Saturday, January 14, 2012

thank you faker :\

Assalamualaikum .

Saya bukan artis , saya bukan budak hot , saya tak tinggi , saya tak cantik mana pon . comel sikit je . Jadi berhenti dari berpura-pura ingin menjadi saya . Dan berhenti dari berangan-angan ingin menjadi saya .


kwaja satu .




kwaja dua .




 
 kwaja tiga .




kwaja empat .





#sesiapa yang didapati mencuri atau mengguna gambar saya akan dikenakan tindakan gantung sampai mati. 


Assalamualaikum .





Saturday, January 7, 2012

homoseksual

Assalamualaikum :)

Hari ni aku tertarik nak cakap pasal homoseksual atau kata lainnya , gay . Lelaki dengan lelaki . Boleh kau bayang ?


" i love you baby "

Perkara ni dah jadi macam budaya. Jangan ingat omputih je amalkan perkara ni, orang kita pun ada juga. Nafsu menguasai iman . Rasanya semua orang tau yang kita ni adalah umat akhir zaman . Perkara yang tak kita jangkakan banyak yang dah berlaku . 

Baru-baru ni aku ada dengar orang Malaysia baru berkahwin dengan kaum sejenisnya di luar negara di Dublin, Ireland . Aku rasa semua orang tau kan siapa ? Tak perlu aku nak sebut nama . Yang sorang lengkap bertanjak dan berpakaian baju melayu . yang sorang lagi pakai baju kot if i'm not mistaken . Aku pernah tanya ayah aku , kalau dah kaum sejenis , and then berkahwin macam mana nak ada anak ? ya , u know bila sebut pasal kahwin je mesti la automatik kita akan fikir pasal anak kan ? Hukum alam . Ayah aku cakap , diorang buat benda ni bukan pikir pasal anak , but its all about sex . Lebih pada nafsu shahwat sendiri .

Lecturer aku cakap, negara yang bukan islam galakkan perkahwinan kaum sejenis . Sampaikan buku sekolah untuk pelajar mempunyai pengenalan tentang mom <3 dad, dad <3 dad dan mom <3 mom . Ok , sangat terkejut sebab diorang still pupuk dan ajar anak-anak diorang tentang ni supaya anak-anak mereka biasa dengan budaya tersebut .

important !! :
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada dijelaskan : “Empat golongan yang pagi hari dalam kemurkaan Allah dan petang hari dalam kemurkaan Allah . 
Lalu ada yang bertanya , “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah ?" 
Baginda menjawab, “Iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang bersetubuh dengan binatang, dan lelaki yang bersetubuh dengan lelaki (homoseks)”. (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Pokok pangkalnya iman . Kalau kita Islam, kejadahnya nak jalinkan hubungan sejenis ? kalau kita pandai tahap dewa sekali pun, kalau tak ada iman tak kemana . Pelik kan ? orang pandai pun boleh terpesong . Ya, memang kita ni manusia biasa . Semua orang buat silap . Aku sendiri pun buat silap . Tapi biarlah kalau pandai tu kita belajar ingat niat kita kerana Allah, bukan untuk kepentingan diri sendiri.*semat dalam hati aku sendiri . Hati yang penting , bukan nafsu . Allah dah tetapkan fitrah bahawa lelaki dengan perempuan . Homoseksual tu bukan fitrah , Tapi barah dan penyakit .

Sumpah aku takut dengan perkara-perkara macam ni . Belum lagi sebut pasal kiamat . Lagi menggelabah .  Kita ni umat akhir zaman . Aku selalu doa supaya aku bukan tergolong dalam golongan orang-orang yang kufur . Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang tu, aku fikir macam mana lah nanti bila kiamat . Masa kecik-kecik mama selalu cerita pasal kiamat . Dan dari aku kecik sampai la sekarang tak habis fikir lagi . Dan lagi membuatkan aku berfikir ialah aku ni TERMASUK dalam golongan UMAT AKHIR ZAMAN . Kita semua , adalah umat akhir zaman . Kiamat tu hanya Allah je yang tau . Kerja kita, buat ibadah sebanyak yang mungkin dengan seikhlas yang mungkin . InsyaAllah , syurga tempat kita .

Assalamualaikum .

Monday, January 2, 2012

hello 2012 !

candy itu hanya prop untuk menampakkan saya lebih comel dengan eyebag yang teruk dan muka yang tak berapa nak berseri :D

heyyy everyone ! Owh tak sangka dah masuk tahun 2012 . Jadi , apakah azam anda ? azam saya ? ahaaaaaaa , banyak lah . Nak jadi anak yang baik , kawan yang baik , Mempunyai hubungan yang baik dengan semuaaaaaa orang , Taknak missed kelas , Taknak tinggal solat , nak maintain cute dan sebagainya . :D

Kalau dipikir-pikir kan balik . Banyak kenangan aku masa tahun 2011 . Tahun dimana buat jiwa aku tak tenteram bila nak ambil result SPM , tahun yang buat jiwa aku tak tentu hala bila first time nak belajar memandu dan dann tahun yang membuat aku gemuruh untuk melangkah ke alam yang lebih dewasa iaitu kehidupan kolej . Banyak lagi la tapi malas nak mention . Kata orang , TUTUP BUKU LAMA , BUKA BUKU BARU :)


so koranggg , HAPPY NEW YEAR . Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang lepas-lepas ok ;)   

 Assalamualaikum :)


Thursday, December 29, 2011

i'm officially 18 !

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah , hari ini 29.12.2011 genap usia aku 18 tahun . Terima kasih Allah sebab masih lagi panjangkan umur aku untuk beri aku peluang lihat dunia , hirup udara dan berpeluang rasa nikmat dunia .

Before that, semalam aku keluar dengan BFF aku bersama adiknya dan adik aku . Keluar tengok movie . Pertama kali dalam sejarah hidup aku tengok 2 cerita dalam satu hari . haha . First movie "Mission Impossible : Ghost Protocol" . Terbaeeeeekkkk . Tom Cruise <3 hehe . Second movie "Ombak Rindu" tangkap lelehhh .

she's my BFF . <3

Memang lama gilaaaa tak jumpa lepas habis SPM . Rindu sangat !




 
mereka cakap saya nampak tinggi masa ni :)
disebabkan kasut tu , kaki aku kejang!!! :\

inilah BFF saya dengan adik dia . :)


its such a beautiful memory with them !! Akhirnya terlepas juga rindu . hehe . Walaupun masa ni buka masa hari jadi saya tapi satu hari sebelum hari jadi saya , saya rasa ini adalah saat yang paling wonderful !! again , happy birthday to me !! i'm 18th !! :)

oh ya lagi satu :


semalam hantar ika balik . Tiba2 dia bagi aku nih . dia cakap
"Aku orang pertama yang wish . Lagi 2 jam setengah , Happy Birthday Amy!!!"
thanx ikaaaaaaa <3

p/s : gambar adik aku tak ada sebab dia join kawan dia tengok wayang tempat lain .
p/s/s : terima kasih juga kepada yang wish aku awal pukul 12 malam tadi :)

till then, assalamualaikum :)


Monday, December 26, 2011

rantai burung hantu

Assalamualaikum .



Warna macam ala-ala keemasan . Mata bulat saizya besar lagi . Comellll gila . Trend kaum hawa pakai rantai ni semakin menjadi-jadi dan menyebabkan aku pun nak turut bergaya mempunyai rantai burung hantu yang ala-ala vintage ni .

First time nak pakai dah cantik terletak disebalik tudung aku . Sumpah trend gilerrrrr . Keluar dari bilik nampak dek ayah dan mama aku . Tegur

ayah : Ni kenapa pakai rantai macam ni nie?? Simbol patung-patung bagai tak elok la .

mama : Lain macam la mama tengok awak pakai rantai tu . Kan haram pakai barang kemas yang melambangkan  benda-benda yang hidup . Even pakaian pun tak boleh ada lambang patung-patung atau muka orang .

Dengan dukacitanya aku buka balik . Selang beberapa hari tu dengar cerita rantai burung hantu ni ada kaitn dengan "freemason" . eh korang betul ke ?? Aku dah lupa la nama blog ni tapi bila aku tengok komen-komen yang bermacam-macam jenis . Ada yang bangkang , ada yang setuju .


kesimpulannya , aku takkan pakai sebab ayah dan mama larang . adeeehhh , membazir duit aku . hehe .
korangg , seriously aku nak sangat tau tentang ni . Kalau korang ada informasi tentang ni tolong bagi link ke ape ke eh?? sharing is caring kann . till thenn ,

Assalamualaikum .

Friday, December 23, 2011

kepada penggemar novel .

assalaaamualaikumm !!


hye semuaaaaaaaaaaa!! eh kenapa aku semangat semacam ni?? hehe . ermm , ahhh , errr , aku tak tau nak mula macam mana ni sebab sekarang aku dah jarang update blog . So otak beku tahap gaban . Aku rasa macam takde orang je yang singgah blog haku ni . haha , Aku rasa la . 

sentapp ! errr, still ada orang lagi yang ingat aku budak kecik =_='

ok firstly, aku nak minta maaf pada readers2 yang TER singgah kat blog aku ni then baca and meluat sebab lately ni aku asyik post pasal cintaaa je . haha . ok fineee , lepas ni takde dah nak share pasal cinta lebih2 . Tapi sikit2 je ok . hehe . terima kasih kak Dhia atas peringatan walaupun tak kenal siapakah gerangan yang bernama Dhia ini .

ok dah . Sekarang ni nak cakap pasal novel . Sesiapa penggemar novel sila angkat kaki ! hehe .

"usai...aku terima nikahnya"

'"Hati kala cinta"

Dua-dua belum baca lagi . Tapi sekarang baru nak start baca "usai aku terima nikahnya" . Biasalah kalau dah banyak novel ni mesti ada yang nak pinjam kan? Aku tak kisah nak bagi orang pinjam tapi masalahnya kalau barang yang kita bagi pinjam tu diorang tak tahu nak jaga elok-elok .

Kalau aku dah obses dengan satu-satu barang , aku akan jaga elok-elok . Macam novel , aku balut kan dia , Tulis nama , dan tandatangan . Paling pantang kalau novel-novel aku jadi macam ni ,

nampak tak kat tengah-tengah tu apa jadi ?

Perkara macam ni jadi bila aku pinjamkan pada orang . Itu yang malas tu . Nanti tak bagi pinjam dilabelnya kedekut . Jadi...untuk elakkan daripada perkara-perkara macam ni terjadi , sebelum aku pinjamkan pada orang , ada syarat-syarat yang harus dipatuhi :
  • Macam mana kemas dan cantik aku bagi pinjam novel tu , bila pulang balik mestilah dalam keadaan yang sama .
  • jangan koyak .
  • jangan hilangkan penanda buku .
  • bila baca, jangan kelepet kan novel tu sampai ke balakang (thats why tengah-tengah cepat terkoyak)
  • Jangan lipatkan kertas , tapi gunakan penanda buku .
haaa kauuu . Siap ada syarat bagai dah . Biasalah , hak milik terpelihara =P
novel ni aku baru habis baca . terbaik :)

Jadi.... kepada penggemar2 novel tu , share la sikit kalau korang ada novel2 yang menarik ok . Boleh aku borong cepat-cepat kat popular . hehe . Till then ,


assalamualaikum :)






Sunday, December 11, 2011

am i jealous ??

Assalamualaikum .
Sem 2 ni aku bersemangat nak buat betul-betul . Fokus aku hanya pada study . Nak dapat pointer tinggi , sem 1 tinggalkan jauh-jauh . 4 flat insyaAllah =)
Masuk sem 2 baru aku perasan ada orang yang sama muka macam dia  ;(  cara pandang , cara pakai jam , senyum . argh , kenapa sama muka and macam mana boleh sama kelas pulak nie . Kadang-kadang fokus aku lari . kalah . dem .
 please , please . aku taknak nangis .
Baru-baru ni pulak dapat tau budak tu dapat dekan . pointer dia tinggi about 3.68 !!  lagi demmm . seriously , aku tercabar , jeles , tergugat . Balik rumah , terus siapkan assignment tak tangguh-tangguh . Aku pun nak jadi macam diaaaaaaaaaa =( Dalam kepala dah pikir , kenapa dia pandai sangat .
Kalau tengok budak tu dalam kelas , tahan air mata je . ;( nak buat macam mana , takkan nak halau suruh budak tu pergi kelas lain . Dalam sedih , ada orang buat aku happy even dia tau yang aku kadang-kadang kalah dengan kenangan lama aku . terima kasib capital H . aishiteru :*
p/s : macam mana aku nak kuat kalau tiap-tiap hari berdepan dengan "pelanduk dua serupa" tu ;(

p/s/s : readers , doakan aku dapat pointer tinggi boleehhh kannn . kbai