Sunday, June 21, 2015

Best ke belajar jauh2?


Hye assalamualikum!


Lama sangat i tak update blog yang dah ketinggalan zaman ni. Well lets go through with the topic before i bagi ayat2 cliche kenapa i dah lama tak update blog, busy, malas and bla bla bla..... Sorry guys.

So, back to the topic. Best ke belajar jauh2? Jawapannya adalah BEST. Sebab apa? let me explain.

Basically and frankly speaking, saya bukan seorang yang pandai berdikari. Dari kecil sampai sekolah menengah memang bukan jenis yang pandai buat sesuatu dengan sendiri tanpa ibu bapa saya. Sampai lah Diploma baru rasa asam geram tinggal jauh dari keluarga as i never leave in hostel. I tinggal Melaka, sambung Diploma pon kat Melaka. Takde la nak dikatakan "jauh sangat pon..."  Itupon saya rasa masa Diploma masih lagi mengharapkan my parents untuk uruskan hal pendaftaran, hal hostel, hal yuran asrama dan sebagainya. Teruk kan?

Habis je Diploma, Alhamdulillah i am graduated from Unifield Technology College (which is now called as Unifield International College atau Islamic College oh my God i never care, sorry). Dah hampir setahun rasanya.




Pungpangpungpang i applied UPU and Alhamdulillah saya dipanggil untuk melanjutkan pelajaran Degree in Science Culinary Art Management di UiTM Pulau Pinang. Masa dapat je tawaran ni, i fikir 10 kali nak sambung ke tak nak sambung ke tak. Antara perkara yang  i fikir masa tu adalah......

  • Jauhnya....Boleh ke aku survive?
  • Macam mana kalau aku sakit? Lepastu mama ayah takde aku nak buat apa?
  • Macam mana kalau apa2 berlaku then mama ayah tak dekat dengan aku?
  • Ada kawan ke aku nanti?
  • dan seterusnya.....

Mama aku pon ada call tanya pendapat kawan dia punya anak yang baru saja habis Degree di Uitm Penang ambil course yang sama macam aku. Cuma aku ni adik2 je lagi yang baru nak masuk Degree. Sedangkan umur nak masuk 22 tahun dah, Can you imagine? Masih berperangai manja. Sampai masa aku cakap dengan mama, "kaklong taknak la belajar kat sana ma. Kaklong taknak sambung belajar kot, Lagipon jauh... Kalau apa2 kan susah." Mama tak bangkang, setuju pon tak. Dia just follow je. 

Then malam tu aku reflect balik. Aku doa banyak2 supaya Allah gerakkan hati aku kepada mana yang terbaik untuk aku. Ramai2 yang mohon UPU, ada yang dapat, ada yang tak dapat. Kenapa Allah pilih nama aku? Mesti ada sebab. Bila aku fikir sampai bila aku nak duduk bawah ketiak parents. I am 22 years old. Dah tiba masa aku bergerak atas kaki sendiri, berdikari. Aku jugak ada mintak some advice dari seseorang yang aku sangat adore, sangat inspired dari segi kematangan dia, dari segi independent dia, dari segi komitmen dia. I e-mailed her personally dan dia balas dengan sangat pajang. Kata2 dia yang sangat membuat aku sedar dan sentap. Ayat yang paling aku ingat adalah, "Amy kena cuba. Kena yakin. Amy boleh. Kita takkan tahu sejauh mana kemampuan kita kalau kita tak berani ambil risiko, kalau kita tak cuba." She is in same age as me. So kenapa aku tak boleh berjaya macam dia kan? Kenapa aku tak boleh berdikari macam dia kan?


Esok pagi terus aku cakap dengan mama. Aku ubah fikiran dan aku nak sambung belajar. Jauh pon jauh la i have to try. I have to move on. Then mama pon setuju, "ok, ikot kaklong. Mana yang terbaik tu yang mama ikut." Terus beli barang2 keperluan and so on....

Sekarang Alhamdulillah aku dah habis tahun pertama. Kiranya dah hampir setahun lah belajar Uitm Penang. Alhamdulillah, aku semakin berdikari, semakin matang (kecuali dengan kawan2 rapat :P) , semakin tahu apa nak buat kalau ada benda yang tak kena, dan paling penting...semakin pandai pilih kawan. Tu paling penting. Tapi still la aku masih dibawah jagaan ibu bapa aku so yuran2 semua my parents yang tolong bayarkan. Ada perkataan 'TOLONG" ye. Means satu masa aku perlu bayar balik semua susah payah dan pengorbanan diorang. Insya Allah!




Nah gambar setepek pakai baju chef kekonon. Padahal masa ni baru masuk awal sem 2 hiksss.

Kita tak akan sentiasa jadi kanak2. Umur kita meningkat hari demi hari. Sikap kita, diri kita kena ubah selaras dengan umur. Nak atau taknak, memang kita kena move on. Kita kena terima yang its time to be matured. Its time to be independent. Kena marah ke, kena herdik ke, kena caci maki takpe, its a learning process. Jadikan satu kekuatan bukan kelemahan.


Insya Allah next entry saya update lagi yerrrrr. Malam dah ni ngantuksssss. Oh ya, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN! Semoga tahun ni adalah Ramadhan kita yang penuh barakah dah juga tahun2 yang mendatang.

Bye assalamualaikum!



Love,

Wednesday, January 28, 2015

Hidup yang sekarang.

 


Satu benda yang aku belajar dalam kehidupan. Yang aku rasa sangat sangat penting, iaitu bersyukur.
Aku bersyukur masih ada rumah.
Aku bersyukur masih ada kereta.
Aku bersyukur masih berpeluang untuk belajar tinggi sehingga ke tahap ini.
Aku bersyukur masih punya peluang untuk reka hias bilik sendiri mengikut citarasa aku sendiri.
Aku bersyukur punya kawan, teman dan lelaki pilihan hati.
Aku bersyukur masih ada orang yang sangat prihatin terhadap diri aku.
Aku bersyukur masih terima duit bulanan dari ayah aku.
Aku bersyukur masih ada atuk nenek.
Aku bersyukur masih punya mama yang tidak jemu memberi apa sahaja.
Aku bersyukur masih punya ayah yang faham kegedikkan sikap anak sulung dia.


Syukur yang tak boleh aku ucap sampai habis, satu persatu.
Sebab nikmat Tuhan yang aku terima sampai sekarang adalah tak terkira.


Pesan aku, jangan kau sibuk mengejar perkara yang kau ingin, sedangkan benda yang kau perlu ada didepan mata.

Percayalah, 
kalau kau masih buta dan berdegil, kau akan rasa seksa yang kau sendiri rasa tak tertanggung.
Seperti yang aku pernah rasa dulu. Jangan tamak.


Aku masih rasa sebak kerana Tuhan masih sayangkan aku. 
Dia beri semula apa yang pernah aku hilang dulu. Untuk kali kedua.
Dan aku rasa ini adalah peluang kedua.
Yang aku perlu dan mesti jaga.
 
 Allah, terima kasih.



Saturday, November 22, 2014

setelah sekian lama.


Assalamualaikum, hye!


Okay, this is really awkward. like, REALLY. Sorry for leaving this blog in such a longggggg time! 


Okay straight to the point. I do miss my blog like so much! Dah lama gila tak update pasal hidup kat sini. For those yang masih belum tahu, Amy sekarang sedang further Degree in UiTM Pulau Pinang. Course apa? Course CULINARY ART!! Tehee terkejut tak? Macam mana amy boleh tiba2 masuk kulinari sedangkan masa Diploma dulu amik Business Studies? I will tell u brader.


Amy pon tak sangka amy boleh sampai tahap ni. It was like, Subhanallah. Time flies so fast. Dulu masa Diploma rasa macam kanak2 je lagi. Tapi sekarang, Imma big girl. Technically, not physically :P


Habis je Diploma, of course amy memang plan nak further study. By hook or by crook, i have to further study because having just a Diploma is not enough for me to make my parents pround. NO OFFENSE ok. This is on my opinion. Amy jenis tak boleh rasa tenteram selagi amy tak puas hati untuk buat parents amy rasa puas hati. So, i decided untuk pilih course yang taj complicated macam business studies! I mean, amy dah taknak amik course yang terlalu fokus on FINANCE, MATH, and ACCOUNTING. I am dying you know. Otak dah penat. Cukuplah masa Diploma dulu sob sob. Sooooo amy pilih 5 course antaranya Kulinari, Hotel, Fashion Designer, Tourism and sorry satu lagi tak ingat kekeke. Yes amy takdelah nak kata semua course yang amy pilih tadi takde kena mengena langsung dengan calculating, but AT LEAAAAAAAST, not as complicated as Business dulu. Degree ni nak amik yang lebih kepada kemahiran dan santai2. waaaa gitu!




Ok, ni adalah gambar selfie masa tengah pakai baju uniform kalau ada kelas kitchen. I can't avoid selfie so sorry :P



Friends :)



Ok, amy akan cerita lagi apa seronoknya course Seni Kulinari next update okay?! Tak janji tapi akan. kakakakaka till then! Have a nice day babies. xoxo.





Friday, February 14, 2014

first entry in 2014.

Assalamualaikum, hye :)

Selamat tahun baru walaupun tak berapa nak baru, saya baru nak wish disebabkan ini adalah entry yang pertama untuk 2014. kikikiki maaf. Lama sangat menghilang. Ceh cakap macam ada je orang tunggu kita update, siapalah kita ni.

Okay first of all, saya boleh dikatakan dalam keadaan yang busy sebab ini adalah last sem saya sebagai pelajar Diploma in Business Study. Alhamdulillah dah last sem. Sekarang dah bulan 2, hanya tunggu final je. Insya Allah kalau result baik maka tamatlah sesi Diploma saya dan akan terus melangkah ke alam lain seperti sambung Degree(kalau ada rezeki), buat business, kahwin. Eh.

Jangan risau Amy Syahirah masih dipanjangkan umur dan sihat walafiat walaupun pemalas nak mampus update blog. Alhamdulillah.




Just in case you wanna see the current me :P

ye masih begini. masih suka bergambar, kalau tak percaya lihat aja instagramku hahaha. Masih suka buat mimik muka yang boleh dikatakan annoying, masih childish, masih dalam ketinggian yang sama(pendek) dan yang penting, masih cun. Saje puji diri sendiri, k. Malas nak post gambau bebanyak, nanti ada je 'pencuri' yang gatal tangan.


Mintak maaf kawan2 yang selalu tanya pasal FB saya, i am not longer active on that social media. Masih guna, tapi tidak aktif seperti masa dulu2 kalau tak online sehari rasa macam nak mati. Amekkaw ayat. Facebook saya masih ada, saya hanya guna untuk baca artikel2, stalk rakan2 lama, family, dan main tukar2 profile picture, itupun 2 bulan sekali, lepastu senyap berbulan2. Maklumlah, takde benda nak buat, itu jelah kerjanya. Nak update status, jangan cakaplah. dah bertahun tak pernah post any status on timeline. Sorry. Lepasni kalau ada mood atau ada perkara penting ke baru saya betul2 update status, kalau tak memang FB saya tu akan jadi sawang labah2. Dan saya juga tidak lagi meng-approve friend request melain kan family2, adik2 sepupu yang baru nak up buat pesbuk lalu meng-add saya. Ye saya faham perasaan mereka. Maaf sekali lagi. Nak approve orang pon dah fobia sekarang, ramai FAKER yang niat mereka terpesong untuk buat acc FB saya banyak2. Saya aktif di twitter dan instagram just in case you wanna know.

Twitter : @amysyahirah93
Instagram : @amysyahirah93

Oh one more, if you have any question to ask, silakan. Search me on ask.fm,

So, itu saje. Insya Allah ada masa saya update lagi.

Assalamualaikum :)

Thursday, November 21, 2013

Warna Hidup


Hidup.
Kadang-kadang engkau sendiri tak tahu apa yang ada di depan kau, belakang kau, kiri dan kanan kau.
Kadang-kadang engkau rasa takut untuk terus langkah ke depan, sebab kau tak boleh ramal apa yang akan jadi.

Tapi payah mana pun, berat mana pun kau rasa,
Kau perlu terus melangkah supaya kau tahu corak apa sebenarnya yang kau mahukan untuk hidup kau sendiri.

Tuhan kita masih ada, dan akan terus ada.
Dia tak pernah terlepas pandang.
Sedikit pun tidak.

Kau selalu rasa hati kau tak sekuat mana. 
Tapi Dia, Allah yang satu, percaya hati kau lebih kuat dari itu.

Satu masa dalam hidup, kau akan rasa pahit dan perit.
Tapi yang pahit itulah ubat, yang perit itulah kekuatan.

Cuma satu, jangan pernah tinggal Allah.

Thursday, October 17, 2013

Perubahan


Hye, Assalamualaikum :)

Dah lama gilaaaaaaaa tak update blog kesayangan ni!! Hye semua, masih kenal saya lagi? Atau sudah lupa? *Heh, kau siapa nak tanya macamtu bajet retis.* Muahahaaaaa dengan ini saya telah membuang jauh rasa malas nak mampus dalam diri dan update blog. My last update was on July. Oh, memang lama gila kau. Dasar pemalas.

I'm having my sem break right nowwwwwww! wuuhuu! Tamat sudah sem 5, dan aku tak sabar nak habiskan zaman Diploma ni. Tinggal lagi satu sem je lepastu, habis lah Diploma dengan jayanya, Insya Allah :) 

Rasanya dah lama tak update blog jadi apa yang aku dah lalui pun mungkin banyak yang ketinggalan hahahahaha macam artisnya cakap cenggini. Dan dan aku rasa susunan ayat aku pun macam dah tunggang terbalik maklumlah dah lama tak menulis sob sob.

Seperti yang semua orang tahu, saya memang tak suka pakai tudung bawal. Bukan tak suka, tak pandaaaaaaai. Bila tak pandai pakai, maka jadilah tak cantik, bila dah tak cantik, maka tak sukalah. Haha. Kalau nak keluar ke mana-mana, saya pakai tudung sarung syria je. Kalau rajin sikit, pakai lah shawl. Tapi most of the time memang pakai syria je sebab malasssss. Dulu pergi kelas pun aku bantai syria hahahahah.

Bajet nak pose cecantik tapi background tak cantik mana dengan tong sampah, rak buku, katil bagai hahahha.

Nak tahu tak, sekarang aku adalah bawal lover. Dan sekarang jugak, aku dah selaluuuuuu pakai tudung bawal. Ha tu perubahan ah tu kekekekekekeke. Dah takde dah tudung sarung.

tadaaaaaaaaaa!

ee tak payah nak tada sangat lah hehehehe. Bila pakai tudung bawal ni rasa macam , wahhh gadis melayu terakhir nya saya ni hikhik :P Muka sepucat-pucat habis, yang menaikkan seri tudung tu aje. Dah jatuh cintaaaaaaaaaa sangat dengan tudung bawal walaupun kenkadang tu hangin jugak nak lipatkan dia. Sekarang ni kalau pergi shopping tudung bawal cantik2! Rambang mata dibuatnya.


Boleh jadi ibu yang comel dah ni. K apa kaitan? 

Kalau zaman budak-budak dulu, pergi mana-mana je mesti nak bergambar sakan, lagi-lagi masa tu gila shawl macam2 gaya ada. Kalau tak pakai shawl masa bergambar rasa macam heh selekehnya saya. Well dulu budak2 biasalah. Sekarang dah matang. Tengah matanglah ni sebab dah pandai pakai tudung bawal kahkah. Tapi sekarang kalau pakai shawl takde rasa apa. Rasa lagi tak confident hahahahahha sebab muka bulat habis kalau pakai shawl. Tak ku sangka dengan memakai tudung bawal, ianya menampakkan mukaku lebih bujur, cantik dan ayu gitu. Wahhhhhh dah boleh buat iklan! Wkwkwkwkwkwkwkwk.



Baiklah, ini adalah OOTD saya masa raya haji haritu. Ecewah tak cukup di Instagram, kat blog pon nak ootd jugak aku ni. Harapnya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua umat islam :)

Ok lah, itu je nak update. Lepas ni kalau saya rajin lagi, saya update ye. Kalau.
Bye, assalamualaikum!




Sunday, July 21, 2013

binatang kegemaran.

Assalamualaikum :)

Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi membela atau pelihara apa-apa haiwan. Tak pernah. Kenkadang tu jeles jugak orang duk bela kucing yang comel-comel, tapi diri ini masih belum ada keberanian yang cukup untuk membela binatang yang bergigi dan berkuku tajam seperti bayangan harimau. Ahaaa gitu kauuu. Aku ni sebenarnya tak takut pun kucing. Aku masih lagi mampu nak pegang, nak belai, tapi pegang gitu-gitu jela. Takde lah takut bebenau. Tapi kalau nak suruh aku bawak bermain bergurau berkejar-kejar dengan haiwan tu hah memang tak la sebab aku ni takutkan kuku dia je. Eee ngilu pulak pikirkan kiki.

Sekarang dah 20 tahun, *belum masuk lagi baru 19, bulan 12 ni baru masuk 20* barulaaaaaah diberi kesempatan dan peluang untuk pelihara seekor haiwan. Tapi bukan kucing ye. Ini :


Ha amik kau sebesar alam aku tepek. *Harap dapat spot sesuatu di tepi kepala tu*

Jadi officiallynya aku adalah penjaga tetap sugar glider yang bernama LILO. Jaga Lilo takdelah aku takut sangat macam nak jaga kucing. Yang ini gigi tumpul. Kuku dia takdelah rasa sakit sangat kalau kena cakar hikhik. Terima kasih ayah kerana sudi melayan kerenah anakmu ini yang mengada-ngada kat kedai haiwan sambil hentak-hentak kaki nak bela ini binatang. 


Umur dia adalah, aku pon tak tahu berapa umur dia kahkah. Tapi dari bulan 4 tak silap aku beli dia ni. Sebenarnya beli sepasang tapi....yang jantan tu dah mati sebab jantan tu kecik sikit dari betina ni masa beli mula-mula dulu. Jadi si betina ni asyik lenyek-lenyek dia sampai tak bermaya  and then terus mati. Sob sob.


Sejak itu, Lilo jadi janda pada usia yang sangat muda. Eh janda ke balu? k whatever. Takde teman nak bermain, gurau-gurau, gigit-gigit dan memekak di tengah malam saat orang semua diulit mimpi. Waaaaaaah ayat. Jadi bila yang jantan tu dah mati, kasih sayang pada Lilo ni lebih sikit la sebab taknak dia mati jugak. Taknakkkkk. Dan Alhamdulillah sekarang Lilo dah makin berisi sebab kerja dia makan tidur makan tidur. Kalau keluarkan dari sangkar, tak lengah terus dia kencing dan berak kat aku, Soooooooo nice of you baby, puih.


Pedulikan tuan kepada Lilo yang overrrrrrr nak mampus tu. Time ni lah dia kencing atas shawl half moon kesayang ku sob sob.

Time ni aku bersahur, dia pon nak bersahur jugak.

So korang kalau ada haiwan peliharaan mai lah share! Itu jelah post kali ni. Esok lepas subuh dah kena gerak kolej. Dah kena tidur sekarang. Kugagahkan juga update blog semata demi cinta, ew.

Tilll then, assalamualaikum :)