together anymore. Including, the date of when we were met. And i know, he will never forget every single thing & memories about me. I know. :'(

Erm saya tau awak baca ni. Saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah kat awak selama perkenalan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya minta maaf kalau saya yang bersalah dalam buat keputusan untuk lepaskan segala galanya. And yet, you still there stuck in our memory without looking other girl. And i......busy chasing someone who never treat me well like you did. Full of fake, pretending. So i'm here, wanna say... you are the best guy that i ever had in my life... Rasa macam saya tak layak untuk awak. Awak layak untuk perempuan yang lebih baik dari saya kat luar sana. Your feeling towards me.. i know its sincere.. Kalau tak, awak dah move on dan cari pengganti. But you haven't... 

Erm okay before my tears keep falling down, i wanna wish again happy anniversary for the 4th year. Thank you for everything that u have done to me.

Till then, assalamualaikum.



Sunday, November 25, 2012

Kulit sensitif


Assalamualaikum :)


Okay, lama gila menyepi. Kesian blog ni............................ Tuan dia macam nak taknak layan. Pardon.

Okay, Sem 4 dah nak mula lebih kurang lagi seminggu je lagi. Ya Allah, rasa macam baru semalam start cuti sem!!

Okay, *eh banyak nya "okay" aku*. Alhamdulillah result sem 3 haritu agak baik, tapi masih belum boleh puas hati. Agak frust menonggeng jugak aku haritu tapi bila tengok banyak peningkatan, kena bersyukur nanti Allah murka. Taknak jadi orang yang tak bersyukur. takmo takmo. Harap harappp sem 4 boleh jadi lebih baik dari sem lepas! :)

First thing first, aku nak minta sesiapa yang ada tips untuk kulit muka sensitif tak? For your information, i have a very very the veryyyyyyyyy sensitive skin face! Ini bukan masalah jerawat, tapi ini masalah kulit yang merah merah macam meruam. Tak boleh rasa panas, tak boleh pegang sesuka hati.

macam ni:

without flash.

with flash.

Dia akan merah merah antara kening, pipi dan dagu. Sangatlah tak sekata bila timbul rashes :(
Aku memang tak boleh pakai make up sebab dia sangat sangat sensitif! Cukup dengan toner, mosturizer and compact powder. CUKUP. Itu pun tak boleh pakai sebarangan. No foundation2 bagai. Kalau zoom dekat2 mcm ni baru nampak. 

I need produk yang boleh serasi dan sesuai dengan kulit muka saya. So sesiapa yang ada cadangan atau tips, sangattt dialu alukan untuk memberi kerjasama. *skema nya ayat saya* k maaf.


Me with favourite pink black dress and favourite shawl :)
The day of Istanbul Aku Datang.


Till then, Assalamualaikum :)

Saturday, October 27, 2012

Nora Danish


Assalamualaikum :)

Badrin's daughter. 
*Mama taknak join bergambar sebab mama tak suka bergambar* :/

Pertamaaaa sekali saya nak ucap selamat hari sara Adiladha! So how's your hari raya haji? :)


Ermm okay, sekarang ni aku nak cerita pasal Nora Danish boleh tak? Alaaaa nora danish yang muka macam aku tuuuu wkwkwkwk. Comellll nyaaa dia Subhanallah! Suka gila tengok dia especially bila dia bertudung, TURN ON! :'D








Okay gambar yang akhir sekali tu tipu kikiki.

Comel kan comel kan? Lagi comel dari fasha sandha, eh. *k kidding* Kalau tengok video parody nora danish yang sore eyes tuuuuuu, lagiiiiiii comel nak mampus! Belum cakap pasal Shila Amzah lagi, pasal Natasha Hudson lagi!! Ya Allahhhh cantik sangat tengok diorang bertudung!

Ni lagi satu gambar Nora Danish bertudung. 

K dah amy, dah. Till then, Assalamualaikum :)


Sunday, October 21, 2012

Berangan.


Assalamualaikum :)

Adakahhh gadis umur macam saya ni boleh dikatakan KERAP fikir pasal kahwin? okay okay, nanti jangan lah menyampah dulu. Puih.

 Tau tak, aku ni kan, lately ni kan selalu pikir hal kahwin. Kegatalan apakah ini?? *hantuk kepala sendiri* Belajar pon tak habis lagi, Diploma pon lagi setahun setengah, gatal nak pikir pasal kahwin. Actually salah haku jugak kikiki. Sebab rajin baca novel cintan cintun. Lepas tu dengan pengaruh Irma Hasmie & suami dia lagi...... Dena Bahrin lagi....... K enough amy enough.

  Sweet sangattt!! K enough amy enough. :/

Tau tak sebelum tidur mesti aku pikir yang aku kat tempat Irma Hasmie and Dena Bahrin.
Tak tau lah, aku rasa macam kahwin ni bahagiaaaaa lepastu suami pulak............. kahkahkah k cukup. Aku tak jemu-jemu tengok video perkahwinan Irma, entah hantu apa entah masuk dalam badan ni :/

Konon-konon tengah tunggu suami. puih.

Pernah sekali, aku tolong mama tumbuk bawang. Sambil-sambil tumbuk tu aku sempat berangan konok-konon tumbuk bawang nak siapkan makanan untuk suami. Konon-konon isteri mithali la puihh. tetiba bawang tu terpercik kat mata terus MAMAAAAA!!! Terus tinggal kan bawang suruh mama take over. K sila ketawa :/

Teehee ala kalau nak kata pasal kahwin ni, semua orang pernah terpikir kan. Tipu la kalau cakap takde hewhew. Apa yang aku tulis ni, cuma nak bagitau je yang aku asyik pikir hal kahwin je. Takde laaa terdesak nak kahwin sekarang. Tunggu Diploma habis duluu, ada jodoh ada la. Urusan jodoh di tangan Allah. Tapi kalau dah takdir aku kahwin sekarang pon, nak buat macam mana kan HAHAHAHA k amy tak lawak tak lawak. :/

Kalau cakap pasal kahwin mesti aku macam ni :

k kau budak lagi jangan nak mengenyam :/


Ehhhh kita dah 19 la. K whateverrrr stop here.

Assalamualaikum :)

Sunday, October 14, 2012

I'm back :)


Assalamualaikum :)

Ye tau, lama sangatttttttt tak update blog. Kenapa eh, perasaan excited masa mula-mula buat blog dulu tak sama dengan sekarang? Rasa macam............. k nevermind.


Proudly speaking, saya baru je habis final exam! *ceh gaya macam baru habis Diploma je* Good bye sem 3, hyeee sem break! pheeww, memang tak sabar nak tunggu sem break and finallyyyyyy. Its about 1 month! :D Hmmm, doakan saya dapat pointer yang memuaskan untuk sem 3 ni ye ye ye? Kalau boleh dean list! teeheeee In sya Allah. Banyak benda nak buat cuti ni, baca novel, layan Running Man, blogging, hang out and bla bla bla.

Oh ya, mesti ada yang pelik, budak ni tak nak kerja ke? Haha, okay sejak dari sekolah mama saya tak bagi kebenaran untuk kerja part time. Ye, dari sekolah. Well you know, she's a mother, so she knows better :) Jadi, bila cuti panjang saya lah suri rumah yang keduaaaa :P Ada banyak cerita nak update ni tapiiiiiiiiiiiiiii next entry saya cerita In sya Allah okay? :)



Something unexpected happened in my life. And all i just can do is stay strong. Hanya orang yang betul-betul rapat dengan saya tahu apa yang saya lalui sekarang. :)

Till then, assalamualaikum :)

Friday, August 24, 2012

kecik bukan sebarang kecik


Assalamualaikum.



Setiap kali saya pergi berjalan raya, tak akan ada orang yang tak tanya BERAPA UMUR saya. Awak tahu tak, apa perasaannya bila orang tanya macam tu? Apa? Tak ada orang percaya ke yang saya ni dah matang? CUKUP MATANG. Sentap. herher *gelak menyampah* 

makcik 1: umur berapa ni?
me : 19.

makcik 2 : umur berapa dik?
me : 19.

makcik 3 : Tingkatan berapa?
me : eh tak. Dah 19 dah.

makcik 4 : umur berapa?
me : ........... *mengeluh* 19 makcik.

makcik 5 : umur berapa?
me : ......................... *malas jawab*

Ha, sekarang matang? Matang?? *nada marah*

Saya bukan je comel, tapi saya pun penyayang. Suka budak-budak. Ada lah jugak sifat keibuan.



Kaum Adam, sila lah terharu :P

Apa apa pun, duit raya tetap masuk. Itu yang penting tu. Alhamdulillah. kekekeke.

Oh ya, so how's your raya?? *baru nak tanya sekarang* Ramai orang kata, raya tahun ni heartless. Memang betul tu, tapi kita tak boleh lah cakap macam tu. Sambut raya atas kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Jangan cakap heartless disebabkan baju raya tak siap, baju raya tak sebanyak/secantik tahun lepas. Bukan, bukan macam tu. Yang penting hari raya ni kita kena ada rasa syukur sebab Allah masih beri kita peluang untuk berpuasa. 


Sekali lagi, saya nak minta maaf zahir kepada semua kalau ada salah dan silap. Rasanya kesalahan batin takde kot. herher. Oh maaf. Macam best pulak ketawa macam tu *herher*.

Baiklah, Assalamualaikum :)

Saturday, August 11, 2012

Happy tapi sedih

Assalamualaikum.

Tinggal lagi 9 hari berpuasa. Rasa happy nak raya tu memang ada, tapi rasa sedih bila Ramadhan hampir meninggalkan kita tu lebih terasa. :'(

Lepas ni, dah takde peluang nak rebut pahala dengan senang. Dah takde terawih dengan kawan-kawan kolej. Dah takde sahur dan berbuka sama-sama dengan housemate. Ramadhan kali ni saya lebih banyak luangkan masa dengan Tuhan. Saya libatkan diri dengan Usrah. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak tinggalkan terawih saya. Sebab saya betul-betul nak rasa macam mana nikmatnya Ramadhan kali ni. Bukan sebelum ni saya tak pernah menikmati, cuma sebelum ni saya berpuasa sebab ianya bulan Ramadhan dan tak cuba rebut peluang untuk rebut pahala dengan senang. Dan Alhamdulillah, kali ni saya betul-betul rasa. Saya betul-betul rasa Tuhan betul-betul dekat dengan saya. :')

Dan perkara yang saya baru sedar sekarang ialah, saya tak fikir banyak tentang hal raya macam mana saya selalu sibuk-sibuk fikir nak raya sabelum ni. Saya tak hairan dengan kasut raya, baju raya dan semuanya. Apa yang saya fikir ialah saya kena dan perlu kejar perkara baik dalam bulan Ramadhan ni sebelum ia berakhir :'( Baju raya saya kali ni sepasang baju kurung dan sehelai jubah. That's all. Kasut raya saya tak beli pun. Ada kasut lama pun bersyukur.

Dan rumah saya pun hampirrrr siap! InsyaAllah ayah dan mama cuba siapkan rumah baru saya sebelum raya. Nanti tak perlu lah menumpang rumah nenek. Nak tengok rumah baru saya? :

Ini beranda depan. 
Mama pilih warna hijau sama dengan warna bilik saya :)

Haa ini dalam rumah dekat hall. Yellow colour :)

Hampirrr siap. Tak sabar sangat. teehee. 


Ok lah, kesempatan yang ada ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan saya, yang baca entry ni. Semua lah.


Assalamualaikum :)