Saturday, April 20, 2013

Cutiiiiiiiii!


Assalamualaikum.

Hoi semua! eh biadapnya..... hye semua! k dah masuk seminggu cuti baru sibuk nak update pasal sem break. Maaflah busy. Busy apa? Busy MAKAN. Muahahahahahahhahhaha.


Tanggal 14 hb 4 berakhirlah sem 5 saya. Eh takdelah tanggal sangat. Dalam pukul 5.15 (p.m) baru berakhir sebab exam habis 5.15. kihkih. So hmm... teramat sangat lah lega! Rasa macam, "MERDEKAAAA!". Acah-acah baru lepas SPM kekonon. Cuti lebih kurang 2 bulan kottttt mestilah heaven gila! Selain daripada makan tidur, saya juga menjadi suri rumah sepenuh masa yang menggantikan mama saya. Ada ciri-ciri jadi isteri mithali tak? =.=

Setiap masa kalau ada peluang makan, memang takkan lepaskan dan sia-siakan macam tu je. Selagi boleh makan, makannnn. Eh tak, selagi boleh melantak, melantakkkkkk. Kuikui tak lawak k amy tak lawak. Tak tau lah nak cakap macam mana. Bila sampai je sem break untuk sem 5 ni rasa macam lega teramat sangat! Sebab subject sem 5 were so sooo frustrating. Sob sob. Jadi, untuk membalas dendam terhadap ke-frustrating-an dan ke-stress-an tersebut, masa banyak dihabiskan dengan chilling2 dalam rumah mahupun luar rumah, baca novel2 yang aku beli guna voucher habis dah semua, dan jugaaaaa makan makan makan. Wuuuuuu.

classmate tersayang <3

Housemate sempoi <3

Jadi, dengan aktiviti makan tanpa henti masa cuti sem ni, kawan2 mengharapkan supaya aku akan gemuk macam tong besar. Dan aku dengan bangganya membalas, "ah, makan banyak mana pun aku takkan gemuk lah weh." Confident nya alahai menyesal aku cakap gitu kalau betul aku gemuk naik sem nanti macam manaaaaaaaaaaa??? Sob sob.

Alhamdulillah, untuk cuti sem kali ni, i'm a happy girl. Alhamdulillah, dengan segala peluang yang Allah bagi, segala nikmat untuk rasa bahagia, tak dapat nak gambar kan macam mana. Sebab apa? Sebab 2 kali cuti sem berturut-turut sebelum ni, aku berada dalam keadaan yang sangat down, sedih dan kecewa with someone yang sangat... Hmm malas nak cakap. Senang cakap, "zaman kejatuhan" yang sangat2  buat aku rasa dah takde semangat, hilang semangat. Bayangkan, cuti sem bukannya sekejap. Bila kita berada dalam keadaan yang DOWN dalam jangka masa yang panjang, kau rasa macam..kenapa hidup aku macam ni. Dan sekarang Alhamdulillah, Tuhan hanya ingin menguji. Dan Alhamdulillah, aku dapat bertahan sampai sekarang dan Alhamdulillah, aku diberi peluang kedua yang takkan lagi aku sia-siakan. Hehe eh dah kenapa cerita pasal ni? Past is past. Tak perlu diingat mueheheheheheh.

ok dah nampak dah ketembaman disitu.

Cuti hari yang ke 3 terus keluar tengok wayang, shopping, makan ha amik kau.

Wish me luck untuk result nanti ye :)

Till then assalamualaikum.